Thursday, June 24, 2021

PEMANSUHAN UPSR

 PEMANSUHAN UPSR

Selepas mendengar pengumuman daripada Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin sebelum di TV pada 28 April 2021, ramai yang terkejut dengan beberapa perkara yang disebutkan. Di antaranya ialah pemansuhan UPSR dan juga pembatalan PT3 untuk tahun ini. Ramai yang terkesan dengan pengumuman ini. Ada juga yang merasakan ini adalah perkara yang
terbaik
berlaku di dalam sejarah pendidikan negara.
Sebagai seorang bapa kepada anak yang sepatutnya menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini, pada asalnya aku mempunyai perasaan yang bercampur aduk. Terdapat pro dan con dengan apa yang berlaku. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa perkara ini sepatutnya sudah lama diambil tindakan kerana dirasakan UPSR ini banyak mengekang potensi sebenar murid-murid. Dari segi apa? Entahlah, aku pun kurang pasti.
Harapan aku agar selepas ini akan ada satu sistem penilaian yang setara ataupun lebih baik dari UPSR hendaknya. Aku yakin pihak KPM ada contingency plan dalam hal ini. Lagipun mereka sudah pun memikirkan perkara ini secara mendalam dan menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan.
Photo credit : Cikgu
Emmet Fayzal




2 comments:

  1. bila dah tak ada periksa ni maknanya makin malas la budak-budak nak belajar...kena kalau yang jenis kaki last minute macam aku dulu2... haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab malas tu memang dah agak akan berlaku bang huhu. tak tau la macam mana cikgu nak handle situasi mcm ni nanti.

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...