Monday, March 23, 2015

Movie Review : The Interview (2014)

The Interview (2014).

Kepada mereka yang mengikuti beberapa filem yang diterbitkan oleh Seth Rogen serta rakan2 seperti Pineapple Express, This Is The End dan Bad Neighbors, anda pastinya ternantikan filem ini. Corak komedi yang dipaparkan tidak banyak bezanya dalam filem sebelum nya. Cuma apa yang menjadi tarikan utama ialah jalan ceritanya yang tersendiri. Ianya cukup kelakar, beberapa punchline yang menjadi dan semestinya ending yang cukup bizzare. Mungkin filem ini layak disenaraikan antara yang paling lucu pada tahun lepas, ianya terpulang kepada mana2 individu untuk menilainya. Lakonan Seth Rogen sebenarnya kalau diikutkan agak sama sahaja dengan filem2 beliau yang sebelumnya. Akan tetapi untuk James Franco, beliau memang seorang pelakon yang versatile, sama seperti Channing Tatum. Pada babak dia membuat sesi temuramah dengan diktator Kim Jong Un itu memang terkesan di hati lawaknya. Haha nice, very nice. Rating? 4/5.


Official Movie Trailer


Monday, March 16, 2015

Books Review : Jangan Baca Novel Ini Trilogi


Setelah membaca ketiga2 novel ini (Jangan Baca Novel Ni, Tiada Tajuk & Akhir) kehidupan saya tidak seperti dahulu lagi. Gangguan emosi, sentiasa bersedih™, tekanan perasaan, fobia dengan kegelapan...itu sahaja yang saya perolehi selepas membaca novel2 ini. It is twisted and brilliant in the same time.

Anda boleh dapatkan novel-novel ini daripada penulisnya Ismi Fa Ismail



Monday, March 9, 2015

Movie Review : Chappie (2015)

Chappie (2015)

Pertama kali aku menonton trailer filem ini beberapa minggu sebelum tayangan, aku tidak berapa yakin yang ianya akan berjaya disebabkan imej robot yang agak nampak terlalu ringkas dan tidak menarik perhatian. Akan tetapi apa yang menarik aku untuk kembali menonton filem ini ialah ianya diarah oleh Neill Blomkamp, seorang pengarah muda yang berasal dari Johannesburg, South Africa yang sebelumnya pernah mengeluarkan karya-karya terbaik seperti District 9 dan Elysium. Dikhabarkan juga Neill bakal mengarah filem "Alien 5" yang menjanjikan twist dan storyline taraf senggama minda. Ya, Sigourney Weaver akan turut berlakon dalam filem itu.

Kalau dalam District 9, Neill terpaksa mempertaruhkan nama Peter Jacksen (LOTR dan The Hobbits Trilogy) sebagai penerbit dalam filem tersebut, kali ini tidak perlu lagi, hanya bersandarkan skrip yang terbaik dan di luar jangkaan. Kalau sebelum ini anda biasa dengan ungkapan "don't judge a book by it's cover" tapi dalam review ini berlainan pula, ianya sepatutnya berbunyi "don't judge a movie by it's trailer". Ternyata sangkaan aku meleset, jalan cerita filem ini sememangnya kelas pertama. Punchline yang paling banyak meninggalkan kesan di hati ialah apabila bahagian pengakhiran filem ini tidak seperti yang anda jangkakan, dan anda sengaja menyukainya bila filem ini mencelarukan pemikiran anda atau dalam kata lain "messed-up with your brain".

Satu karya yang saya rekomen untuk kalian tonton. Cuma lebih elok kalau ianya tidak ditonton oleh individu di bawah umur 15 tahun kerana ada beberapa isu sensitif yang dipersoalkan dalam filem ini yang menjurus ke arah ketuhanan. Apa-apapun ianya tetap menghiburkan, Filem mana lagi yang boleh menghasilkan watak robot gangster no. 1 kalau tidak Chappie. Rating? 4/5.



Official Movie Trailer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...