Friday, December 28, 2012

CD Review : The Smashing Pumpkins - Mellon Collie and the Infinite Sadness (Rilisan 1995)

The Official Album Cover of The Smashing Pumpkins' Mellon Collie And The Infinite Sadness

Despite All My Rage, I Am Still Just A Rat In A Cage... (Bullet With Butterfly Wings)

Jika diimbas kembali semasa dekad 90'an dahulu, ianya seolah2 menyaksikan pelbagai perubahan dalam scene muzik di peringkat antabangsa terutama sekali untuk genre muzik rock. Zaman kejatuhan glam rock, kebangkitan (serta kejatuhan) scene muzik grunge, pertembungan buat pertama kali elemen rap dan rock (sehingga terhasilnya genre nu-metal dan rapcore) dan semestinya era kegemilangan muzik alternative rock...semuanya berlaku pada dekad ini...the 90's.

The double-disc album

Jika difokuskan hanya pada genre muzik alternative, album Mellon Collie and the Infinite Sadness dari band  The Smashing Pumpkins ini merupakan di antara album terpenting dari dekad tersebut dan ianya juga dipilih oleh majalah Rolling Stone sebagai di antara The 500 Greatest Albums Of All Time. Setelah mendapat nama dalam arena muzik alternative rock di USA pada ketika itu, melalui kesuksesan dari album Gish (debut album dan dirilis pada tahun 1991) dan album kedua Siamese Dream (rilisan tahun 1993 dan mempunyai hit singles berjudul Today serta Disarm), pada album ketiga mereka ini The Smashing Pumpkins kembali dengan sebuah album yang boleh dikategorikan sebagai epic zaman moden dari perspektif muzik alternative rock.

CD ini aku beli melalui eBay dan sampai ke tangan aku pada 21 Disember (hari khamis) yang lepas. Sebenarnya aku pernah memiliki album ini dalam versi kaset, akan tetapi itu semua cuma tinggal kenangan kerana kaset tersebut sering beralih tangan dari seorang rakan kepada rakan yang lain. Maklumlah zaman tu aku berada sekolah menengah lagi, era yang tidak bergantung pada mp3 untuk mendengar muzik, so kalau nak suruh member dengar lagu2 kesukaan kita, kenalah share kaset tersebut. Aku rasa situasi ini juga pernah berlaku pada kalian juga kan? Apa2pun at least sekarang aku berjaya memilikinya kembali dalam versi CD walaupun ianya hanya used item. 

Cover belakang CD ini yang mempunyai senarai sebanyak 28 buah lagu dari album ini

Berbalik kepada CD ini, ianya merupakan sebuah album dalam format double-disc dan dikatakan bahawa Billy Corgan (frontman) cuba untuk membuat sebuah album yang berkonsepkan life and death serta mempunyai mood yang berlainan pada setiap lagu. Tapi walaupun begitu album ini bukalah sebuah concept album, ianya cuma kompilasi lagu2 terbaik karya Billy Corgan yang sungguh produktif menghasilkan killer songs pada ketika itu sehingga pihak label terpaksa membuat sebuah kompilasi album (boxset) yang berjudul The Aeroplane Flies High pada tahun 1996, setahun selepas terhasilnya album ini, bagi memberi ruang kepada lagu2 lain untuk didengari peminat. 

End credit serta gambar band photo, line-up asal mereka (dari kiri) Billy Corgan, D'Arcy Wreztky, Jimmy Chamberlin dan James Iha

Di antara penyebab2 album ini sungguh unik pada pandangan aku ialah, selain mempunyai lagu2 hit seperti Bullet With Butterfly Wings, Tonight Tonight, 1979 dan Thirty-Three, ialah ianya sebuah album yang mempunyai pelbagai stail muzik seperti hard rock, folk akustik, sedikit elemen electronica (untuk lagu Love) dan heavy metal (ianya amat ketara pada lagu2 seperti Zero dan An Ode To No One). Ianya juga menyerlahkan lagi bakat Billy Corgan sebagai composer serta penulis lirik. Billy Corgan juga menyifatkan album ini ialah "The Wall" versi Generation X, sebagai satu perbandingan untuk album Pink Floyd rilisan tahun 1979 itu. 

