Tuesday, December 25, 2012

No Doubt & The Vandals : Oi To The World! (Merry Christmas!)

The Cover Used For The Re-release of The Vandals Oi To The World!

 Oi To The World!

Aku rasa nama band punk/alternative/ska/pop/dance-hall iaitu No Doubt tidak perlu diperkenalkan lagi di mata muzik dunia. Dengan 6 buah album sepanjang karier mereka semenjak tahun 1992 di dalam music business, memenangi pelbagai anugerah, keadaan mereka agak kukuh dalam industri muzik baik dalam dunia punk/ska mahupun pop. 

Cover Album No Doubt yang terbaru berjudul Push and Shove (2012)

Pada tahun 1997 band ini telah membuat cover untuk lagu Oi To The World! dendangan asal oleh sebuah lagi band punk legenda iaitu The Vandals. Kedua-dua band ini berasal dari tempat yang sama iaitu Orange County, California dan mereka semua juga merupakan sahabat karib. 

Kali pertama aku dengar lagu ini dulu, aku ingatkan ianya memang lagu asal dari No Doubt. Video muzik rasmi untuk lagu ini (dendangan No Doubt) juga sangat menarik kerana ianya berlatarbelakangkan suasana di India. Sebab kenapa mereka sepakat untuk membuat penggambaran video muzik di sana, aku pun tak berapa pasti. Tapi apa pastinya, video muzik tersebut memang hilarious dan seronok ditonton. Aku suka tajuk lagu ni, despite the old christmas song, Joy To The World, this version (Oi To The World!) is more punk-rock and a bit bad-ass!

No Doubt - Oi To The World! (Official Music Video)

No Doubt - Oi To The World (Live at MTV Live & Loud in 1997)

Oh sebelum terlambat, di sini aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal (Krismas) kepada rakan-rakan blogger yang beragama Kristian, terutama sekali sis Coffee Girl yang sering singgah dan memberi komen serta nasihat membina di blog Molotov Cocktailz aku yang tidak seberapa ini (humble siot). Merry Christmas And Happy New Year!

The Vandals - Oi To The World! (Live Version)

12 comments:

  1. oi! oi!

    berapa banyak comment "Oi! from Malaysia"
    dalam video ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oi! Oi! Oi! Ntah la bro berapa oi la dalam video tu...yg pastinya memang banyak haha!

      Delete
  2. Tak tau pulak no doubt penah buat album cover.gavin (laki gwen,penyanyi band Bush)tu pun senyap je skang yek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Band Bush sudah buat reunion dan dah keluarkan alum baru awal tahun ni tadi...haaa! Lagu dan video ni dulu hot juak diputarkan di MTV dan Channel V masa dekad 90'an dulu kalo dah dekat2 perayaan xmas.

      Delete
  3. No Doubt ni dulu ada satu kedai cuci kereta kat JB tiap2 minggu aku pergi hantar cuci mesti dia bukak cd Tragic Kingdom...so tu ajer la yang aku tau pasal No Doubt selain lagu Dont Speak yg selalu keluar radio tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Album Tragic Kingdom jatuh pada tangga no. 31 dalam list 100 Best Selling Albums of the 90's seperti yg diiktiraf oleh RIAA dan BPI.

      Delete
  4. the elves are dressed in leather and the angels are in chains..
    christmas with the devil... la la la la

    - spinal tap

    ReplyDelete
    Replies
    1. King Diamond - No Presents For Christmas? Hehe...

      Delete
  5. Oit! Thank you for the wishes bro! :p Happy holiday to you! :p Hehehe best juak lagu tok. kira boleh pakai juakla. Apa humble, best apa blog tok. Banyak benda aku belajar secara tak langsung. And happy new year Adi Herman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaahh....yg penting u enjoy viewing the video n also my blog haha....happy holiday to u and ur family sis! Oi to the world!

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...