Monday, August 24, 2015

Movie Review : Ophilia (2014)

Poster Rasmi Filem "Ophilia"

Movie Review : Ophilia (2014)

Semasa pertama kali melihat poster ini pada tahun lepas, aku mula berfikir "biar betul ada filem pasal Skinheads nak rilis kat Malaysia ni?" rasa kurang yakin bahawa filem ini akan mendapat sambutan ramai semakin menebal. Tapi filem arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin ini sebenarnya tidaklah seteruk mana pun. Ianya mungkin tidaklah sehebat filem barat seperti American History X, Pariah mahupun Romper Stomper. Dalam masa yang sama ada banyak perkara yang sepatutnya diperbaiki berkenaan dengan filem ini.

Kalau diikutkan, Raja Mukhriz selaku pengarah filem ini sebenarnya seorang cinematographer bagi kebanyakan filem dan drama di Malaysia ini. Boleh dikatakan ini merupakan filem arahan pertama beliau, tidak tahu pula kalau ada drama atau produksi lain yang beliau pernah menjadi sutradara, maaf jika ada tersalah info. Tapi apa-apa pun, filem ini pada bahagian tertentu seharusnya diberi pujian kerana terserlah bahawa pengarahnya sudah membuat persiapan rapi tentang budaya skinheads sekaligus buat homework secara terperinci tentang komuniti tersebut. Terdapat beberapa rujukan yang ditampilkan dalam filem ini seperti muzik dari beberapa band punk tempatan seperti The Officials dan A.C.A.B hanya menyebut beberapa nama tersohor dalam genre tersebut. Jaket berpatches band seperti Cock Sparrer dan The Business yang dipakai oleh Uji, watak yang dibawakan oleh Pekin Ibrahim juga menampakkan pengarah filem ini peka juga dengan scene muzik tersebut.

Satu perkara lagi yang nampak menarik mengenai filem ini ialah watak Ozi Gandum yang dilakonkan oleh Que Haidar. Aku bukanlah peminat setia Que Haidar, lagipun lakonan dia sebelum ini pun semasa membawa watak pemuzik black metal dalam filem Maut arahan Bade Haji Azmi adalah amat hambar dan kurang penghayatan. Pendek cerita, Que kurang menjiwai watak tersebut dan tidak selidik terlebih dahulu berkenaan dengan scene black metal. Bosan dan memalukan. Tapi kali ini, Que menebus semula maruahnya sebagai pelakon versatile melalui watak Ozi ini. Babak konflik di antara Ozi dengan bapa tirinya terasa amat terkesan dan penuh emosi. Lupakan sahaja watak Amy yang dibawakan Que Haidar dalam filem Rock Oo, bagi saya inilah karektor yang paling menyerlah daripada Que berbanding lakonan-lakonan beliau yang sebelumnya. 

Cuma satu saja kekurangan filem ini, jalan cerita yang sungguh mengarut! Pada bahagian awal filem ini banyak menjanjikan aksi serta konflik yang menarik, namun ianya seakan-akan menjadi anti climax dalam menuju ke akhirannya. Oleh kerana satu insiden bodoh yang menyebabkan kematian watak Ophilia, 3 watak skinheads ini dengan mudah terjebak ke dalam kancah jenayah. Ini menjadi satu titik permulaan kepada kehancuran filem Ophilia. Namun begitu, saya harap pada masa akan datang akan ada lagi filem yang berkisar tentang sub budaya skinheads ini di negara kita. Saya tidak mengatakan filem ini kurang berjaya, cuma ada beberapa elemen yang sepatutnya diperbaiki sebelum diriliskan kepada tontonan umum. Rating? 2/5.

Official Movie Trailer

14 comments:

  1. Nice review. Baru aku tahu ada wujudnye filem ini.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan kau bro.sepatutnya filem ni dia kena tonjolkan lebih lagi pasal skinhead punya life.aku pun baru tengok minggu lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriously epic fail dia punya ending

      Delete
    2. Betul bro..dia x kupas life n ape tu s.head..klu camtu x yah ler expose life skinhead tp x citer why they were involve in that scene

      Delete
  3. kenak Que Haidar botak? sik kacak agik eh... :(

    ReplyDelete
  4. selepas rebiu ni...aku rasa macam malas nak nengok...mungkin tunggu ianya dimainkan di tv...

    ReplyDelete
  5. aku setuju rebiu kamu ni, ada juga aku tgk filem ni, mula2 best lepas ja masuk bab jenayah tu memang mengarut...

    ReplyDelete
  6. wow! kalau sempat, saya mau cari ini movie juga. huhu terima kasih

    ReplyDelete
  7. Singgah.......
    http://belacanhangit.wordpress.com

    ReplyDelete
  8. teringat zaman sekolah, where have all the bootboys gone?

    ReplyDelete
  9. Baru kelmarin tengok copy filem nih..Itu pun tak abis..bila lak nak sambung entah..Tapi Pekin & Que memang bagus!

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...