Sarawak Mini Zine Fest 2016 (Poster rasmi dibuat oleh Aku Napie, seorang pelukis kartun indie)
Pada hari sabtu lepas iaitu bertarikh 15 Oktober 2016 kira-kira dalam pukul 4 petang begitu, berlangsung acara Sarawak Mini Zine Fest 2016 berserta Buku Jalanan Bintulu. Ianya dianjurkan oleh pihak
Bisak Palak (sebuah distro kecil yang diusahakan oleh aku dalam mengetengahkan bahan bacaan seperti zine serta buku-buku indie) serta beberapa rakan dari komuniti Bintulu Buskers serta Buku Jalanan Bintulu.
Bunting dipasang di bahagian depan tapak zine fest
Saudara Marus serta Salam (salah seorang krew zine fest) berwefie dengan signage BJB
Beberapa koleksi majalah untuk diberi secara percuma kepada khalayak ramai
Beberapa koleksi zine peribadi aku untuk dijadikan bahan pameran
Sebenarnya ini merupakan kali pertama acara sebegini diadakan di bahagian tengah negeri Sarawak. Zine Fest yang pertama diadakan di Sarawak telah dibuat pada tahun lepas di Kuching. Ianya dibuat sekali dengan event gig punk. Aku pun baru tahu pasal perkara ni pun dari rakan-rakan. Kiranya acara zine fest yang aku serta rakan-rakan anjurkan ini adalah yang kedua dibuat seumpamanya di Sarawak.
Difahamkan
Perlis Zine Fest juga dibuat pada hari yang sama bertempat di Gua Cenderawasih. Seminggu sebelum itu pun ada diadakan
KL Zine Fest juga. Wah, macam pertandingan berbalas pantun pula majlis-majlis sebegini dibuat. Apa-apapun, tabik hormat buat semua penganjur yang buat event sebegini. Kalau diikutkan agak susah juga nak buat event yang mengetengahkan bahan bacaan ni, terutama sekali yang melibatkan zine.
Ok, kalau anda tak tau apa itu zine, sila klik di
SINI.
Beberapa zine serta buku-buku untuk dijual
Hamka dari komuniti Bintulu Buskers. Vokali brader ni sedap beb, boleh sampai high pitch macam Black Mentor
Bintulu Buskers
Nasrul (a.k.a. Korawk Al Naseer, penulis blog Geng Kereta Sapu) di sebelah kiri serta sahabat Fairol (kanan)
Acara ini berjalan dengan sempurna dan menambahkan lagi seri majlis ini ialah dengan kehadiran rakan taulan dalam scene music underground, sahabat-sahabat yang sering menyokong karya-karya tulisan anak tempatan baik dalam bentuk buku mahupun zine serta penglibatan geng Bintulu Buskers dalam memeriahkan lagi majlis ini. Tidak ketinggalan warga Bintulu yang sudi lepak dan borak berkaitan dengan hal-hal buku serta bahan bacaan yang lain.
Aku berwefie bersama "pelanggan-pelanggan" zine & buku
gambar jarak dekat untuk bunting
Pada awalnya, aku tak expect ramai pun yang akan datang. Syukur alhamdulillah sambutannya amat memberansangkan. Walaupun persiapan kami agak last minute dan tergesa-gesa sedikit namun ianya tidak mencacatkan majlis ini.
Kepada rakan-rakan yang membantu, you guys are the best. Sukar nak diucapkan dengan kata-kata. Rasa terharu itu masih ada.
InshaAllah tahun depan kita buat lagi.