Friday, November 29, 2013

Majlis Akad Nikah Korawk Al Naseer Serta Pasangannya Di Mukah, Sarawak

Hari ini merupakan The Big Day untuk sahabat aku iaitu Nasrul Azam Bin Naseer atau nama glamernya Korawk Al Naseer a.k.a. The Goatfather Of Pandan / Sebauh Black Metal hahaha. Kepada yang tidak mengetahui siapa beliau, Korawk merupakan salah seorang pemuzik genre metal yang sering bergerak aktif dengan band2 beliau seperti "Curse Of God", "Metuk Ulau Project" dan band project beliau "Setan Gondol". Beliau juga merupakan seorang blogger untuk blog nya iaitu Geng Kereta Sapu (www.gengkeretasapu.blogspot.com) dan juga webzine Noise Of Borneo, tapi kini ianya ditutup atas sebab tertentu. Majlis akan nikah tersebut akan diadakan hari ini (Jumaat 29 November 2013) manakala majlis persandingan pula akan dibuat esok hari bertempat di Dewan Suarah Mukah bermula pada pukul 9 pagi onward.

Esok aku dan family serta beberapa rakan seperjuangan dalam scene music independent Bintulu akan bertolak ke Mukah awal pagi selepas subuh inshaAllah. Doakan perjalanan kami selamat sampai ke destinasi dan juga selamat kembali ke Bintulu pada keesokan harinya (hari ahad). Dengar cerita bro Ijau pun tidak melepaskan peluang untuk ke majlis persandingan Korawk nanti...haha jumpa di sana bro. Selamat menjadi raja sehari kepada Korawk serta bakal isteri. All hail the king! Hahaha...


Monday, November 25, 2013

David Bowie's Life On Mars?

David Bowie's 4th Album "Hunky Dory" released in 1971

Life On Mars? (David Bowie)


It's a god-awful small affair
To the girl with the mousy hair
But her mommy is yelling "No"
And her daddy has told her to go

But her friend is nowhere to be seen
Now she walks through her sunken dream
To the seat with the clearest view
And she's hooked to the silver screen

But the film is a saddening bore
'Cause she's lived it ten times or more
She could spit in the eyes of fools
As they ask her to focus on


Sailors fighting in the dance hall
Oh man! look at those cavemen go
It's the freakiest show

Take a look at the lawman
Beating up the wrong guy
Oh man! Wonder if he'll ever know
He's in the best selling show
Is there life on Mars?


It's on America's tortured brow
That Mickey Mouse has grown up a cow
Now the workers have struck for fame
'Cause Lennon's on sale again

See the mice in their million hordes
From Ibiza to the Norfolk Broads
Rule Britannia is out of bounds
To my mother, my dog, and clowns

But the film is a saddening bore
'Cause I wrote it ten times or more
It's about to be writ again
As I ask you to focus on


Sailors fighting in the dance hall
Oh man! Look at those cavemen go
It's the freakiest show

Take a look at the Lawman
Beating up the wrong guy
Oh man! Wonder if he'll ever know
He's in the best selling show
Is there life on Mars?



David Bowie - Life On Mars? (Official Music Video)

Entah kenapa tiba-tiba terlayan pula lagu Life On Mars? dari David Bowie ini, mungkin aku terdengar kembali beberapa lagu Anggun dari album lama nya iaitu Snow On The Sahara (1997) sebab di dalam album tersebut Anggun ada buat cover untuk lagu ini. Boleh tahan juga versi Anggun ni, cuma tak boleh lawan yang original punya la. Tarikan utama pada lagu ini ialah melodinya yang sentiasa berubah dan berlaku perubahan chords pada beberapa bahagian lagu tersebut. Dari verse ke bridge kemudian kepada bahagian chorus, ianya mempunyai identitinya sendiri.

