Monday, January 22, 2018

CD Barangkali Marus Kamaruddin : Instrumental Seruling

CD Barangkali Marus Kamaruddin : Instrumental Seruling

 Kulit Depan CD

Inlay Dalam CD

CD merupakan koleksi beberapa lagu yang telah dirakam oleh saudara Marus dan kini diabadikan dalam format audio. Bagi yang tidak tahu, Marus Kamarudin merupakan seorang artis jalanan (busker) dan merupakan pengasas kepada komuniti Bintulu Buskers. Marus Kamarudin telah berkecimpung di dalam dunia busking ini sejak tahun 2003 sehingga sekarang dan telah melakukan jelajah busking bersama serulingnya di serata Malaysia.

Boleh dikatakan, pencapaian beliau selama ini amat membanggakan jugalah baik dalam mengharumkan nama Bintulu mahupun dalam peringkat negeri. Untuk pengetahuan kalian, Marus Kamarudin juga menerima anugerah daripada Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia iaitu bagi kategori Penghargaan Seniman Jalanan Anugerah Insentif Penggerak Sarawak 2016 serta Anugerah Komuniti Terbaik (bagi Bintulu Buskers) pada tahun yang sama.

CD ini memuatkan 28 lagu instrumental berorientasikan bunyian seruling dalam bentuk mp3 serta dirakamkan menggunakan aplikasi Garage Band, yang mudah didapati di dalam Google Playstore dan sebagainya. Kesemua lagu yang terdapat di dalam CD ini adalah versi cover dari pelbagai artis. Namun menariknya di sini, setiap lagu yang dipersembahkan telah diolah dalam bentuk yang unik dan mengikut citarasa serta kreativiti sang peniup seruling. 

Harga CD ini hanyalah RM 15 sahaja sekeping dan amat berbaloi untuk dimiliki. Ianya boleh didapati daripada aku (email ke gautama_81@yahoo.com) atau terus melalui tuan empunya badan (klik link INI). Semoga semakin sukses buat Tuan Marus serta maju ke hadapan dengan aktiviti seninya.

Sesungguhnya - Marus Kamarudin (Raihan cover)

Suci Sekeping Hati - Marus Kamarudin (Saujana cover)

Caravansary - Marus Kamarudin (Kitaro cover)

Permata Buat Kekasih - Marus Kamarudin (Kopratasa cover)

1 comment:

  1. tahu lonely shepherd tu yang dia pakai seruling banyak banyak tu dia tiup...
    ada satu youtube nye footage concert, this guy solo on this so called seruling or something and the audience were crying

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...