Lukisan2 dalam inlay nya juga agak menarik dan unik, Arnab hisap shisha?

Secara peribadi, CD ini merupakan GAS terakhir aku pada tahun 2012 ini. Adakah mengumpul CD layak dikategorikan sebagai penyakit GAS? Hantam sajalah, aku peduli apa. Apa yang penting, kini aku dah dapat balik sebuah album yang mendorong aku menjadi seorang pemuzik dari dahulu sehingga sekarang. Ianya boleh dikategorkan sebuah album KLMJ juga (Kenangan Lama Mengusik Jiwa). Thanks to The Smashing Pumpkins for the wonderful songs that you guys have made.

The Smashing Pumpkins - Tonight Tonight (Official Music Video)

The Smashing Pumpkins - Bullet With Butterfly Wings (Official Music Video)

The Smashing Pumpkins - Zero (Official Music Video)

The Smashing Pumpkins - Thirty-Three (Official Music Video)

The Smashing Pumpkins - 1979 (Official Music Video)

17 comments:

  1. aku pun ade versi kaset dulu..album ni memang terbaik..lagu tonight tonight,1979,love.billy corgan ni macam kurt cobain jugak.pandai bikin lagu.untung la lu bro dapat album ni balik..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas album ni aku masih lagi follow diorang utk album Adore dan Machina...lepas tu SP dibubarkan dan Corgan buat Zwan...semenjak tu aku lost contact dgn muzik diorang hehe...

      Delete
  2. bukan zaman aku...so tak tau nak komen....hahaha...

    ReplyDelete
  3. aku suka zaman sebelum album ni...masa album ni keluar..aku tinggal kan scene ni... terbabit dengan budak Hardcore masa ILP pasir gudang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang betul, album Gish dan Siamese Dreams memang best bro, betul2 UG masa tu...diorang pun masa tu Seattle Sound oriented jugak...dari Alternative ke Hardcore ek? Gua pun layan jugak la Snapcase, Earth Crisis, Sick Of It All, Hatebreed, Shelter, Bad Religion n mana2 band HC dari label Victory Record masa kolej dulu haha...

      Delete
    2. bebudak sekelas aku memang suka album ni, kebetulan 1979 adalah tahun kelahiran kami, hehehe KLMJ betullah

      Delete
    3. Haha memang KLMJ bro...era 90's memang tahun kegemilangan Pumpkins...tapi setelah masuk era the new millenium ni, byk rilisan diorang agak cliche dan takder perubahan...ambil contoh untuk album Zietgiest tu, ada sesetengah lagu ok la, tapi overall mcm xda beza dgn album Zwan ajer ermmm....sedih™

      Delete
    4. Kamon bro! Apa2 band dari Victory Label memang best la (cuma band yg sekarang ni ada hampeh sikit)...minat jugak HC dulu cuma tak la sampai nak jadi vegetarian haha...

      Delete
    5. hehhe..salah satu cabang ajaran HC... daging tak leh makan...tak silap aku rokok drug pun tak leh...

      Delete
  4. oo nice, first time tengok packaging ni album
    Popular ni band dan cd zaman dulu, tapi aku tak pernah dengar pun.

    ReplyDelete
  5. faizal: susah la nak hidup mcm tu...kalo drugs pun x boleh,alamatnya mkn panadol pun x boleh jugak la...haiya! hahah...Islam is still the best lifestyle for mankind.

    Deaf Angel: still never too late to know about this band bro hehehe...

    ReplyDelete
  6. Album klasik era 90an.. Teringin nk sambar super deluxe edition hehe

    ReplyDelete
  7. album baru dia Oceania ada dengar? tengok review macam bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dgr dah album baru tu,feel dah kurang. Lagipun tanpa sound drum Jimmy Chamberlin (walaupun James Iha dgn D'arcy dah takder) seolah2 muzik SP dah kurang menyengat dah.

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...