Monday, February 22, 2016

Ulasan Buku : Jurnal Hidup Mati

Jurnal Hidup Mati (karya Tajrin Faruqi)
Rilisan RabakLit



Antara salah satu sebab kenapa aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan bacaan buku ini adalah kerana aku ingin imagine apa yang penulis ini ingin sampaikan. Buku ini ringkas saja, tebal pun tidaklah sampai 100 mukasurat. 

Di tempat aku agak susah nak dapatkan mana-mana buku terbitan Rabak-Lit ni. Kalau nak harapkan kedai buku seperti Smart Bookshop mahupun Popular Bookstore, memang tidak akan jumpa lah. Entah kenapa, mungkin ada isu terselindung yang orang awam macam aku ni tak tahu rasanya. Tak apalah, abaikan dulu perkara itu. Kalau nak sangat beli buku terbitan Rabak-Lit aku sarankan untuk beli secara atas talian sahaja. Cuma perlu like page rasmi mereka di Facebook mahupun di Instagram.

Berbalik kepada buku karya Tajrin Faruqi ini lagi, karyanya memang bagus dan mempunyai nilai kontemporari. Sesuai untuk bacaan bagi remaja-remaja generasi Y khususnya. Yang dari generasi tua macam aku ni pun rasanya tidak ada masalah dalam memahami konteks serta pengisian buku ini. Oh ya lupa nak bagitau, buku ini lebih menjurus ke arah penulisan sajak serta anekdit yang luar dari gaya penulisan cliche seperti di dalam buku teks sekolah dahulu. 

Adakalanya penulis bermain dengan isu-isu semasa serta pencarian nilai diri. Namun nilai eksentrik serta cara penyampaian si penulis membuat aku cuba menelaah secara mendalam. Penghujungnya agak pening. Namun aku berpuas hati sebab mampu menghabiskannnya dengan rasa lega sambil membuat kesimpulan bahawasanya Tajrin Faruqi ini gila baby genius dalam seni bawaannya. Pening, tapi tamatnya berbaloi.

Monday, February 15, 2016

Review Filem : Deadpool (2016)

Poster Rasmi Filem Deadpool

Review kontot : Deadpool (2016)

Raikan cinta bersama Deadpool pada bulan Februari ini. Tapi sebelum itu, adalah dinasihatkan jangan membawa individu yang berumur 18 tahun ke bawah untuk menonton filem ini bersama. Adalah dikhuatiri akan merosakkan akidah individu tersebut sekaligus menyebabkannya bertukar menjadi mutant yang menyerupai buah Avocado (jika anda telah menonton filem ini, barulah anda faham apa yang saya maksudkan).

Jika anda bukan seorang kipas-susah-mati (diehard fan) komik Marvel saya, semestinya anda kurang mengenali dengan lebih mendalam tentang watak Deadpool. Apa yang mampu terimbas di dalam fikiran pun mungkin ada watak Deadpool versi tidak-berapa-menarik di dalam filem "Wolverine : The X-Men Origin" lakonan Hugh Jackman beberapa tahun lepas. Tidak mengapa dan jangan khuatir, kerana sesungguhnya filem ini amat mudah untuk dihadam. Ianya tidak memerlukan anda membuat flashback terlalu banyak sehingga perlu merujuk kepada beberapa siri filem franchise X-Men yang lain. Buang masa rasanya.

Sesungguhnya, Ryan Reynolds (Wade Wilson) memang dilahirkan untuk watak anti-hero seperti Deadpool ini. Lupakan seketika beberapa filem bajet besar yang pernah "flop" lakonan Ryan Reynolds sebelum ini seperti RIPD, Green Lantern (yang ini memang dia ada ungkit dan sindir watak superhero ni dalam filem Deadpool), Amytiville Horror dan banyak lagi. Filem ini mampu menaikkan kredibiliti Ryan sebagai pelakon yang versatile di Hollywood. Apabila anda menonton filem ini, ianya seolah-olah anda menonton satu rancangan stand-up comedy yang dibintangi oleh Ryan sebagai pelawak, cuma kali ini dia bertopeng merah. Lawak yang cuba diketengahkan oleh beliau memang menjadi. Kebanyakannya bersifat sarkastik dan seolah-olah dibuat secara spontan, walaupun hakikatnya ianya berpanduan skrip.