Melihat dari aspek liriknya pula, ianya lebih kepada kritikan terhadap masyarakat pada ketika itu (pada pendapat aku la). Lebih kurang seperti luahan perasaan terhadap perkembangan sosial yang berlaku di persekitaran David Bowie ketika itu serta ketidakpuasan yang beliau alami saat berlakunya kepincangan dalam hidup bermasyarakat. Menariknya, ianya diekspresikan melalui perspektif seorang budak perempuan (?). Mungkin ianya juga menjurus kepada pengertian lain. Sebagaimana dalam beberapa sumber ada mengatakan yang Bowie membuat lagu ini sebagai lagu cinta yang ingin ditujukan kepada seorang pelakon British ketika itu bernama Hermione Farthingale (sumber : wikipedia). Walau apa pun persepsi yang ditujukan kepada lagu ini, bagi aku ianya salah satu karya hebat dari Bowie sendir. Secara peribadi aku suka zaman dia jadi Ziggy Stardust ni, masa British Invasion inilah beliau memang di tahap kreativiti paling bagus sekali. Harap anda juga menyukai lagu ini...enjoy!


Oh Yeah...Ziggy Stardust! Lebih kurang macam Marilyn Manson era awal 70'an dulu cuma yang ini tidaklah ekstrim sangat hehe

Friday, November 22, 2013

Beriadah Bersama Keluarga Di Mardiah Resort Bintulu

Pada 20 Oktober yang lepas, aku dan keluarga berpeluang untuk mengikuti aktiviti berenang di kolam renang yang terletak di sebuah pusat peranginan (erk...boleh ker dikategorikan sebegitu?) di kawasan Bintulu ini iaitu Mardiah Resort. Mardiah Resort ini terletak lebih kurang 25 minit perjalanan menggunakan kereta dari bandar Bintulu, lebih kurang 19 @ 20 kilometer begitu lah. Aku main agak-agak saja la. Resort ini terletak di atas bukit dan tidak jauh dari lebuhraya Bintulu-Sibu dan juga untuk ke Lapangan Terbang Bintulu. Di kawasan resort ini juga ada disediakan kolam renang. Kolam renang inilah yang sering dijadikan tumpuan pengunjung. Bintulu ni mana ada banyak kawasan peranginan, tak payah cerita la pasal taman tema ker pusat wayang yang ada kelas ker dan sebagainya...resort sebegini pun sudah kira memadai rasanya bagi penduduk Bintulu yang ingin keluar mencari hiburan bersama keluarga, jauh dari hiruk pikuk bandar.

Kami sekeluarga, yang dianggotai oleh keluarga adik-adik aku, my parents serta besan dan juga my wifey and my sweet daughter Ainul sampai di destinasi agak lewat sebenarnya. Kami mulakan aktiviti berendam di dalam kolam renang tersebut kira-kira dalam pukul 5 petang begitu. Kawasan resort ini agak besar sebenarnya. Meliputi tanah seluas 36 ekar, resort ini mempunyai 6 buah chalet yang berharga dalam lingkungan RM70 ke RM80 sahaja. Kira macam chalet bajet rendah jugak la. Semasa aku ronda-ronda kawasan resort ini, aku perhatikan ada sebuah dewan yang boleh dimasuki oleh 80 hingga 100 orang, rasanya kalau buat gig kat dewan ni, mesti happening kan? haha. 

Jom kita layan gambar pulak...

 Inilah kawasan kolam renang yang aku maksudkan, ianya dibahagikan kepada 2 bahagian, satu kawasan cetek satu lagi dalam sedikit, lebih kurang 4 kaki begitu lah

 Kawasan kolam yang siap ada pondok untuk berkaraoke (sebelah kanan paling atas)

 Salah sebuah chalet yang ada di sini

 Rumah ini aku rasa asalnya ialah sebuah restoran kecil tapi ditutupkan bagi menjadi tempat persalinan selepas sesi berenang.

 My dear daughter tengah syok berenang dengan ibunya.


Kawasan keseluruhan kolam renang tersebut. Aku difahamkan di resort ini juga ada kolam ikan untuk aktiviti memancing. Sesuai untuk kaki pancing juga rasanya. 

Pic ini diambil dari blog Mardiah Resort Bintulu

Kepada sesiapa yang berminat untuk bermalam di sini, bolehlah menghubungi:
Haji Awang Omar Bin Haji Awang Salleh (no. h/p 019-8141512)
email: mardiahresortbintulu@gmail.com

Monday, November 18, 2013

CD Review : Prodigy's Fat Of The Land


CD Prodigy : Fat Of The Land

Album Fat Of The Land dari band electronica Prodigy ini merupakan album ketiga dari band tersebut dan pernah mencetuskan satu fenomena muzik pada pertengahan dekad 90'an yang lalu di mana pembawaan muzik electronica dance ini telah mendapat respon yang positif di kalangan peminat muzik pop pada ketika itu. Lebih-lebih lagi ada juga pemuzik rock yang meminati mereka disebabkan sound mereka agak berlainan dari mana2 artis muzik techno yang kebanyakannya terlalu cliche pada zaman itu.

