Seperti kebanyakan orang Sarawak yang tipikal, selalunya aku akan order makanan seperti Laksa Sarawak ataupun Mee Kolok. 2 menu ini rasanya agak sinonim dengan budaya orang Sarawak tanpa mengira bangsa mahupun agama. Mungkin ada lagi makanan lain, cuma 2 menu ini adalah yang paling banyak disukai ramai.
OK, berikut merupakan beberapa ulasan yang serba ringkas mengenai Mee Kolok yang aku order di beberapa kedai makan sekitar Bintulu, Sarawak:
Mi Kolok No. 1
Lokasi : Q Station (Parkcity Commerce Square, Bintulu)
Hidangan : Mee Kolok (biasa)
Tarikh : 1 Januari 2018
Masakan ini walaupun dalam menu ditulis sekadar Mee Kolok biasa, namun ada beberapa perubahan dari resepi asal membuatkannya mempunyai rasa serta tekstur yang terkeluar dari konteks "biasa". Tekstur mee yang hampir rasa seperti digoreng (mungkin ada dicelur / rebus dengan air panas tetapi tidak lama), penambahan rasa bawang goreng yang hampir "kriuk-kriuk" serta hirisan bebola ikan di atasnya membuatkan Mee Kolok ini menjadi hasil hybrid yang bukan biasa-biasa sahaja.
Mungkin Mee Kolok ini bukanlah "hot item" di kopitiam ini namun bagi aku ianya masih kira ok sahaja dan tidak mendukacitakan.
Aku bagi 3.5/5 bintang.
Mi Kolok no. 2
Lokasi : Gerai Mi Sapi Ahim @ Otai Cafe, Bintulu
Hidangan : Mee Pok Mangkuk Kecil
Tarikh : 2 Januari 2018
Selain Mee Kolok, Mee Pok juga menjadi kegemaran aku. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa perbezaan di antara Mee Kolok dan Mee Pok. Perbezaan yang paling ketara ialah rupa bentuknya yang jika dilihat sekali imbas seperti mee kueh tiaw; lebar dan tebal. Namun apa yang membezakan antara mee kueh tiaw dan mee pok ialah teksturnya kerana mee pok lebih hampir rasa dan kekenyalannya seperti mee kolok.
Berbalik kepada Mee Pok dari Gerai Mee Sapi Ahim ini, antara kelainan dan mungkin trademark dalam masakannya ialah pada supnya kerana ianya mengandungi pelbagai herba yang mampu menaikkan selera anda, tidak dilupakan sedikit kriuk-kriuk bawang dan isi hati serta daging lembu sebagai pelengkap (boleh dikatakan sebagai ramuan utama).
Rating? 4/5 bintang.
Mi Kolok No. 3
Lokasi : Gerai 01 @ Qapong Food Court, Bintulu
Hidangan : Mee Kolok
Harga : RM 6
Tarikh : 3 Januari 2018
Kali ini aku nak cuba makan Mee Kolok di cafè ini. Mee Kolok ni sebenarnya agak sinonim sebagai makanan untuk sarapan pagi di Sarawak. Tapi tak salah kalau dihidang pada waktu lain, cuma macam tak kena lah.
Mee Kolok di QFC (singkatan untuk Qapong Food Court) ini sebenarnya tiada yang luar biasa namun jangan juga dipandang enteng. Setiap Mee Kolok mesti mempunyai iringan sup yang bagus sebagai pembuka selera dan pada hidangan ini, ternyata ianya menjadi satu kombinasi yang bagus. Ianya tidaklah extravaganza tapi tetap sedap untuk dirasai.
Paling aku suka ialah sos cilinya yang tidak bercampur dengan cuka. Mungkin ianya adalah home-made dan rasanya hampir sama macam sos cili dalam botol.
Rating? 3.5 / 5 bintang.
P/S: Beberapa hari selepas itu, aku mengalami kepeningan di bahagian belakang kepala dan setelah diperiksa oleh doktor (terpaksa menjalani ujian darah sekali) ternyata penyakit lama aku iaitu kolesterol dan darah tinggi datang kembali. Aduh. Nasihat aku kepada kalian semua, bersederhanalah dalam apa jua keadaan termasuklah dalam memilih makanan. Haha.
How To Prepare Mee Kolok Sarawak