Wednesday, February 8, 2012

Dekad 90'an : THE CRANBERRIES - NO NEED TO ARGUE, Kaset Alternative/Indie Pertama Yang Aku Beli!

What's In Your Head?

Pada tahun 1994, setahun selepas perpindahan aku sekeluarga dari Miri ke Bintulu, dunia dikejutkan dengan kebangkitan muzik alternative rock, di mana-mana kita pergi ke kedai menjual kaset atau cd, pasti akan ada lambakan band2 alternative antarabangsa mahupun tempatan dipromosikan. Stesen2 radio pula seringkali memutarkan lagu2 rock ber-subgenre sebegini bagi menarik pendengar2 stay tuned dengan channel tersebut. Sehinggakan ada sebuah stesen radio kerajaan iaitu Radio 4 (stesen berbahasa Inggeris - sekarang ditukar nama kepada Traxx Fm) yang disampaikan oleh DJ Godfrey (ntah mana dah pergi DJ ni) mengelolakan sebuah rancangan radio yang mengutarakan carta2 lagu alternative antarabangsa yang tengah top masa tu.

Antara lagu alternative yang cukup famous masa tu ialah "Zombie" dari The Cranberries. Band dari Ireland ini memulakan satu fenomena baru dalam industri muzik dunia apabila single mereka yang bertajuk "Zombie" menjadi kegilaan remaja pada masa tersebut. Banyak yang tidak mengetahui bahawa lagu tersebut mengisahkan tentang kekejaman yang dilakukan oleh pihak Irish Republican Army (IRA) terhadap rakyat2 Ireland serta kesengsaraan yang dihadapi mereka semasa memerangi pengganas tersebut. Tiada kaitan dengan Zombie dari Kampung Pisang, mahupun zombie2 yang menyerang pejabat LHDN untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) baru2 ni.

The Cranberries

Ianya mengambil masa beberapa bulan untuk aku dapat membeli kaset ni, yelah...dulu masih budak lagi (zaman awal remaja), mana la ada duit banyak nak beli kaset pun. Kena kumpul duit sampai 2 ke 3 minggu baru dapat beli kaset haha, tu pun bapak bagi duit pakai belanja makan kat sekolah, aku siap ikat perut menahan lapar masa time rehat, semata-mata nak simpan duit untuk beli kaset. Dayyuumm...what kind of sacrifice is that?

Cover Depan Untuk Kaset The Cranberries Album "No Need To Argue"

Ok berbalik kepada cerita kaset The Cranberries tadi, kaset ni aku beli pada 8hb April tahun 1995 di sebuah kedai kaset namanya Red Star Music Shop yang terletak di Li Hua Plaza (sebuah kompleks membeli-belah yang hampeh) di tempat aku ni, Bintulu.

Inlay Kaset Tersebut, Banyak Terdapat Pics Mereka Tengah Berposing Bersama Sebuah Kerusi Sofa Buruk


Rupa2nya kaset ini merupakan album kedua mereka, album pertama mereka pula bertajuk "Everybody Is Doing It, So Why Can't We?" yang sebelum ini pernah mengeluarkan beberapa singles menarik seperti "Linger" dan "Dreams". Album kedua mereka yang bertajuk "No Need To Argue" ini pula semestinya mengandungi lagu hit yang aku cakap tadi (Zomba, zomba....zombie la) dan juga "Ode To My Family", track yang berbentuk ballad dan easy-listening.

Senarai lagu-lagu yang terdapat dalam album ni:
  1. Ode To My Family
  2. I Can't Be With You
  3. Twenty One
  4. Zombie (lagu berhantu!)
  5. Empty
  6. Everything I Said
  7. The Icicle Melts
  8. Disappointment
  9. Ridiculous Thoughts
  10. Dreaming My Dreams
  11. Yeat's Grave
  12. Daffodil Lament
  13. No Need To Argue (lagu yang hanya menggunakan Church Organ all the way till the end!)
Pada pendapat aku, era dari 2 album terdahulu The Cranberries (iaitu "Everybody Is Doing It, So Why Can't We"dan "No Need To Argue") merupakan tempoh paling produktif dan berkualiti bagi Dolores O'Riordan (vokalis,gitaris dan komposer) & The Gang menghasilkan lagu2 yang berharmoni, catchy, radio-friendly dan mood yang berubah2. Album2 selepas itu pula agak hambar penerimaannya terutama sekali album yang bertajuk "To The Faithful Departed" dan "Bury The Hatchet", walaupun mendapat kejayaan komersil yang agak luar biasa, tetapi lagu2 dari album tersebut tidaklah menyengat seperti 2 album terawal yang aku bagitau tadi.

Tarikh Pembelian: 8hb April 1995 (kaset ini sudah mencecah usia 17 tahun)

Apa2pun kenangan semasa era tersebut masih tersemat di dalam memori haha. Aku masih berumur 14 masa tu, the year was 1995, dan minda aku terbuka luas untuk mempelajari dan menghayati segala macam sub-genre Rock yang mempengaruhi pendengaran aku ketika itu. Kaset The Cranberries ini pula bertindak sebagai batu loncatan untuk aku explore segala macam band2 rock yang ada pada dekad itu. Baik dari alternative, grunge, punk, metal, punk dan sebagainya...ianya bermula dari mendengar lagu yang semi-metal/alternative/4 chord track yang berjudul "Zombie" ini. Haha boleh dikira metal ker lagu ni? You'll be the judge...


The Cranberries - Zombie (Video Rasmi)

6 comments:

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...