Wednesday, December 31, 2014

CERKAS : BAH DI PENGHUJUNG TAHUN


BAH DI PENGHUJUNG TAHUN

"Apa? Banjir lagi? Aaahhh....rilek la Jibby Boy. Biarlah orang-orang kau yang selesaikan masalah tu. Lepas main golf ni, kita nak main surfing kat Maui lagi. Kamon la. Bukan selalu pun," kata Bebek Ovama kepada rakannya. "Aku tak rasa sedap hati la, Bek. Nanti orang kutuk aku lagi. Habislah peluang untuk aku menang pada pilihanraya yang akan datang nanti," keluh Jibby Boy kepada rakan se-masonic nya itu. Mereka berdua sangat patuh kepada Mata Yang Melihat Segalanya. "Come on, Jibby Boy. Sekejap saja. Don't let me down, my nigga," Bebek seakan tidak peduli tentang nasib rakyat di bawah seliaan rakannya itu.

Nun jauh di hujung negeri Serambi Mekah,

2 orang warga emas telah hanyut dibawa arus semasa kejadian banjir tersebut. Bantuan datang dalam masa yang terlalu lama. Paras air sudah meningkat kepada peringkat yang membimbangkan. Kebarangkalian menularnya penyakit Malaria adalah besar sekali. Rakyat diselubungi keresahan dan tiada tempat bergantung harap.

Syabas kerana mempercepatkan seruan New World Order.

(cerkas merepak tengah malam)

Tuesday, December 30, 2014

CERKAS : ALAHAN KEPADA SEGITIGA


ALAHAN KEPADA SEGITIGA

Nasrul semakin bingung. Semakin hari dia memikir perkara itu, semakin berdenyut kencang urat-urat di kepalanya. Tingkah lakunya menjadi tidak menentu, semakin tidak keruan. Kadang dia cuba baring dan lelapkan mata buat seminit dua, tapi hasilnya gagal kerana dia masih memikirkan hal itu. Telah hampir sepapan pil panadol ditelannya tadi. Fikirannya masih diganggu perkara yang sama. Arghh! Ini ternyata suatu yang kurang siuman.

Semenjak meminjam buku tentang sejarah keluarga Rothschild dan asal-usul Freemason yang bertajuk "Kau Kunci Cintaku di Akhir Zaman" tulisan Fairol Hisham Malim, ternyata hidupnya berubah menjadi tunggang langgang. Dia asyik memikirkan permasalahan yang berkaitan dengan hal-hal di dalam buku itu. Nasrul meminjam buku tersebut dari perpustakaan Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan. Tapi rasanya dia tidak akan pulangkan balik buku itu, taksub tahap cimpanzi.

Nasrul gelisah segelisah gelisahnya. Setelah membaca buku tersebut, dia tidak dapat melihat apa-apa objek yang berbentuk segitiga. Apa-apa benda yang berbentuk segitiga yang dilihatnya, dia akan sakit kepala. Urat kepala menjadi tegang. Otak seakan panas menggelegak. Tidak kira apa objek sekalipun, samada sandwic yang dijual oleh Makcik Tipah yang jual kuih-muih di hadapan rumahnya, pizza makaroni yang dibelikan oleh rakan sepejabatnya di kedai Pondok Pizza, logo pejabat Along Kerajaan cawangan Bintulu, malahan seluar dalam Renoma yang dibelinya di Kedai Rakyat 1 Malaysia itu juga dia tidak mahu lihat. Kalau dia lihat dan cuma menyentuhnya, nescaya kepalanya jadi pusing dan berdenyut menggila. Inilah bahana yang diterimanya setelah membaca buku jahanam tersebut.

Nasrul tidak dapat menahan kesakitan itu sehinggalah pada satu tahap ia mencapai tahap climax. Pada masa itu Nasrul terasa lapar yang amat sangat, dia pun membelek segala isi almari di dapur rumahnya. Sedang dia menyelongkar almari dapurnya itu, tiba-tiba tangan teraba satu objek yang agak senang dikenalpasti. Rupanya segitiga walaupun ruang almari itu gelap dan sukar untuknya melihat ke dalam. Setelah dikeluarkannya, rupa-rupanya ianya adalah kuih sepit yang dihantar oleh emaknya di kampung. Kuih sepit ini ialah kuih tradisional berbentuk segitiga kebiasaannya.

"Arghhh sial....sial....apakah senggama tahi ini?" kata hati Nasrul yang kalau diterjemahkan ke bahasa inggeris bermaksud "what the f*ck is this sh*t?".

Urat di dahinya mula berdenyut kencang. Fikirannya entah ke mana. Segala yang dilihatnya berpinar-pinar. Selang beberapa saat selepas itu, kepala Nasrul pun meletup. Otaknya berderai dari tempurung kepala. Lunyai bagai roti canai yang dicanai beratus kali.

Taksub yang memakan diri. Syabas!

(cerkas sewel yang dihasilkan selepas proses penyahtinjaan)

p/s: Cerkas bermaksud cerita ringkas. Sekian.