Di harap kalian yang belum menonton filem ini, lakukan tindakan yang sewajarnya dengan menontonnya di panggung berdekatan. Serius, memang sangat berbaloi dan kelakar, tidak kering gusi kita dibuatnya dek kerana telatah Wade Wilson a.k.a. Deadpool lakonan Ryan Reynolds. Selepas menonton filem ini, jangan lupa ambil gambar bersama poster filem ini sambil posing bawa beg sekolah Hello Kitty (cadangan untuk hiasan), upload di facebook, buat komen macam sial dan diakhiri dengan hashtag #kentutsambilberjalan. Sekian.

Ambil gambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan Kaki Wayang Bintulu di Star Cineplex Bintulu

Official Movie Trailer

Tuesday, February 9, 2016

Promosi Buku "Lebuhraya : Bukan Kita Sahaja Yang Gunakannya" Terbitan SO? Production (Serta Beberapa Tips Menulis)

Akhirnya, yang ditunggu sudah tiba!!!






Buku antologi cerpen seram bertajuk "LEBUHRAYA : BUKAN KITA

SAHAJA YANG GUNAKANNYA" terbitan SO? Publishing kini telah berada di
pasaran. Buku ini merangkumi 20 karya seram hasil nukilan para penulis dari
seluruh Malaysia. Pelbagai plot dalam jalan penceritaan dihidangkan di dalam
buku ini. Diselenggarakan oleh AC Jaffrie dan hasil kerjasama sebuah group
karya saya terselit di dalam buku ini. Kena cari sendiri.
facebook iaitu "Grup Mari Menulis" (singkatannya ialah GMM). Ada satu


Sejujurnya ini merupakan kali pertama saya berkolaborasi dengan

19 orang lagi penulis amatur dalam menghasilkan cerpen bergenre seram.
Kebanyakan dari kami pada mulanya hanya menulis untuk suka-suka sahaja. Namun
apabila dibeli tunjuk ajar oleh beberapa individu di dalam group GMM tersebut,
maka minat yang pada asalnya adalah sekadar hobi boleh jadi satu aktiviti yang
tidaklah lumayan, namun ianya tetap berbaloi dengan effort atau komitmen yang
menguntungkan. Boleh dikira jadi macam side-income. Mungkin pada awalnya
telah kita sumbangkan.


Kepada rakan-rakan blogger sekali mahupun pembaca blog ini,

nasihat saya jika anda mampu menulis dengan baik dan sekurang-kurangnya
mempunyai beberapa pembaca setia (tidak kisahlah samada rakan taulan mahupun
sekadar ahli keluarga), maka secara otomatiknya anda boleh pergi jauh dalam
dalam masyarakat. Buatlah beberapa hasil tulisan anda baik dalam format buku,
bidang penulisan. Sekarang scene label buku indie semakin mendapat tempat di
kena reject, jangan putus asa. Itu adalah lumrah kehidupan. Motivaskan diri
zine, mahupun sekadar artikel di majalah sebanyak mungkin, Jika ada bahan anda
lagi beginner dalam dunia penulisan ni. Masih banyak yang perlu saya belajar.
anda. Yang paling utama, jadilah diri anda sendiri jika menulis. Saya pun masih
Kalau diikutkan hati nak saja saya ikut apa-apa kursus penulisan kreatif
anjuran mana-mana organisasi. Tapi tu la, rezeki tak ada buat masa sekarang.


