Pada bulan Mei yang lepas, aku berkesempatan untuk memasuki semula ke kawasan sekolah aku dahulu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu. Pada ketika itu pun aku kebetulan pula menghantar anak buah aku ke sekolah tersebut bagi mengikuti program perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dengar sahaja nak pergi ke sekolah tersebut, aku capai kamera aku yang tak berapa nak canggih itu (Nikon Coolpix S5100) bagi mengambil gambar2 yang menarik setibanya aku di perkarangan sekolah itu nanti.
Setelah sampai di sekolah tersebut, anak buah aku bergegas menuju ke kawasan perkhemahan yang terletak agak jauh dari perkarangan utama sekolah tersebut, ianya terletak di kawasan bengkel kemahiran hidup yang tidak jauh dari tandas lelaki dan hutan tebal. Betul-betul berada di bahagian tepi sekolah. Kalau dulu kawasan ni aku dengan rakan2 memang tak berani nak menghampiri di waktu senja kerana dikatakan agak "keras". Keras apa pulak aku tak berapa pasti. Tapi tidak mustahil jugak la, kawasan tu dah la dekat dengan hutan, membelakangi tandas pulak. Memang sesuai untuk tempat kediaman makhluk halus la rasanya.
Selesai sahaja aku menghantar anak buah aku ke kawasan perkhemahan tersebut, aku pun ambil peluang tersebut untuk ronda-ronda kawasan sekolah. Bawa hati berani saja lah. Masa tu rasa takut kira tolak tepi sekejap sebab nak refresh kenangan lama semasa aku pernah belajar di sekolah ini dahulu.
Aku bukanlah best student masa sekolah dahulu. Tak pernah mewakili sekolah dalam mana-mana acara sukan sekalipun. Sering dilabel sebagai budak nerd yang hidup dalam dunianya sendiri tapi dalam masa yang sama rebel bersama rakan-rakan yang minat muzik rock (atau lebih tepat sekali ialah muzik grunge pada ketika itu). Aku pernah sekali kena rotan dan disaksikan oleh ramai murid-murid sekolah oleh guru disiplin akibat kesalahan membuat bising di dalam kelas sambil bermain gitar. Masa tu memang lagu Nirvana yang menjadi candu minda kami. Setiap kali hujung minggu, kami akan escape dari mengikuti kegiatan kokurikulum dan seterusnya pergi ke pusat bandar untuk satu tujuan. Tak lain, tak bukan...iaitu jamming bersama rakan2 di studio paling legend di Bintulu suatu ketika dahulu, Delima Studio.
Sekarang sekolah ini banyak berubah. Kawasan yang dulunya amat daif sekarang banyak kemajuan dari segi kemudahannya. Pusat Sumber sudah ada bangunannya sendiri. Dulu sekolah ni tak ada Form 6, sekarang sudah ada blok baru bagi menempatkan pelajar-pelajar Form 6. Ada penambahan gelanggang bola keranjang di belakang Dewan Teratai, Kawasan "boulevard" di luar sekolah yang cantik dan selesa dijalani oleh murid2. Banyak lagi perubahan yang aku kira menampakkan peningkatan dari imej sekolah ini.
Sekarang depan sekolah ni dah ada McDonald's. Dulu depan sekolah ni hanya ada hutan tebal dan bukit bukau. Ada juga terdapat rumah2 orang cina yang dahulunya bekas komunis. How times fly...sekarang aku hanya jadi pemerhati terhadap pembangunan yang ada di tempat aku ini. Masa aku tengah asyik mengambil gambar di sekitar kawasan sekolah ini, tak sedar pulak aku jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Perghh seram siot kalau masa begini masih lagi berada di kawasan sekolah. Tidak lama selepas aku itu aku pun beransur pulang ke rumah.
Inilah bangunan bengkel dan makmal baru yang aku maksudkan tadi. Pada ketika itu ianya dijadikan tempat berkumpul peserta2 yang mengikuti perkhemahan tersebut.
Kawasan makmal sekolah di waktu malam. Seram jugak yer...
Kawasan taman yang terletak di antara blok kelas dan makmal sains. Masa aku dulu kawasan ni kosong saja, berpasir dan tempat budak2 gaduh lepas waktu sekolah.
Kawasan kantin. Tempat aku kena oleh cikgu dulu...
Bangunan pusat sumber yang aku maksudkan tadi
Bangunan pejabat guru dan perpustakaan sekolah. Di hadapannya ialah kawasan perhimpunan, walaupun sebenarnya ianya ialah kawasan parkir untuk tetamu yang datang ke sekolah tersebut.
Dewan Teratai. Dalamnya ada court badminton dan pentas untuk apa2 kegiatan seperti pertandingan nasyid, perbahasan, berpantun dan sebagainya.
Kawasan pagar utama sekolah
Pondok Pak Guard (masih kecik macam dulu)
Kawasan atap besar yang dijadikan tempat menunggu oleh murid-murid
SMK Bandar Bintulu dalam kenangan...
aku rasa kamera ko tu xpnh lap lens sejak djaman MUP mula2 jeming kat Z dulu
ReplyDeleteHaha...my bad....aku x reti sgt psl hal2 kamera ni.
Deletesbb aku perasan dlm semua gmbr ada bulat2 di tmpt yg sama, benda tu actually habuk halus yg melekat kat lens... tanda2 lens xpernah lap
Deleteala setakat lap lens xperlu guna ilmu DSLR
Haha ok2 tips berguna tu...point taken
Deleteaku semenjak abis sekolah...tak pernah jejak kaki lagi dah....
ReplyDeletesayang dulu2 takder kamera nak ambik gambar dinding mural sekolah yang aku and the gang lukis...ni asalnya denda cikgu displin kenakan pasal suka conteng meja dan dinding sekolah dengan logo band rock...tapi akhirnya guru besar suka lukisan mural tu...dan anugerahkan kita org murid berjasa...heheh..
Wah, ada bakat melukis sebenarnya bro berteromber ni....nasib tak lukis Eddie Iron Maiden kat dinding bangunan sekolah masa tu yer....hahah
DeleteKalo shooting filem seram kat tempat ni memang dah kena sangat bro..heheh
ReplyDeletedan pengarahnya pierre andre
DeleteNi post, tunggu siang hari baru aku baca, baca komen, tengok foto.
ReplyDeleteNi aku sorang2 malam2 t2mpat kerja. Takut siak
Haha tak ada apa nak ditakukan bro Deaf...cerita biasa2 ajer ni hehe
Deletesuspen jugak mula2 baca entry ni tadi, ingatkan terserempak dengan hantu.. huhu
ReplyDeleteHaha saja bikin saspen bro...
Deletexda gmbr kelas kita ka?...5A.......5A la sgt....hehehehe
ReplyDeletesik berani aku mok nekik tingkat 4 semata2 mok ambik gambar kelas kita di waktu malam wak...seram aih haha
Deletelamanye x tengok rupa sekolah....teringat pulak ngan kenangan waktu tahun 2011-2012.....
ReplyDeletelama x nnga skolah tok..rindu member2,rindu cikgu2,rindu knangan cinta monyet..hhe..2010 last kmk skolah ctok..bgusla mun dh ada pmbngunan dlm skolah tok..tp rasa nya padang men bol mesti ag terok..dolok blubang sia ctok tanah..
ReplyDelete