CD ini aku beli melalui Tuan Betara a.k.a. Krenmaut di mana beliau ada mengiklankan cd ini untuk dijual pada satu lagi blog beliau iaitu Rock At Large. Kalau diikutkan sudah lama aku mencari cd ini di pasaran dan memang payah sebenarnya nak jumpa. Terima kasih banyak2 tuan Betara pasal jualkan cd ini kepada tuan hamba hehe. OK berbalik kepada ulasan cd ini, ianya dicetak di USA dan barangkali ianya merupakan 1st pressing sebab tidak dinyatakan mana2 tahun cetakan semula pada inlay mahupun cd tersebut. Diedarkan dan di bawah label Maverick Recording Company, sebuah syarikat kepunyaan Madonna (yup, the material girl, sama label dengan Alanis Morrissette juga mereka ini di USA). 

Terus terang aku cakap la, sebelum mendengar mana2 lagu dari Prodigy dahulu, aku tidak berapa mengetahui sangat tentang dunia muzik techno, dance, trance dan electronica. Tapi semenjak aku mula mendengar muzik Prodigy, terutama sekali album Fat Of The Land ini, persepsi aku tentang muzik electronica mula berubah dan aku ada rasa hormat sikit la dengan muzik ini walaupun banyak didominasikan oleh DJ-ing, mixing dan synthesizer. 

Dekad 90'an banyak dimonopoli oleh band alternative dan grunge, akan tetapi sejak kemunculan Prodigy dalam persada muzik antarabangsa, ramai pemuzik mula bereksperimentasi dengan muzik techno, lihat sahaja band seperti U2 (album Pop), Radiohead dan Linkin Park. Pada tahun 1998, Q Magazine pernah menobatkan album ini (melalui undian dari pembaca) sebagai The Ninth Greatest Album Of All Time. Dalam majalah Rolling Stone pula, ianya pernah disenaraikan dalam "Essential Recordings Of The 90's" dan pernah juga memasuki Guinness World Records sebagai the fastest-selling UK album mengalahkan The Beatles dan Oasis. Dikatakan juga ada beberapa lagu dalam album ini menggunakan khidmat drumming daripada Matt Cameron dari Soundgarden dan Pearl Jam tetapi tidak tahu lagu yang mana satu (tidak dinyatakan dalam credit).

Antara lagu2 yang bisa menyentap jiwa dan perasaan (apa kejadah ni?) ialah Smack My B*tch Up (track pertama yang sungguh dance-able dan out-of-this-world), Breathe (lagu ini pertama kali aku dengar pada tahun 1996 sebelum album ini diriliskan di carta alternative Radio 4 yang pernah popular suatu ketika dahulu), Diesel Power (lagu yang ada ala Cypress Hill dan mixing dalam lagu ini lebih menyerupai hasil kerja DJ Muggs), Narayan (duet bersama Crispian Mill dari band indie Kula Shaker) dan semestinya Firestarter. Lagu Firestarter ni banyak artis dah cover, contohnya Smashing Pumpkins, Sepultura dan believe it or not, Gene Simmons. Apa2pun yang dikatakan tentang album ini, ianya merupakan batu loncatan kepada muzik crossover hard rock dengan elemen techno yang semakin mendapat tempat di hati peminat muzik rock mahupun dance music.