Jika anda berminat untuk memilikinya, email saja saya di

gautama_81@yahoo.com. Untuk pembeli terawal akan menerima hadiah istimewa. Jika
anda beli buku ini dari saya, ianya akan siap ditandatangani.


Harga

: RM20 Sahaja (Harga 1 Malaysia)
Tidak
termasuk kos poslaju.




Monday, February 1, 2016

CD Review : Boxtak (Demo 2015)



Boxtak (Demo 2015)

Seperti yang kebanyakan kita tahu, genre Grindcore sudah wujud sejak awal dekad 80'an lagi. Band-band terawal yang memulakan gerakan muzik berat dan pantas sebegini adalah seperti Napalm Death, Repulsion, Brutal Truth dan banyak lagi. Secara harfiahnya, genre ini lahir dalam pertembungan di antara Punk dan Metal di mana pada ketika awal dekad 80'an tersebut, kebanyakan band metal berlumba-lumba mahu menjadi kugiran yang lebih berat dari aspek penghasilan riff-riff serta beat yang laju bagai pelesit. 

Grindcore juga tidak lepas daripada berlakunya revolusi. Kini trend muzik Grindcore juga membentuk ke arah yang lebih berat dan pantas (malah lebih advance lagi daripada band-band generasi terawal) setelah melewati beberapa dekad kebelakangan ini. Band seperti Rotten Sound, Nasum, Unholy Grave, Wormrot dan sebagainya semakin mendapat tempat di hati pendengar muzik ekstrim. Bahana ini juga memberi kesan kepada peminat muzik Grindcore tempatan. Ramai juga band tempatan yang mengikuti trend sebegini; satu lagu hanya bertahan beberapa saat atau paling lama pun 2 minit dan digaulkan dengan riff-riff berat gitar yang mencengkam kalbu) seperti Damokis, Tool Of The Trade, Negation, Muntah Darah, sekadar menamakan sebahagiannya.

Band Boxtak juga tidak terkecuali. Band yang berasal dari Lahad Datu ini telah menghasilkan sebuah demo tahun lepas, sekadar self-titled sahaja. Mutu rakaman pada keseluruhan lagu di dalam demo mungkin dalam format rehersal sahaja; one-take recording dengan hanya sedikit mixing. Namun jangan terkejut jika bentuk lagu-lagu mereka ada kelainan sedikit dari segi peralihan time-signature serta riff-riff mereka. Memang agak ketara mereka ini terpengaruh dengan Wormrot. Namun pengaruh ini juga mampu menjadi pemangkin untuk mereka menghasilkan sound mereka yang tersendiri. Track pertama yang berjudul "Bakakuk (Intro)" mengingatkan aku dengan track pertama dari album "Dirge" (Wormrot) yang bertajuk "No One Give A Shit". Haha. Ini sesuatu yang menarik disebabkan feel attack grind yang dimulakan dengan riff perlahan namun bisa dihancurkan dengan bahagian-bahagian kejam yang seterusnya. Lagu "Manipulation Of Lucifer" pula membuat aku terbayang, kalaulah track ini dirakam secara profesional dan diberi sentuhan mixing yang baik, aku rasa lagu ini boleh jadi killer song.

Band yang dianggotai oleh Pagek (vocals), Angah (bass), Adli (drums) dan Acit (guitar) ini sememangnya mempunyai potensi yang besar dalam genre ini. CD demo yang dilengkapi dengan 5 buah lagu (termasuk sebuag cover dari Wormrot berjudul "False Grind Sodomy") ini sudah cukup menjadi satu testimoni buat mereka agar dapat bersaing dengan band-band grindcore lain dari Sabah seperti Perpetual dan Muntah Darah. Jika band ini mampu menghasilkan sebuah EP/album pada masa akan datang, diharap mereka ini dapat menghasilkan karya yang lebih berkualiti dengan penambahbaikan dalam kerja-kerja yang melibatkan sesi rakaman.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...