Monday, June 8, 2015

Book Review - Mengapa Saya Masih Memetik Gitar (Yusuf / Cat Stevens)



"Mengapa Saya Masih Memetik Gitar" (terjemahan dari buku Why I Still Carry A Guitar) hasil nukilan Yusuf / Cat Stevens.

Setelah selesai membaca buku ini, ternyata ianya sarat dengan mesej, fakta dan sejarah hidup Sheikh Yusuf Islam secara khususnya. Tapi jika dikaji secara keseluruhan, motif utama pembukuannya bukanlah untuk bercerita secara total tentang penghijrahan seorang insan seni yang menemui hidayah kurniaan Allah semata-mata. Ianya lebih kepada penyampaian pendapat, penceritaan tentang krisis umat Islam dengan pertembungan budaya barat serta harapan beliau dalam menyatukan manusia untuk menuju ke jalan yang benar.

Mesej yang disampaikan terlalu berkesan di hati apabila penulisnya bercerita tentang permasalahan umat baik Islam atau dunia barat serta cara untuk menyelesaiakan (sekurang-kurang dengan cara beliau sendiri). Sebab kenapa beliau kembali aktif dalam dunia muzik popular dunia juga diceritakan dalam buku ini, disertakan juga rujukan khusus (beberapa hadith sahih, perbezaan pendapat di kalangan ulama, beberapa fatwa yang pernah dikeluarkan) tentang keputusannya untuk bergiat kembali dalam dunia seni muzik. Setelah 20 lebih tahun menyepikan diri dari dunia muzik, beliau kembali menghasilkan album yang bermutu tinggi seperti "An Other Cup" dan "Roadsinger".

Pendapat saya, buku ini harus dibaca oleh semua lapisan masyarakat, baik muslim ataupun bukan beragama Islam. Sekurang-kurangnya Sheikh Yusuf telah cuba sedaya upaya beliau dalam merapatkan jurang yang telah wujud di antara pemahaman umat bukan Islam dengan masyarakat muslim seluruh dunia. Secara otomatik, setelah membaca buku ini, anda pasti ingin menjadi manusia yang lebih baik dari hari semalam, hampi menjadi satu motivasi juga sebenarnya. Saya harap ianya juga memberi kesan yang sebegitu buat semua yang membacanya.

Yusuf - Peace Train (Live at Nobel Concert 2006)

Tuesday, June 2, 2015

Goodbye To Love - Carpenters

The Late Karen and his brother, Richard
(pic:google)


Goodbye To Love - Carpenters

I'll say goodbye to love
No one ever cared if I should live or die
Time and time again the chance for love
Has passed me by
And all I know of love
Is how to live without it
I just can't seem to find it.

So I've made my mind up I must live
My life alone
And though it's not the easy way
I guess I've always known
I'd say goodbye to love.

There are no tomorrows for this heart of mine
Surely time will lose these bitter memories
And I'll find that there is someone to believe in
And to live for something I could live for.

All the years of useless search
Have finally reached an end
Loneliness and empty days will be my
Only friend
From this day love is forgotten
I'll go on as best I can.

What lies in the future
Is a mystery to us all
No one can predict the wheel of fortune
As it falls
There may come a time when I will see that
I've been wrong
But for now this is my song.

And it's goodbye to love
I'll say goodbye to love.

The Video 

Secara peribadi, lagu "Goodbye To Love" adalah yang paling sedih berbanding ciptaan mereka yang lain. Ok, mungkin ada lagi yang sedih seperti "The End Of The World", "Rainy Day And Mondays", "Superstar" dan sebagainya, tapi untuk lagu "Goodbye To Love", perasaan nya ada sedikit kelainan. Lagu ini salah satu karya ciptaan Richard Carpenter dan John Bettis (rakan baik Richard dan juga pernah menganggotai band bergenre jazz bersama beliau dan Karen iaitu "Spectrum" sebelum mereka popular) dan mempunyai kelainan yang tersendiri. I just don't know how to describe it...it feels so sad but it does show some good "craftsmanship" in songwriting. Lagu seperti begini amat jarang digunakan pendekatannya dalam mana-mana lagu popular di zaman sekarang. Truly amazing. Enjoy.





Monday, March 30, 2015

Movie Review : Gone Girl (2014)

Gone Girl (2014).

Jika anda beranggapan bahawa filem ini boleh diklasifikasikan sebagai salah sebuah telefilem yang agak mudah diramal dari channel DIVA Astro, anda semestinya silap. Mungkin pada peringkat awal filem anda akan beranggapan sedemikian. Akan tetapi, tatkala jalan cerita mula melangkah ke level yang seterusnya, beberapa plot akan menjadi sedikit membingungkan dan mula bermain dengan minda anda. Terus terang saya katakan, ini yang saya mahukan dalam sebuah filem, ianya berupaya mengubah persepsi penonton dalam sekelip mata sahaja, dari segi yang positif. 

Mungkin agak keterlaluan jika saya katakan bahawa ini adalah antara filem terbaik bagi tahun 2014 yang lepas. Jika ianya diarahkan oleh David Fincher (the mad genius that brought you Alien 3, Fight Club, Social Network) dan skor muzik latarnya pula oleh Trent Reznor (frontman of Nine Inch Nail), semestinya anda sedang menonton filem yang berkualiti tinggi. Dari segi lakonan pula, tiada apa yang istimewa dengan persembahan Ben Affleck, dia cuma jadi diri nya yang sungguh cliche. Akan tetapi watak The Amazing Amy lakonan Rosamund Pike, wow! Ianya cukup berlainan sekali berbanding filem2 beliau sebelumnya. Sedikit sebanyak menghakis perlahan-lahan imej Bond Girl yang pernah beliau rangkul dahulu. Seharusnya dia layak memenangi award untuk kategori Best Actress di dalam Academy Award, bukan Julianne Moore. Rating? 4/5.


Official Movie Trailer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...