Poster Rasmi
2 tahun lepas, semasa teaser poster filem ini diriliskan di internet, sebenarnya aku agak skeptikal dengan apa yang aku lihat. Aku sebenarnya tidak berapa berkenaan semasa diumumkan Ben Affleck akan memegang watak Bruce Wayne untuk filem ini. Mana pergi Christian Bale? Secara peribadi, Christian Bale masih lagi relevan untuk memegang watak tersebut. Mungkin disebabkan beliau tidak ditawarkan untuk watak itu kembali ataupun dia sudah bosan jadi Batman, ianya di luar pengetahuan aku. Apa yang pasti, tiada lagi kita lihat Christian Bale memegang watak ikon komik itu lagi.
Tapi sangkaan aku silap. Selepas menonton filem ini, rasanya Ben Affleck memang sesuai dengan watak Bruce Wayne. Seolah-olah dia yang sebenarnya dan sepatutnya menggalas watak itu dalam Dark Knight Trilogy arahan Christopher Nolan sebelum ini. Ok, mungkin agak keterlaluan untuk aku katakan begitu. Namun lihat saja lah lakonan beliau dalam filem ini. Memang jauh dari sifat Ben Affleck yang agak talkative dalam memegang mana-mana watak di dalam filem-filem beliau. Sebab itulah nama Ben Affleck sebelum ini agak sinonim dengan filem-filem berbentuk drama mahupun romantic-comedy, sebab cerita sebegitu memerlukan dialog yang banyak. Kali ini Ben nampak cool. Jadi ianya adalah 2 ibu jari ke atas buat aku.
Henry Cavill sebagai Superman a.k.a. Son Of Krypton pula bagi aku ok saja lah. Dia telah membuktikan yang beliau adalah calon yang sesuai memegang watak komik lagenda ini berbanding Brandon Routh (rujuk filem Superman Return yang epic fail itu). Nasib baik lah dia hidup lagi selepas berlakon dalam filem Man Of Steel. Jadi terbuktilah sudah bahawa "Sumpahan Superman" adalah lagenda urban belaka. Watak Lois Lane yang dipegang oleh Amy Adams pula memang memberansangkan dan membantu untuk menaikkan mood penonton sepanjang filem ini (maksud aku bukan setakat babak Lois dan Clark di dalam bilik mandi itu. Jangan salah faham ya hehe). Cuma aku rasakan Amy Adams terlalu tua untuk watak ini. Umur dia pun dah 43 rasanya. Maaf, jangan kecam aku atas kritikan itu. Sekadar pendapat sahaja. Chill bro. Haha. Tapi watak Alfred yang dipegang oleh Jeremy Irons memang teramat sesuai. Kita pun sedia maklum yang Michael Caine sudah terlalu berusia untuk watak sebegini kan?
Kali ini Christopher Nolan hanya sekadar menjadi salah seorang penerbit sahaja. Zack Snyder yang buat kerja pengarahan filem ini, dibantu oleh isteri beliau Deborah Snyder selaku salah seorang penerbit juga. Jalan ceritanya yang tersusun dan beberapa plot-plot kecil yang menarik membuatkan ramai penonton rasa terhibur menonton filem ini sehingga ke akhirnya. Sampaikan masa end credit ditayangkan, siap ada beberapa orang yang tengok wayang menunggu scene akhir seperti yang selalu dibuat oleh mana-mana filem Marvel. DC Comics tidak mengambil pendekatan sedemikian. Sedih betul.
Kalau anda bukan peminat hardcore untuk mana-mana komik Superman mahupun Batman, and jangan bersusah hati. Cukuplah sekadar anda pernah menonton filem-filem dari Dark Knight Trilogy dan Man Of Steel. Tidak perlu berhabis-habisan menelaah mana-mana komik yang rata-ratanya terlalu banyak versi. Tidak perlu pening-pening. Cukuplah sekadar merujuk kepada filem-filem yang aku nyatakan tadi sebagai bahan rujukan.
Kalau anda bukan peminat hardcore untuk mana-mana komik Superman mahupun Batman, and jangan bersusah hati. Cukuplah sekadar anda pernah menonton filem-filem dari Dark Knight Trilogy dan Man Of Steel. Tidak perlu berhabis-habisan menelaah mana-mana komik yang rata-ratanya terlalu banyak versi. Tidak perlu pening-pening. Cukuplah sekadar merujuk kepada filem-filem yang aku nyatakan tadi sebagai bahan rujukan.
Aku masih tidak faham kenapalah beberapa laman sesawang khas untuk kritik filem seperti Rotten Tomatoes, Variety dan sebagainya memberi ulasan yang agak teruk untuk filem ini. Bagi kebanyakan peminat komik yang aku tahu, hampir kesemuanya OK sahaja dengan filem ini walaupun ianya tidaklah sama jalan ceritanya seperti di dalam komik. Kena ingat, cinematic universe sememangnya agak berlainan dari dalam komik. Pengkritik filem seperti yang aku nyatakan tadi memang tak faham rasanya dengan konsep itu.
Apa-apapun filem ini memang terbaik. Rating aku? 4/5
Batman Boroi Vs Superman Botak
Official Trailer