Aku sampai agak lewat sebenarnya pada hari sabtu tersebut, kira2 dalam pukul 12:45 tengahari macam tu di venue (Danau Alai Pub, Tanjung Batu, Bintulu), sebab dalam schedule yang diberikan oleh pihak organizer iaitu REG Studio event sepatutnya bermula pada pukul 12:30 dengan band pembukaan iaitu XYZ. Sangkaan aku meleset, masa aku datang di venue ketika itu, member2 yang lain baru saja sampai ke pub yang dimaksudkan. Nampaknya situasi yang pernah berlaku masa Bintulu Music Fest 2013 yang lepas berlaku lagi (penonton dan segelintir band2 yang akan perform pada waktu berkenaan datang lewat, tak ikut jadual). Aku malas nak komplen banyak pasal isu ni, biarlah, nak buat macam mana, dah mentaliti orang kita memang macam tu haha.
Akibat situasi tersebut, band kami iaitu TRESNO terpaksa memulakan majlis dengan membawa beberapa lagu warm-up iaitu Plug In Baby (Originally by MUSE) dan Bedroom Window (Originally by Nice Stupid Playground). Kalau diikutkan band TRESNO punya giliran untuk buat persembahan ialah no. 3 sebenarnya, tapi band yang sepatutnya perform awal masih belum muncul, maka kami pun terpaksa buat persembahan warm-up, itu pun atas permintaan organizer, tak apa lah. Kitorang ok ajer hehe. Tengah seronok perform lagu Bedroom Window, tiba2 pula tali gitar Ibanez GAX30 aku pula buat hal, putus tiba2. Aduh ini serius! (buat muka itik macam dalam cerita kartun Wonder Pets). Contingency plan aku masa itu ialah pergi ke kedai Zoso Music untuk beli tali gitar baru...aiyaaa buang masa betul la. Aku terlepas peluang pulak nak tengok band The Cuppycakes (band grunge dari Kuching) beraksi selepas TRESNO perform tadi. Sorry guys! Di bawah merupakan beberapa pics yang sempat aku ambil semasa event tersebut berlangsung.
Metuk Ulau Project beraksi! Up The Irons!
Solo berbisa dari bro Ijau
Saudara Korawk yang seronok membuat persembahan, rasanya beliau semakin selesa di posisi bass hehe
Saudara Chop Sudir selaku frontman band Ana & The Scene
Bro Amy REG (orang kuat REG Studio) yang menjadi jurukawal bunyi-bunyian pada ketika itu! Salute!
Giliran band Death Metal ERECTUS pula mengganas di pentas!
Kelihatan kelibat seorang jurugambar otai di sana (brader yang pakai jaket hitam sebelah kanan tu)
Bro Rudy (drummer) selaku frontman band ERECTUS
ERECTUS tidak lama lagi akan membuat persembahan di Kuching bagi menjayakan gig The Gathering Of Terror 2 pada bulan Mei nanti
Rakan2 dari band Regiment Of Kid-Do-Wrong berposing dan kelihatan juga saudara Barangkali Marus Kamarudin selaku MC masjlis tersebut tengah mengatur giliran2 band yang akan perform pada ketika itu
Ana & The Scene, antara band highlight pada gig tersebut
Pada mulanya aku terkejut juga apabila melihat bro Azrol dari Metuk Ulau Project jadi gitaris sambilan (?) untuk band Ana & The Scene. Apa2pun tahniah kepada beliau, ini menunjukkan semangat setiakawan tetap ada dalam scene walaupun dari berlainan genre.
Boleh dikatakan band indie/alternative Ana & The Scene ini sudah menjadi semakin berpengaruh di Sarawak, dengan lagu2 mereka (bertajuk Sekejap Masa Lagi & Sebalik Cahaya) yang sering dimainkan di stesen radio Cats FM
Ana & The Scene featuring Aishah Chong semasa mendendangkan antara lagu hit mereka iaitu "Aok" (perkataan bahasa Melayu Sarawak) yang bermaksud Ya dalam bahasa Melayu
Seterusnya band Curse Of God "membakar" pentas gig tersebut!
Saudara Donny COG (vocalist, guitar, frontman Curse Of God) semakin bijak menguasai pentas
Ketukan drums dari Rashid COG juga semakin konsisten dan menggila pada kali ini! Syabas!
Bassist Bertopeng (macam kenal ya, tapi di mana?)
Band garage rock/indie/alternative dari Kuching iaitu Jejak Biru Featuring Aishah Chong membuat persembahan
Boleh tahan jugak persembahan band Jejak Biru ni, ada vokalis perempuan sebagai penyeri
Band reggae (band organizer) iaitu Daun Pisang mengalunkan irama yang sungguh asyik
Marilah berskanking bersama Daun Pisang! Yeah!
Band alternative rock Now@day pula menggegarkan pentas
Usia penubuhan band Now@day dengan Tresno tidak jauh sebenarnya. Kedua2 band ini sama2 bangkit di dalam scene music independent sekitar awal tahun 2004 dahulu dan kemudiannya hiatus dalam 6 ke 7 tahun begitu. Tahun 2013 kedua2 band sama2 buat comeback ke dalam scene. Well done!
Pendi selaku drummer Now@day dan juga antara ahli baru band tersebut
Band rock iban Broadband memberi persembahan yang bertenaga, mereka juga ada lagu2 sendiri dan ada diantaranya diputarkan di stesen radio tempatan
Aku difahamkan nama asal band Broadband ini ialah Pyred, tapi ianya ditukar atas sebab tertentu
Band Deathcore My Eyes See Ghost pula meriuhkan pentas gig dengan lagu2 yang sungguh huru hara! Nice! (pic ehsan dari frontman band ini iaitu Alexander Ruiz)
My Eyes See Ghost (pic ehsan dari Alexander Ruiz)
TRESNO (nantilah aku cerita dengan lebih lanjut pasal persembahan kami)
aku bersama sebuah lagi band happy-go-lucky aku iaitu Regiment Of Kid-Do-Wrong. Siap bawak lagu Bruno Mars "Locked Out Of Heaven" tu!
Ada beberapa band yang aku tak sempat nak ambik gambar disebabkan aku terpaksa balik rumah pada ketika itu (jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang, dah nak masuk waktu maghrib dah). Maaflah kepada band2 seperti XYZ, Majestica (Bintulu very own version of Dream Theater), Cerobong Hitam dan The Ratio, apa2pun kalian tetap terbaik!
Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada pihak organizer iaitu REG Studio kerana sudi menjemput kami (band2 Bintulu) untuk menjayakan event ini. Kepada penonton2 yang datang, tanpa anda siapalah kami. Diharap event sebegini akan dapat membuatkan scene music independent di Bintulu semakin bertahan dan berkembang maju!
steady!.....want more!
ReplyDeleteTq bro! Haha sabaq no...ada lagi entri akan dtg psl gig ni
Deletetgk video performance ROKDW la best, blh tgk adi menari tarian penguin + moonwalk (dan sket2 harlem shake)
DeleteAdi Herman sebenarnya ialah salah satu watak animasi berbentuk penguin yang dinamakan Pororo (sapa2 ada anak yang suka tengok channel Disney Junior tentu tau kartun ni hehe)
Delete1) utk yg rajin pegi jamming atau join gig, ada baiknya sediakan gig survival kit, xde la kelam kabut klu tiba2 tali gitar putus
ReplyDelete2) solo aku xberbisa, sekadar simplified version drp original
3) azrol berA&TS mmg ramai yg terkejut, aku dan chop dah berMOU malas nak bising2kan pasal benda ni sblm hari gig hahaha
Lesson learned...betul kata lu bro, survival kit mesti ada, ada kata patut aku cuma bawak Fast Fret dgn Guitar Polish saja masa tu (x termasuk gitar dgn fx). Solo anda sudah ada peningkatan sikit nampaknya haha...pasal Azrol tu, haha xpala kawan2 punya pasal, x perlu heboh sgt, yg penting muzik yang harus diperdengarkan kepada umum. Tahniah Azrol n MUP!
Deleteaih? bawa polish buat apa? hahaha... btw, next time klu MUUV/BIMM/REG nak buat gig, buat kat danau alai ni lagi la, baru happening (klu ada pole dancer lg ha-pening)
DeleteNoted! Danau Alai memang antara venue yang sesuai untuk event gig sebegini.
DeleteSteady bro..perform ala2 elyana eh..hehe..apa pun semangat setiakawan tu tetap ada
ReplyDeleteSebenarnya memang terniat nak pakai kasut tapi disebabkan aku turun ke gig hari tu dlm keadaan kelam kabut, kasut aku pun tertinggal di rumah...dtg ke venue pun pakai sandal ajer...ermm last choice aku berkaki ayam saja la masa perform...macam Elyana pun ada...macam x betul pun ada haha
Deletescene music independent di Bintulu memang hebat...tahniah!
ReplyDeleteTq bro, tapi kalau diikutkan scene UG kawasan selatan Malaya pun boleh tahan otai ma...kalau aku sebut2 nama band pun kang, byk yg nama dah jadi legend!haha...
Deletenice pics, nice report
ReplyDeleteinformatif.
TQ bro, Bintulu ni kecik saja...so unity is very much important within the music scene
DeleteDuhal kitak duak Korawk sama jamming juak duhal. Boleh mba lagu Miss Atomic Bomb sik?
ReplyDeleteHi Adi! lamak sik ngabas blog. Looking good! :p
Haha mekduak Korawk nang geng keras, ok xda masalah, sebarang lagu request boleh dipertimbangkan haha...not really looking good though, the day after this event, i went sick, got flu, migrain etc hahah....aiyaaa badan sudah tua ma...
DeleteBro, xde jemputan dari semenanjung ke, dtg la KL plak...
ReplyDelete