Monday, January 1, 2018

Ulasan CD : Masdo "Selamat Tinggal Pujaan" serta Mini Entri (Promo Show Masdo di Miri)

Cover depan CD

Kugiran yang popular dengan lagu "Bunga" serta deretan hashtag yang kian tular kini seperti #gengpakmaon #gengbentaraguru #inibarumasdo #luarbiasa (kadang-kadang rasa semak pula membaca hashtag begini) semestinya menghidangkan muzik ala 60'an yang diberi nafas baru serta lebih segar.

Tidak dinafikan, studio Kamar Seni yang diterajui oleh AG Coco (gitaris Hujan merangkap komposer lagu) kini semakin aktif menghasilkan produk yang ada nilai serta trademark tersendiri. Album dari Masdo ini boleh dijadikan bahan bukti bahawa Kamar Seni Studio telah menjalankan tugas mereka dengan baik.

Semasa cuba untuk menghadam muzik dari kugiran Masdo, secara otomatik aku teringat semasa band Hujan mula-mula melakar jejak mereka di dalam industri hiburan tempatan dahulu. Mereka punyai elemen yang tersendiri; unik, retro tapi kena dengan zaman mereka serta showmanship yang tersendiri. Ini telah dibuktikan oleh mereka semasa aku menyaksikan persembahan mereka di Rocktober Fest pada bulan Oktober yang lepas. 

Semoga band ini makin sukses di masa hadapan. Mereka telah buktikan bahawa anda tidak perlu airplay yang banyak untuk maju di dalam dunia muzik. Cukup sekadar mengetengahkan muzik melalui aplikasi telefon pintar seperti Joox, Spotify serta iTunes, dan tak dilupakan juga pemasaran CD (muzik dalam bentuk fizikal) secara mandiri (indie). Mereka memang luar biasa!

Entri Mini (Promo Untuk Show Masdo di Miri)



Ku-Gi-Ran Masdo akan beraksi di Coco Cabana, Miri pada 6 Januari 2018 dan Borneo 744 (Kuching) pada 7 Januari 2018 sempena Jelajah Malam Pesta Rock & Roll. 

Tidak dilupakan juga beberapa band opening untuk show di Miri nanti. Antara band-band yang akan beraksi nanti ialah TheJaps / ジャップ​ (Sibu), Empty Wallet (Brunei), Modread (KL) dan Orkes A Hizadin​ (KL). 

Nak kena letak hashtag #gengpakmaon #gengbentaraguru #kugiranmasdo #luarbiasa jugak ker?

"Bunga" oleh Ku-Gi-Ran Masdo

"Kecundang" oleh Ku-Gi-Ran Masdo

3 comments:

  1. tengah naik pun sekarang band Frodo- Julia pulak.. pendekatan yg sama..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Bro! Bila nak buat review Temple of the Dog? La ni hang dah besaq panjang dah matang dah... I'm really interested to know your view points on the Temple of the Dog album. Buat lah in-depth review bro! Album tu sikit punya sempoi kot!
    Blog berteromber very 80s based. Nak harap blog yang cover 90s music dan ada 90s spirit, duk harap kat blog hang saja!

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...