Sumber : Wikipedia

 CD dan jewel case

 CD dan inlay

 The line-up (from left): Liam Howlett, Keith Flint, Maxim & Leeroy

CD dan T-Shirt

Smack My B*tch Up - Prodigy (Official Video)

Breathe - Prodigy (Official Video)

Firestarter - Prodigy (Official Video)

Friday, November 15, 2013

Sheikh Jamal Diin Omar : CEO Of CARES Dan Perjalanan Beliau Mencari Nur Islam

Sheikh Jamal Diin Omar

Entah kenapa, aku sering tertarik dengan kisah para saudara baru yang kembali ke pangkuan Islam, mungkin disebabkan pernah menyaksikan seorang sahabat aku yang revert to Islam pada bulan Julai lalu. Islam itu indah, tiada cacat celanya. Yang memburukkan keadaan di dalam Islam ialah perangai sesetengah umatnya. Tapi janji Allah itu benar, sesiapa yang menemui jalan yang lurus pasti akan diangkat darjatnya samada di dunia mahupun di akhirat. Mungkin aku tidak layak untuk berbicara tentang hal sebegini. Biarlah peribadi seorang lagi saudara seagama yang boleh dikatakan seorang personaliti yang agak dikenali di kalangan masyarakat Islam di Amerika yang berbicara tentang betapa indahnya Islam itu, tokoh yang aku maksudkan ialah Sheikh Jamal Diin Omar

Sheikh Jamal Diin Omar merupakan CEO kepada sebuah badan NGO yang bertanggungjawab dalam pengurusan pelarian yang berada di Amerika iaitu CARES (Council Accomodation Refugee Employment and Settlement). Beliau juga kini bertugas sebagai pendakwah dalam menyebarkan tentang apa itu Islam kepada non-muslim di Amerika bagi memadamkan stigma yang negatif dalam persepsi masyarakat Amerika secara khususnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau, jom layan video di bawah, InshaAllah semoga membawa manfaat kepada kita semua. Amin.

"Islam In America" : Interview With Sheikh Jamal Diin Omar


Wednesday, November 13, 2013

Wordless Wednesday : The Simpsons With Rockstars / Rapstars

 Beastie Boys

 Coldplay

 Cypress Hill

 Greenday

 Kid Rock

 Ramones

 RHCP

 The Smashing Pumpkins

 Sonic Youth

 The Who

 R.E.M

 Keith Richards & Mick Jagger (Rolling Stone)

 U2

The White Stripes

All cartoons are made by Matt Groening

Monday, November 11, 2013

Sarawak Grunge Fest Part 2 Bertempat Di Dewan Suarah Kuching : Seattle Sound Di Bumi Kenyalang


Pada 2 November yang lepas aku berkesempatan untuk menghadiri sebuah gig yang dinamakan Sarawak Grunge Fest #2 bertempat di Dewan Suarah Kuching. Gig yang dianjurkan sebahagian besarnya oleh komuniti Kuching Grunge Attack ini merupakan siri yang kedua diadakan di venue yang sama. Untuk bahagian pertama dibuat pada tahun lepas. Kalau diikutkan jadual gig ini telahpun bermula pada pukul 12 tengahari akan tetapi aku sampai di tempat kejadian kira-kira dalam pukul 4 petang begitu. Maklumlah tumpang orang.

Apa yang unik tentang venue ini (Dewan Suarah Kuching) ialah ianya sebenar sebuah menara (hampir sama bentuk seperti KL Tower) dan gig ini dibuat di tingkat 4 kalau tidak silap aku. Sambil kita layan gig, kita juga boleh melihat panorama indah kotaraya Kuching dari atas menara tersebut. Aku terfikir, berapalah agaknya sewa yang dikenakan oleh pihak pengurusan kepada geng2 organizer gig ni yer? Kalau dapat kaw tim harga itu sudah kira bagus sangat la hehe. 

 Semasa aku sampai di venue gig tersebut, band Nepotish dari Melaka sedang membuat persembahan. Boleh tahan, ada bawak lagu mereka sendiri dan beberapa cover songs dari Butterfingers.



Oh ya, aku juga tidak ketinggalan bergambar bersama frontman (Mr Josiah Hogan) band Maddame... sebuah band grunge tempatan yang sering mengikuti beberapa siri gig sekitar Malaysia, mereka juga antara nama baru yang tengah naik dalam underground music scene secara amnya. Kalau anda perasan, Josiah Hogan juga seorang pelakon dan sering dilihat dalam beberapa drama bersiri di kaca TV contohnya cerita Bicara Hati (one of my wife's favorite tv drama suatu ketika dahulu, dibintangi bersama Christina Suzanne) dan banyak lagi la, aku pun tak ingat. Dia ni Eurasian, mak ke ayah dia orang Texas, Amerika...aku pun tak berapa pasti haha.

