Thursday, October 11, 2012

Tips Untuk Menghadapi Hari Perkahwinan (Bagi Bakal Suami...Kalo Nak Ikut, Boleh.Tak Nak Ikut, Sudah)

Is It?
Beberapa hari lepas, bro Korawk. ada call aku just untuk borak2 ringkas pasal stuff underground dan beberapa business plans (?), tetiba pulak melalut masuk ke topik perkahwinan. Bro Korawk dah merancang nak mendirikan rumahtangga tahun depan. Dia ada cakap gak pasal nak mintak beberapa tips yang sesuai semasa pra-perkahwinan contohnya perkara2 yang merujuk kepada kos perbelanjaan, persediaan mental dan fizikal serta macam2 lagi la. Well, terus terang la aku cakap, aku bukan bagus sangat pun untuk dijadikan contoh dalam perkara sebegini. Aku pun penuh dengan kekhilafan jugak. Masa aku kahwin dulu pun, pada mulanya agak culture shock jugak la. Lepas tu, setelah bergelar suami orang secara sah, secara semulajadinya, aku dengan mudah beroleh instinct sebagai seorang ketua keluarga...great power comes with great responsibility (Peter Parker). Well, cut the crap. Ini merupakan tips2 yang aku sarankan:

Dari Segi Pengurusan Pra Perkahwinan
  1. Adalah lebih afdal jika segala perbelanjaan perkahwinan berasal dari tabungan yang kita buat sebelum ini. Jika kita terpaksa membuat sebarang bentuk pinjaman, pastikan ianya dari sumber yang tidak mengganggu gugat kehidupan kita selepas berkahwin, contohnya sumber loan dari bank2 mahupun koperasi...dan tolonglah, hindari perkhidmatan along, diorang sebenarnya bukan nak tolong.
  2. Jika terpaksa membuat loan, pastikan amaun yang ingin dipinjam tidaklah membebankan kita. Jangan terlalu bersikap tamak dan Tabarruj (menunjuk2 dan terlebih berhias).
  3. Amalkan konsep "Wasathiah" iaitu bersederhana dalam segala perkara terutama sekali dalam berbelanja untuk membeli persiapan majlis perkahwinan.
  4. Menyentuh tentang persediaan makanan semasa majlis perkahwinan, yang ini bergantung kepada lokasi majlis tersebut. Ada sesetengah tempat suka buat catering, ada jugak yang suka masak secara bergotong royong (ini sering berlaku di kawasan kampung). Ini terpulang kepada pihak keluarga untuk membuat keputusan, janji masih lagi mengekalkan mentaliti bersederhana seperti yang aku terangkan tadi.
  5. Jika pasangan berasal dan bermastautin di tempat yang sama, adalah lebih elok jika disatukan majlis kedua2 pihak keluarga menjadi satu majlis, daripada membuat dua majlis yang berasingan di kedua2 pihak. Ini bagi mengelakkan pembaziran dari segi berbelanja untuk majlis tersebut. Akan tetapi jika kedua bakal mempelai terpaksa membuat 2 majlis yang berasingan, apa boleh buat. At least apa yang harus anda lakukan ialah kawal bajet anda supaya anda tidak pokai selepas majlis perkahwinan telah selesai.
Dari Segi Kekuatan Rohani dan Mentaliti
  1. Kepada bakal suami, anda seharusnya pada ketika ini, membuang beberapa habit atau perangai buruk  anda yang mungkin memudaratkan perhubungan dengan bakal isteri nanti. Contohnya keluar malam pergi rumah urut, joli katak di kelab malam dan bermacam2 lagi lah. Jika anda tidak mempunyai sebarang perangai buruk, syukurlah dan tahniah saya ucapkan(ataupun sebenarnya anda tidak mahu mengaku).
  2. Kena betul2 bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami sekaligus menjadi ketua keluarga. Ya memang betul, pada peringkat awalnya memang akan ada rasa kekok serta culture shock, but trust me, ianya cuma bersifat sementara. Lama kelamaan, dengan izin Allah, sifat kepimpinan itu akan datang dengan semulajadi.
  3. Sentiasa bersabar dengan karenah keluarga terutama sekali ibu bapa kita serta bakal mertua juga. Itu pasal lah kita kena berkenalan dan membiasakan diri dengan keluarga bakal isteri bagi memenangi hati mereka. Tapi jangan lupa, lepas kahwin nanti kena jaga dan maintain this relationship. Jangan semata2 nak kawen saja.
  4. Anda dan bakal isteri kena maintain mood dan sentiasa happy semasa pra perkahwinan. Jangan sering bertengkar berkenaan dengan perkara remeh temeh especially yang berkaitan dengan persiapan perkahwinan.
  5. Part ini yang penting, aku berharap bagi bakal suami yang beragama Islam agar menjaga solat 5 waktu selepas bergelar suami orang. Ya memang betul masa bujang kita kadang2 nakal dan seringkali buat benda tak elok. Tapi adalah lebih elok jika kita berubah kepada yang lebih baik. Ok aku akui kadang sifat mat rock dalam diri aku ni susah nak dibuang, tapi perlu ada batasan, dan medium yang sesuai untuk menjadi alat pengawal kita ialah SOLAT. Tak perlulah berubah secara mendadak dan terus menjadi alim ulama, kena mula perlahan2 dari menyempurnakan solat lepas tu lancarkan bacaan semasa mengaji Al Quran. Bukankah agama kita menuntut para pengikutnya untuk menghasilkan zuriat yang baik2. Maka dari pendekatan sebeginilah bakal suami pun dapat manfaat, insyaAllah our future children pun akan dilahirkan dalam keadaan yang penuh keberkatan Allah. InsyaAllah.
OK lah malas lah nak mengarut banyak sangat. Karang korang fikir aku ni over pulak. Aku cuma ingin berkongsi pengalaman kepada sesiapa yang sudi mengambil nasihat. Kepada sahabatku Korawk dan mana2 yang masih belum berkahwin (dan merancang untuk membina masjid), good luck for you guys and hope you and your future wife will live happily ever after. Amin Ya Rabbal Alamin.