Monday, December 22, 2014

Movie Review : A Walk Among The Tombstones (2014)

A Walk Among The Tombstones (Official Movie Poster) 

Sebuah filem dari adaptasi novel bergenre penyiasatan dan thriller. Jika anda menginginkan sebuah filem aksi seperti yang pernah dilakonkan oleh Liam Neeson sebelum ini (seperti Taken 1 &2 serta Non Stop), sangkaan anda semestinya meleset kerana filem ini menjerumuskan anda ke dalam filem berbentuk mind game, old school detective movie dan kurang aksi lasak. Perasaan semasa menonton filem ini hampir sama seperti menonton filem "The Bones Collector" (lakonan Denzel Washington) dan sedikit "Silence Of The Lamb" (lakonan Anthony Hopkins), elemen memburu pembunuh bersiri yang sadis dan kejam merupakan penyelamat filem ini. Rating? 3/5.

P/S: Theme song ada remake lagu "Black Hole Sun" (originally by Soundgarden).

Official Movie Trailer

Monday, December 8, 2014

Bintulu Car Boot Sale : Pengalaman Aku Setakat Ini...

Pada mulanya komuniti kami ini (iaitu Bintulu Car Boot Sale) cuma bergerak secara kecilan sahaja dan mula memulakan operasi di Bintulu Promenade a.k.a. Waterfront. Hampir sebulan kami beroperasi di sana, setiap hujung minggu bermula pada pukul 2:30 petang hingga 6:30 petang. Alhamdulillah rezeki ada di mana2 sekiranya kita berusaha. Oh lupa nak bagitau, kebanyakan barangan yang kami jual ialah pre loved items seperti pakaian dan juga barangan lain seperti perkakas rumah, aksesori wanita dan sebagainya. Ada juga yang jual makanan dan sebagainya, dengan syarat iaitu dilarang memasak di tapak car boot sale tersebut.

Namun begitu, langit tidak sentiasa cerah. komuniti kami mendapat bantahan oleh pihak empunya tanah kawasan parking kereta Waterfront tersebut. Akan tetapi hasil pertolongan beberapa individu, komuniti kami berhasil membuat satu usahasama dengan pihak majlis perbandaran. Akhirnya kami ditempatkan di kawasan baru iaitu Terminal Bas 1 Malaysia, sebuah kawasan yang terletak tidak jauh dari kawasan bandar juga. Pada mulanya kami agak khuatir apabila disuruh untuk berniaga di kawasan baru tersebut memandangkan ianya tidak strategik (pada pandangan aku sebelum itu), akan tetapi sangkaan aku silap. Kawasan baru tersebut juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat. Alhamdulillah.

Di bawah merupakan beberapa barangan yang aku jual di Bintulu Car Boot Sale.

 Lokasi: Terminal Bas 1 Malaysia

 Used Books and magazines

 Antara barangan yang laris setakat ini; novel2 cinta...hehe

 Action figures dengan majalah Karisma pun gua jual beb...

 Banner Carcass : Autopsying Asia Tour (yang telah ditandatangani oleh Jeff Walker) juga turut dijual di sini dengan harga RM5000. WTF!!!!????

 Produk kecantikan wanita pun gua jual beb...haha

 CD band metal, oldies, indie pun ada. Tudung pelbagai warna juga ada...wow!

Tshirt terpakai yang aku jual. Kelihatan tshirt Metallica : Lulu di situ...

Car Boot @ Garage Sale in England. Aku suka tengok video ini. Inspirasi...

Monday, December 1, 2014

Movie Review : As Above So Below (2014)

Official movie poster

Mungkin ini bukanlah antara filem seram yang menjadi pilihan pengkritik sebagai di antara yang terbaik dalam genre tersebut pada tahun ini, bahkan rotten tomatoes memberi ulasan yang kurang memberansangkan tentang filem ini, cuma diberi 1 setengah bintang sahaja. Tapi apa yang menarik tentang filem ini ialah ianya membuka satu lembaran baru tentang dunia arkeologi yang berkaitan dengan Nicolas Flamel, seorang alchemist yang pernah hidup di Paris pada kurun ke 15 dahulu. Bahkan ianya memberikan satu tarikan tentang kaitan dunia mistik dengan ekspedisi arkeologi. 

Cuma yang menyedihkan tentang filem ini ialah jalan penceritaannya tidak tersusun. Ok, mungkin sifat filem ini bercorak found footage tapi ianya masih lagi science fiction yang disadur dengan fakta-fakta sejarah, namun disebabkan akhiran filem ini yang anti-climax, maka ianya menjadi hambar dan penonton akhirnya merasa kurang berpuas hati. Harapan aku agar ada remake ataupun sebuah filem lain yang boleh menceritakan tentang ekspedisi arkeologi bawah tanah yang lebih thrill dan tersusun jalan ceritanya. Rating? Gua kasi 1 setengah bintang saja (sama macam Rotten Tomatoes).

Official movie trailer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...