Blog catatan merapu yang aku buat tentang kehidupan aku sebagai seorang pemuzik amatur (tahap bohemian), seorang ayah and loving husband, seorang penjawat awam, movie addict, pengkritik makanan, seorang muslim dan semestinya sebagai seorang pemerhati kepada sesuatu yg berlaku di persekitaranku.
Kami sekeluarga tak berada lama di Kedah. Cuma pergi ke tempat tertentu sahaja. Kami sekeluarga sempat juga melawat Masjid Zahir dan Pekan Rabu yang terdapat di bandar Alor Setar. Di bawah merupakan beberapa pics yang diambil semasa aku di sana:
Batu2 kristal untuk dijual yang terdapat di gerai2 yang terletak di bawah kaki gunung Keriang
Aku sedang tunjuk mural gunung Keriang yang terdapat di dalam Muzium Padi Kedah
Di bawah kaki Gunung Keriang inilah tempat orang ambil batu kristal untuk dijadikan perhiasan di rumah
Setelah seharian ronda2 di area Kuala Perlis, Alor Setar dan Padang Besar, kami pun mula berangkat menggunakan feri untuk ke Pulau Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Perlis
Rasa macam tak puas melihat keindahan alam yang terdapat di 2 buah negeri utara ni especially kawasan jelapang padi yang rasanya agak rare jugak la bagi aku. Di tempat aku ni (Bintulu Sarawak) agak susah la nak cari tempat orang bertanam padi, kalau ada pun cuma ada kawasan padi huma ataupun padi kebun sahaja yang berskala kecil.
Family vacation ini sebenarnya dah berlaku pada bulan Jun lepas. Aku pada mulanya malas nak buat entri pasal vacation ni, not really my thing untuk tulis pasal travelog ni. Pengembaraan kami sekeluarga bermula pada Sabtu 23hb Jun 2012, bermula dari Terengganu dan seterusnya ke Kelantan. Kemudian pada hari Isnin 25hb pula kami terus ke Kedah dan Perlis seterusnya ke Pulau Langkawi. Di bawah merupakan beberapa pics menarik yang sempat diambil semasa kami berada di Kelantan dan Terengganu.
Me & my wife posing depan sebuah masjid yang terletak di Rantau Panjang, Kelantan. Yup, memang pelik! Masjid ini sebenarnya sungguh unik dengan design yang seolah tokong cina.
My family bergambar depan pejabat LHDNM Cawangan Kota Bharu (ermm promote kompeni sendiri?)
Istana Jahar yang terletak berhadapan dengan pejabat LHDNM Kota Bharu
Untuk lebih info tentang Istana Jahar, sila klik di sini
Salah satu mercu tanda yang terletak di hadapan Istana Jahar, berbentuk rehal Al Quran untuk mengaji
Bergambar di hadapan Muzium Negeri Terengganu
Untuk keterangan lanjut tentang Muzium Negeri Terengganu, sila klik di sini
Pandangan sisi Masjid Kristal Terengganu pada waktu senja
Apa yang menarik pasal Terengganu dan Kelantan:
Makanan Pantai Timur la! Sepanjang perjalanan dari Kuala Terengganu nak ke Kota Bharu, terdapat beratus restoran makanan laut serta pusat memproses makanan desa seperti Sata, Sotong Goreng dan semestinya Keropok Lekor
Media arus perdana sering memperkatakan bahawa Kelantan ialah negeri miskin. Well, diorang sebenarnya silap besar! Kota Bharu dan bandar2 lain di Kelantan seperti Wakaf Che Yeh amat serupa macam bandar2 besar lain di Malaysia. Well organized dan jauh lebih maju dari mana2 bandar di Sarawak (especially tempat aku la).
The People! Ada pepatah mengatakan "Kalo Mu Ghoyak Kelate, Mu Dah Jadi Gu Kami" bermaksud Kalau anda cakap slang Kelantan di sini, anda dah jadi kawan orang2 tempatan di sini. It's quite interesting sebab aku memang jenis yang suka belajar bahasa baru.
Situasi yang hampir dengan negara Brunei Darussalam di mana mereka di sini (Kelantan & Terengganu) benar2 menekan cara hidup Islam pada peringkat pemerintahan negeri.
Apa yang tak best pasal Terengganu:
Rata2 rakyat Terengganu amat kurang peka tentang keselamatan apabila membawa motosikal. Mana tidaknya, bawak motosikal rilek saja tak pakai helmet kalau dah ronda2 kawasan bandar Kota Terengganu! Kalo sorang dua aku boleh consider lagi, ni sampai orang tua pun tak reti pentingkan keselamatan. Pfffttttt....sorry la kalo ada yang terasa tapi itu adalah hakikat hehe jangan mare...
Sheikh Yusuf Estes merupakan salah seorang ulama yang aku hormati dan disegani oleh kebanyakan masyarakat Islam seluruh dunia. Beliau pada mulanya ialah seorang pastor beraliran Anglo-Saxon Protestant sehinggalah pada tahun 1991 beliau memeluk islam secara rasmi. Hatinya terbuka untuk menerima Islam setelah mengenali seorang rakan niaga dari Mesir yang bernama Muhammad (sehingga kini ramai yang masih samar2 tentang individu ini, Yusuf Estes juga jarang menerangkan secara lanjut tentangnya).
Walaupun memeluk Islam pada usia yang agak lewat (dalam umur 47 tahun), namun berkat keazamannya, beliau berjaya menguasai bahasa Arab dengan baik dalam masa yang singkat serta mempelajari Al Quran di Mesir, Maghribi dan Turki. Dalam setiap ceramah beliau, ianya terasa lebih mesra kerana dia sering berjenaka dalam berdakwah dan oleh kerana itu beliau juga digelar "The Funny Sheikh". Beliau agak bertegas dalam hal2 yang melibatkan isu perbandingan agama. Tidak seperti Sheikh Ahmed Deedat yang saya terangkan sebelum ini, Sheikh Yusuf Estes is truly against debating about this matter because he is against confrontation, oppression, discrimination and some other negative values. Especially when it comes comparing Bible and Al Quran, beliau kalau boleh ingin mengelakkan topik tersebut kerana khuatir berlakunya kejadian bertegang urat semasa sesi ceramahnya. Apa yang saya kagum ialah sifat diplomasi beliau dalam menangani kekeliruan tentang Islam oleh golongan non-muslim. Sifat ini harus ada pada seseorang pendakwah.
Kalau di Youtube memang banyak video2 ceramah beliau. Boleh la kiranya jika ada yang berminat untuk search video beliau di sana.Video di bawah adalah di antara ceramah2 beliau yang aku suka. Alhamdulillah. Rasa tenang hati setelah menonton video2 sebegini hehe.
Sheikh Yusuf Estes : Chaplin of Islam in USA
Untuk keterangan lanjut tentang beliau, bolehlah melawati website2 seperti di bawah: