Monday, July 31, 2017

Album Review : Zainal Abidin - Self titled (1991)

Zainal Abidin - Self titled (1991)

 Album yang sudah mencecah usia 26 tahun ini (sebaya dengan umur adik bongsu aku ni) secara jujurnya merupakan antara album artis tempatan dalam genre pop kreatif yang paling aku minati. Pada masa album ini rilis di dalam pasaran, tak banyak artis yang bawa genre sebegini; gabungan pop muzik dengan elemen tradisional. Kalau adapun, antara yang masih aku ingat cuma Sheqal dengan album "Nusantara".

 Album yang diterbit dan dijuruterakan oleh Roslan Aziz Production ini juga merupakan batu loncatan buat label tersebut dalam menyebarkan produk-produk mereka yang lain seperti album-album dari Sheila Majid, Afdlin Shauki, Zubir Ali, Amir Yusof dan ramai lagi. Ya, sebelum jadi seorang pelakon serta pelawak, Afdlin Shauki merupakan seorang struggling artist yang cuba untuk membawakan muzik R&B, jazz serta sedikit funk.

 Berbalik kepada album ini tadi. Setelah pembubaran kumpulan Headwind, Zainal Abidin (vokalis band tersebut) dengan tanpa membuang masa cuba untuk tampil ke dalam industri muzik dengan album solo pertama beliau ini. Formula serta eksperimentasi muzik beliau yang menggabungkan muzik pop kontemporari dengan sedikit suntikan tradisional atau world music ternyata membuahkan hasil. Album ini mendapat sambutan oleh media massa pada ketika itu walaupun ianya mengambil masa beberapa bulan untuk diterima di radio (sumber ini aku dapat daripada beberapa rakan-rakan facebook).

 Boleh dikatakan semua lagu-lagu dalam album ini bagus belaka. Bak kata orang putih, "All killer no filler". Terlalu banyak gabungan muzik dari funk, pop, ghazal (rujuk pada lagu "Insaf") serta reggae (rujuk pada lagu "Manis"). Tetapi kesemua gabungan ini nampak kena pada tempatnya. 

 Dari segi penulisan liriknya juga amat kreatif. Bait-bait puitis hasil karya Mukhlis Nor (beliau menulis hampir kesemua lagu dalam album ini) sememangnya unik dan kehadapan dari zamannya. Kalau diamati oleh penggiat muzik serta sastera indie pada ketika ini, aku rasa ianya masih relevan ini dihayati oleh golongan ini. 

 Rating aku untuk album ini? 5/5 

P/S : Aku cuma mampu beli CD reissue sahaja. Versi piring hitam yang limited edition (kalau tak silap hanya dikeluarkan sebanyak 300 unit sahaja dan ditandatangani oleh Zainal Abidin sendiri) tu aku tak mampu beli disebabkan harganya yang mampu membuatkan anda menangis apabila melihat dompet semakin kempis. Untuk informasi lebih lanjut, sila klik di link INI ya.

Hijau - Zainal Abidin (Live at Dari Studio 1 Astro Ria)

Manis - Zainal Abidin (Live at Zoom In RTM 1)

Ikhlas Tapi Jauh - Zainal Abidin Feat. Afdlin Shauki

14 comments:

  1. kenapa agaknya tajuk damai ada IV?

    ReplyDelete
  2. suka baca rebiunya. membuatkan aku nak sambar sekeping nanti. harga lp melayu hanya untuk golongan kayasssss saja haha

    ReplyDelete
  3. Mahal dan "not my cup of tea"....so memang tak beli la..

    ReplyDelete
  4. Yg aku tau dlm album ni lagu insaf tu je.

    ReplyDelete
  5. Pada gua selain dari album ni, album Gamal pun best jugak. kena pulak ada diselitkan dialog Din Beramboi yg original *(kalau budak budak ITM mmg top kaset dubbing ni)

    ReplyDelete
  6. Best sangat kah album ni bro? Sampai sanggup bayar RM200 lebih? Zainal Abidin best sangat ke...?

    ReplyDelete
  7. Antara produk terbaik Roslan Aziz dan Zainal sendiri.. songwords drpd Mukhlis memang mengesankanlah!! tak lupa lukisan2 motif gaya 90an yg minimal menggambarkan culture awareness cintakan bumi masa tue..

    ReplyDelete
  8. masa Zainal ruled TV3 dengan HIJAU clip tu.. radio tgh pulun TEGUH Search dan winds of Change dan aku ada dua tiga minggu nak SRP kot kehkeh.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...