Monday, August 31, 2015

Khazanah Lama : Majalah-Majalah Hiburan Era 60'an

Kenangan Lama Mengusik Jiwa.

Di bawah merupakan beberapa majalah hiburan dari era 60'an dari pelbagai tajuk seperti Berita & Filem, Purnama Filem, Mustika Filem dan sebagainya. Boleh dikatakan majalah ini sama kategori seperti majalah URTV dan Mangga hari ini, cuma yang bezanya majalah zaman 60'an tidak ada artis posing dalam kolam renang dalam keadaan separuh bogel, gosip liar, fitnah menfitnah dan entahapahapa lagi. Salah satu lagi fakta menarik mengenai majalah-majalah ini ialah kebanyakannya berusia lebih 40 tahun dan masih lagi dalam kondisi yang baik serta dijaga rapi. Terbaca juga salah satu artikel dalam majalah ni yang menyatakan bahawa Tungku Abdul Rahman Al Haj, perdana menteri Malaysia yang pertama juga pernah terlibat dalam pembikinan beberapa filem melayu klasik melalui penulisan skrip. 

Dalam majalah-majalah ini sarat dengan berita terkini tentang perkembangan artis yang sedang meningkat naik pada masa itu, sebagai contohnya seniwati Sarimah (hampir semua majalah ada muka dia), P Ramlee, Ibrahim Pendek, Aziz Jaafar dan tidak lupa juga dalam bidang seni suara seperti S Jibeng, M Osman, Rafeah Buang, Ahmad Jais dan banyak lagi. Bahagian paling menyeronokkan ialah apabila membaca artikel tentang aktiviti semasa berkaitan kumpulan gitar rancak (menggunakan singkatan KuGiRan) seperti The Antartics, The Swallows, The Siglap Five dan banyak lagi. Ada juga nama-nama kumpulan yang aku baru tahu. Bagi aku, ini lebih underground dari segala muzik underground dalam dunia ini haha.

Terima kasih buat saudara Acim Panzee​ (kawan baik aku dan salah seorang ahli kumpulan Bintulu Buskers) sebab memberi peluang untuk aku belek-belek majalah-majalah bertaraf lagenda ni. Perasaan keterujaan apabila membaca majalah-majalah ini tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Senang cerita gua memang speechless la. Khazanah ini semua sebenarnya ayahanda Acim yang punya.Aku terserempak dengan majalah-majalah ini pun semasa datang beraya ke rumah Acim bulan lepas, kira-kira hari Isnin pada 27 Julai 2015. Apabila diajukan satu soalan dari aku kepada bapak Acim yang berbunyi "Pakcik, boleh sik mun kamek beli majalah tok?" (bahasa melayu sarawak yang maksudnya 'boleh tak kalau saya beli majalah ini pakcik'), dengan sepantas kilat dan penuh hemah dia menjawab "sik pakei jual tok nak" (bahasa melayu sarawak yang bermaksud 'pakcik tak jual majalah ni nak'). Lalu niat aku berhenti di sana, sebagai tanda faham bahawa barangan ini masih ada nilai sentimental terhadap beliau. Salute!

Selamat Hari Kebangsaan Buat Semua Rakyat Malaysia!

 Beberapa koleksi majalah hiburan 60'an milik ayahanda kepada Acim

Comel juak Sarimah dulu-dulu yer. Majalah yang sebelah kanan itu pula bapak Aziz M Osman (M Osman la) dengan pelakon wanita dulu-dulu, namanya Alina Rahman.

19 comments:

  1. Zaman dulu was like no barrier, no sempadan..
    New generations aku rasa tentu confuse tentang pembikinan dan lokasi hiburan zaman dulu.
    Happy Kemerdekaan 31 August to all Malaysians also.

    ReplyDelete
  2. Majalah hiburan Malaysia yang dari 80-an aku dah kira rare... ni lagilah MAJALAH DARI ZAMAN 60-AN!!!! Kira tahap KVLT gila tu...
    Awek dulu memang cun la...

    ReplyDelete
  3. perghh..peragawati Sarimah mantopp!!

    ReplyDelete
  4. Djaman dahulu sebenarnya lagi dasyat...

    ReplyDelete
  5. perghhh untung lah dpt baca majalah 60an.

    ReplyDelete
  6. seksi kan org dulu2... majalah camni org jual ratus2 tau skrg...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...