 Ini pula band Green Love dari Johor Bahru. Ini merupakan kali kedua aku menyaksikan persembahan mereka. Kali pertama aku tengok diorang perform di Bintulu Music Fest bertempat di Stadium Muhibbah pada bulan Mac lalu. Lagu2 yang dimainkan kebanyakannya dari album pertama mereka. Mereka ini juga makin aktif menyertai mana2 gig yang bergenre grunge sekitar Malaysia, Singapura dan Indonesia.

 Persembahan Green Love memang sungguh bertenaga, dengan vokalisnya yang mempunyai suara hampir2 menyerupai Emmet Butterfingers haha...





Seterusnya band highlight pada hari itu iaitu Maddame membuat persembahan. Oh ya lupa nak bagitau, gig ini mempunyai dua buah stage yang berasingan akan tetapi diletak bertentangan di antara satu sama lain. Band Green Love tadi perform di stage 2, manakala Maddame perform di stage 1, tapi pada jadual waktu yang berasingan la.

 Mr Josiah "The Auty Student" Hogan, frontman of Maddame...

Seriously, aku sebenarnya agak kagum dengan persembahan dan kualiti muzik yang diketengahkan oleh Maddame. Ok, mungkin muzik grunge ala Nirvana agak tipikal kepada pendengar casual muzik rock, akan tetapi kelainan yang ada dalam muzik Maddame ialah ianya ada nilai progresif sedikit, seolah-olah anda mendengar muzik Black Sabbath, Rush dan Nirvana dalam masa yang sama. Susah aku nak terangkan sebenarnya haha. Akan tetapi band ini boleh pergi jauh. Bukan nak kata band lain tak berapa bagus, cuma ada sedikit kelainan dalam muzik Maddame pada pendapat aku lah. Mungkin ada sedikit pengaruh punk dari band Melvins.

Maddame performing "Mud Foot" (Taken from their debut album "Mother-Earthanium") live at Sarawak Grunge Fest #2 2013

Aku terpaksa balik ke rumah mak saudara selepas persembahan Maddame ketika itu, tapi sempat juga lepak sekejap bersama geng2 dari band Wildhorse, Sir Attext, The Cuppycakes dan Green Love. Sayang betul aku tak sempat nak tengok sebuah band grunge ala Pearl Jam iaitu Holiday Madness beraksi di pentas gig tersebut. Mereka perform lewat sangat, dalam pukul 9:30 malam begitu. Kesimpulannya gig ini memang antara yang syok dan terbaik pernah aku ikuti di bandar Kuching ini. Fenomena Seattle Sound telah mengalami sesi revival oleh kerana pembabitan bakat2 baru dalam scene muzik underground tempatan. Ini adalah satu peningkatan yang positif disamping kita dapat meluaskan pengetahuan muzik dalam pelbagai genre, tidak hanya termaktub dalam muzik grunge sahaja. 







Friday, November 8, 2013

Beberapa Gambar Menarik Sepanjang Perlawanan Pemilihan Pemain Baru Pasukan Sarawak : Sarawak First Eleven lwn Sarawak Trial

Pada hari jumaat minggu lepas bersamaan dengan 1 November 2013, aku berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan pemilihan pemain baru untuk pasukan bolasepak Sarawak bertempat di Stadium Negeri, Kuching. Aku ke sana pun disebabkan ada urusan keluarga, sepupu aku bersanding pada keesokan harinya. Perlawanan tersebut bermula pada pukul 4 petang, walaupun cuaca tidak berapa mengizinkan, akibat hujan renyai-renyai (tidaklah terlalu lebat) akan tetapi ianya tetap juga diteruskan. Perlawanan ini pun aku tahu melalui adik aku yang terserempak dengan post dari facebook Sarawak FA Fans page awal pagi jumaat hari itu sebelum kami sekeluarga bertolak ke Kuching menggunakan pesawat Airasia, kira macam announcement jugak la.

