Sunday, June 16, 2013

Tahukah Anda : Perihal Asal Usul Lagu "You Never Walk Alone"

TAHUKAH ANDA?

Tahukah anda bahawa kelab pertama yang menyanyikan lagu "You'll Never Wall Alone'' bukanlah dari
Liverpool. Ianya dimulakan oleh musuh terhebat mereka iaitu Manchester United. Lagu 'You'll Never Wall
Alone' Ditulis oleh Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein II untuk sebuah acara muzik bernama Carousel
pada tahun 1945.

Kemudian pada tahun 1958, lagu ini untuk pertama kalinya telah dinyanyikan (chants) oleh Penyokong
Manchester United di sebuah pertandingan di tempat mereka, Stadium Old Trafford. Semasa itu, kelompok
muzikal New Mills Operatic Society sedang membuat persediaan untuk menyanyikan lagu ini pada perlawanan
di Old Trafford bagi menghormati mangsa Tragedi Munich yang berlaku pada 6 Feb 1958 yang telah
mengorbankan seramai 23 orang (termasuk 8 pemain Manchester United). Penyokong Manchester United ketika
itu telah menyanyikan lagu ''You''ll Never Wall Alone'' sehingga tahun 1963.

Pada tahun berikutnya, sebuah Band yang berasal dari Liverpool, Gerry & The Pacemakers telah merakam
lagu ini dan menjadi lagu Single mereka. Ini menyebabkan penyokong Manchester United yang mengetahui
perkara ini tidak lagi menyanyikan lagu ''You'll Never Walk Alone" di dalam senarai lagu (Chants) mereka
dalam memberi sokongan.

Pada 4 Nove 1963, lagu "You'll Never Walk Alone" telah menjadi lagu terhangat dan berada di dalam carta
tertinggi di Carta Lagu Inggeris selama 4 tahun, malah telah menewaskan lagu "I Want To Hold Your Hand"
karya dari The Beatles.

Seterusnya, lagu "You'll Never Walk Alone'' telah menjadi lagu UTAMA milik Liverpool secara rasminya, diikuti
oleh kelab lain yang menjadikan lagu (Chants) ini sebagai lagu sokongan mereka antaranya kelab Hibernain
dan Celtic (Kedua kelab dari Scotland), Kelab Feyernord dan FC Twente (Kelab Belanda), Club Brugge (Kelab
Belgium),FSV Mainz 05 dan HSV Hamburg (Kelab Jerman) dan F.C Tokyo (Jepun).

Sumber: Facebook Rasmi Buletin Manchester United.

P/S: Happy Father's Day kepada rakan-rakan blogger sekalian. You guys are the best!


14 comments:

  1. We retain The Premier League, Last Year on Merseyside-1996-1997.

    ReplyDelete
  2. aku baru tau..hehe..anyway,happy fathers day bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha rahsia di sebalik lagu YNWA bro...terbaik!

      Delete
  3. aku tau lagu "Luaskan Kuasamu Johor" ajer...hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha lu memang die hard fan Harimau Selatan bro, tahniah!

      Delete
  4. Replies
    1. Hehe...klak la aku carik info pasal asal usul lagu Blue Is The Colour agik...

      Delete
  5. Thank God I'm an Arsenal fan. Getting stuck between two big rivals sucks. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In this topic we are not in the same page, sadly haha...im an Man United fan. Haha

      Delete
  6. tu la dia yg boikot taknak nyanyi, pastu nyesal tak daftar harta intelek. jom la kita nyanyi sama2.... YNWA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Steady PC kOKak....walk ooonnnnnnnn .... hehehe

      Delete
    2. Haha alamak terkena pulak dah...anyway lagu2 lama mcm YNWA dgn Blue Moon (anthem rival MU iaitu Man City) memamg awesome, cuma chanting MU lebih best...sorry to say la hehe

      Delete
  7. No hurt feeling guys hehe...just for laugh!

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...