Monday, February 15, 2016

Review Filem : Deadpool (2016)

Poster Rasmi Filem Deadpool

Review kontot : Deadpool (2016)

Raikan cinta bersama Deadpool pada bulan Februari ini. Tapi sebelum itu, adalah dinasihatkan jangan membawa individu yang berumur 18 tahun ke bawah untuk menonton filem ini bersama. Adalah dikhuatiri akan merosakkan akidah individu tersebut sekaligus menyebabkannya bertukar menjadi mutant yang menyerupai buah Avocado (jika anda telah menonton filem ini, barulah anda faham apa yang saya maksudkan).

Jika anda bukan seorang kipas-susah-mati (diehard fan) komik Marvel saya, semestinya anda kurang mengenali dengan lebih mendalam tentang watak Deadpool. Apa yang mampu terimbas di dalam fikiran pun mungkin ada watak Deadpool versi tidak-berapa-menarik di dalam filem "Wolverine : The X-Men Origin" lakonan Hugh Jackman beberapa tahun lepas. Tidak mengapa dan jangan khuatir, kerana sesungguhnya filem ini amat mudah untuk dihadam. Ianya tidak memerlukan anda membuat flashback terlalu banyak sehingga perlu merujuk kepada beberapa siri filem franchise X-Men yang lain. Buang masa rasanya.

Sesungguhnya, Ryan Reynolds (Wade Wilson) memang dilahirkan untuk watak anti-hero seperti Deadpool ini. Lupakan seketika beberapa filem bajet besar yang pernah "flop" lakonan Ryan Reynolds sebelum ini seperti RIPD, Green Lantern (yang ini memang dia ada ungkit dan sindir watak superhero ni dalam filem Deadpool), Amytiville Horror dan banyak lagi. Filem ini mampu menaikkan kredibiliti Ryan sebagai pelakon yang versatile di Hollywood. Apabila anda menonton filem ini, ianya seolah-olah anda menonton satu rancangan stand-up comedy yang dibintangi oleh Ryan sebagai pelawak, cuma kali ini dia bertopeng merah. Lawak yang cuba diketengahkan oleh beliau memang menjadi. Kebanyakannya bersifat sarkastik dan seolah-olah dibuat secara spontan, walaupun hakikatnya ianya berpanduan skrip.

Di harap kalian yang belum menonton filem ini, lakukan tindakan yang sewajarnya dengan menontonnya di panggung berdekatan. Serius, memang sangat berbaloi dan kelakar, tidak kering gusi kita dibuatnya dek kerana telatah Wade Wilson a.k.a. Deadpool lakonan Ryan Reynolds. Selepas menonton filem ini, jangan lupa ambil gambar bersama poster filem ini sambil posing bawa beg sekolah Hello Kitty (cadangan untuk hiasan), upload di facebook, buat komen macam sial dan diakhiri dengan hashtag #kentutsambilberjalan. Sekian.

Ambil gambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan Kaki Wayang Bintulu di Star Cineplex Bintulu

Official Movie Trailer

4 comments:

  1. colossus: let's go see the professor
    deadpool: which one? mcavoy or steward?


    dialog yg ni aku ketawa sorg2 tatkala org lain blur...

    penceritaan ok, cuma jalan cerita/plot saja yang hambar

    ReplyDelete
  2. yang penting, ada anak-anak, memang jangan bawa tengok deadpool ni. bahasa yang digunakan tak appropriate. dan jangan salah anggap movie ni sama dengan avengers tu..kalau avenger, memang untuk budak je..hehe

    ReplyDelete
  3. Poster kat luar panggung tu menarik. Haha

    ReplyDelete
  4. Hahaha..aku dah tgk mmg lahanat movie ni #kentutsambilberjalan
    Dialog pun tak uncensored.heheh

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...