Ustaz Azhar Idrus di Forum Keluarga Bahagia

Wednesday, October 10, 2012

T-shirt WORMROT : South East Asia's Finest Grindcore Band

Wormrot "Dirge" T-shirt (Front)


Wormrot "Dirge" T-shirt (Back)
Wormrot In Action!

Aku beli t-shirt Wormrot ini melalui seorang peniaga baju bundle di Facebook. Aku pun dah tak ingat siapa nama nya. T-shirt ini bertag Super Heavyweight dan bersaiz XL, haha memang sesuai untuk jejaka berbadan besar macam aku ni. Ok mungkin ada yang masih tidak berapa mengenali band ini. Wormrot merupakan satu-satunya band dari Asia Tenggara yang menjadi artis di bawah naungan Earache Records. Cerita kebangkitan mereka dalam scene muzik UG Asia amat unik sebenarnya. Band ini dilamar oleh Digby Pearson, taukeh besar untuk label terkemuka Earache Records selepas beliau mengetahui tentang kewujudan band ini melalui sebuah blog yang sering review tentang band Grindcore terkini dari seluruh negara iaitu Invinsible Oranges.

Album2 mereka memang gempak. Mereka sudah pun mempunyai 2 buah album di dalam tangan iaitu "Abuse" (2010) dan "Dirge" (2011). Kedua2 album memang terbaik dan akan membuat anda headbanging serta ingin melakukan stage dive haha. Until then, I'm out but then again hope you guys enjoy the Wormrot's videos below:

Wormrot - Born Stupid (Official Music Video). This song is taken from the album "Abuse"


Wormrot - Spot A Pathetic (Official Music Video). Yang ini pula diambil dari album "Dirge"

Monday, October 8, 2012

TRESNO - KISAH MELANKOLI Dalam Bentuk SoundCloud Music Player


Jika anda perhatikan pada ruangan atas sebelah kiri MENU di blog saya ini, anda akan lihat tulisan TRESNO'S NEW SONG "KISAH MELANKOLI". Ianya merupakan SoundCloud Player yang memainkan lagu terbaru (well, sort of) dari band alternative/indie saya iaitu Tresno. Feel free to give it a listen and please do give some comments or critics concerning the song, whether you like it or not, it's up to you to decide. 
EP Tresno terbaru. Jika berminat untuk membeli CD ini, sila klik di SINI
Oh ya, TRESNO juga boleh dihubungi melalui pautan laman sesawang seperti yang dinyatakan di bawah:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...