Monday, December 1, 2014

Movie Review : As Above So Below (2014)

Official movie poster

Mungkin ini bukanlah antara filem seram yang menjadi pilihan pengkritik sebagai di antara yang terbaik dalam genre tersebut pada tahun ini, bahkan rotten tomatoes memberi ulasan yang kurang memberansangkan tentang filem ini, cuma diberi 1 setengah bintang sahaja. Tapi apa yang menarik tentang filem ini ialah ianya membuka satu lembaran baru tentang dunia arkeologi yang berkaitan dengan Nicolas Flamel, seorang alchemist yang pernah hidup di Paris pada kurun ke 15 dahulu. Bahkan ianya memberikan satu tarikan tentang kaitan dunia mistik dengan ekspedisi arkeologi. 

Cuma yang menyedihkan tentang filem ini ialah jalan penceritaannya tidak tersusun. Ok, mungkin sifat filem ini bercorak found footage tapi ianya masih lagi science fiction yang disadur dengan fakta-fakta sejarah, namun disebabkan akhiran filem ini yang anti-climax, maka ianya menjadi hambar dan penonton akhirnya merasa kurang berpuas hati. Harapan aku agar ada remake ataupun sebuah filem lain yang boleh menceritakan tentang ekspedisi arkeologi bawah tanah yang lebih thrill dan tersusun jalan ceritanya. Rating? Gua kasi 1 setengah bintang saja (sama macam Rotten Tomatoes).

Official movie trailer

5 comments:

  1. aku first come across film ni kat Terminal Bersepadu Selatan. TBSnye tv screens banyak tunjuk trailers Gezek ni semua... Mula2 aku tengok cerita ni - lowbudget je dalam hati aku cakap.hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira low budget jugak la filem ni bro....hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Album Zos Kia Kultus bro....terbaik!

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...