Aku dan 2 orang adik aku sampai di Stadium Negeri kira2 pukul 4:15 petang begitu, perlawanan sudah pun bermula. Oh ya, untuk sesi pemilihan ini, tiada caj tiket dikenakan bagi mereka yang ingin menyaksikan perlawanan tersebut. Sesampainya kami di sana, sudah ramai peminat sukan bolasepak Sarawak mengerumuni kawasan grandstand stadium tersebut. Kalau ikut keadaan sebenar pada perlawanan tertentu yang diadakan di stadium ini, kawasan grandstand ini agak mahal sikit berbanding kawasan yang tidak berbumbung, oh well aku rasa stadim lain pun guna cara yang sama kot. Pada separuh masa pertama, pasukan Sarawak 1st Eleven mengenakan jersi away warna biru manakala pasukan yang mengikuti sesi trial menggunakan jersi home berwarna merah. Dari kejauhan aku dapat lihat kelincahan pemain2 Sarawak seperti Joseph Kalang Tie, Jr Eldstal, Muamer Salibasic dan yang lain2. Guy Bwele walaupun tidak akan beraksi lagi pada musim hadapan Liga Super ataupun Piala Malaysia kerana ingin menamatkan kontrak dan balik ke negara asal beliau iaitu Cameroon, namun beliau masih juga turun padang bermain bersama dengan rakan2 sepasukan yang lain buat kali terakhir.

Nampaknya pasukan Sarawak memang boleh tahan prestasinya apabila beraksi di atas padang. Bukan nak angkat bakul negeri sendiri (apa punya kiasan la!), namun kalau dibandingkan kali terakhir aku menonton perlawanan bolasepak Sarawak di stadium ini kira2 pada tahun 1999, prestasi pasukan Sarawak agak memberansangkan pada kali ini. Dulu asyik kalah di tempat sendiri, sekarang dah seringkali menang di stadium keramat ini. Motto "Our Home, Your Hell" memang betul2 mengena untuk situasi bolasepak Sarawak sekarang. Walaupun seringkali tewas di pusingan separuh akhir dan semi final pada Piala Malaysia, namun semangat Ngap Sayot dari zaman Awang Mahyan masih lagi ada dalam pasukan Sarawak, cuma kalinya ianya seperti "mati hidup kembali" setelah kemasukan beberapa player baru yang berpotensi seperti Bobby Gonzales (sayang betul, musim hadapan beliau tidak lagi bersama team Ngap Sayot), Ashri Chuchu, Zamri Morshidi, Azizan Baba, Shahrol Dedek dan yang lain-lain. 

Pada sesi perlawanan pemilihan pemain ini, ada juga pemain dari luar negara yang juga turut serta untuk trial iaitu Manuel Friedrich bekas pemain Bayern Leverkusen, wow! Mudahan pengurus serta coach pasukan Sarawak iaitu Robert Alberts akan mengambil beliau untuk menyertai pasukan Sarawak. Permainan beliau pada petang itu pun memang sungguh mengujakan. Jom layan gambar2 pulak!

 Kawasan pagar utama Stadium Negeri, Petra Jaya. Our Home, Your Hell!

Pada ketika kami sampai di stadium ini, perlawanan telahpun bermula. 



 Penonton semakin ramai memenuhi kawasan grandstand stadium ini

Team 1st Eleven guna jersi biru, manakala team trial guna jersi merah

 Pengurus serta coach pasukan Sarawak, Robert Alberts juga turun padang bermain bersama pasukan jersi biru (dia pulak menggunakan vest warna biru, ini semasa separuh masa kedua)

 Ini adik aku no. 2 yang juga fanboy Manchester United macam aku haha...

Ini pula adik aku no. 3, juga fanboy Red Devils dan Sarawak FA

Selepas perlawan tersebut, ada pula sesi bergambar bersama peminat. Ini pula Jr Eldstal berposing bersama peminat cilik. Keesokan harinya beliau terpaksa menjalani pembedahan minor di tulang belakangnya. Semoga cepat sembuh.


 My dear friend, Mr Alood (berbaju kelabu yang ada tulisan Quiksilver tu) sedang pegang tangan Jr Eldstal. Aih...mesra nampak haha...

My brother bersama Joseph Kalang Tie, kapten pasukan Sarawak

Both of my brothers bersama Joseph Kalang Tie 

 Aku (yang buat peace sign tu) tengah menyemak bergambar bersama pengurus pasukan Sarawak, Robert Alberts

Sekali lagi aku menyemak bergambar bersama Joseph Kalang Tie...entahapahapa

"Sarawak Satukan Hatimu" antara lagu chanting yang aku suka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...