Tuesday, July 30, 2013

Mengejar Lailatulqadar : Beberapa Hadith Yang Berkaitan

Hari ini sudah masuk 21 Ramadhan 1434, bermakna kita sudah berada di dalam lingkungan malam2 Lailatulqadar. Secara peribadi aku merasakan, kali ini aku masih lagi alpa oleh kenikmatan dunia. Walaupun puasa tak tinggal tapi aktiviti Qiam di waktu malam banyaknya tidak diisi dengan amal ibadah akibat terpaksa menguruskan hal2 duniawi. Solat Tarawikh masih lagi tidak penuh seperti tahun2 yang sudah. Ini sungguh menyedihkan bagi aku. Sampai bila harus begini? Peluang untuk mendapatkan keredhaan Allah hanya terlepas begitu sahaja.

Entri ini lebih kepada mengingati diriku sendiri. Kadang2 aku mengeluh sendirian, kenapa masih belum berubah. Mungkin aku cuba untuk melakukan sesuatu malam ini (doakan saya), menyambungkan semula Tarawikh yang aku tinggalkan dua tiga hari ini. Rasa bersalah sebenarnya. Begitu juga dengan mengaji Al Quran. Walaupun tidak selancar bacaan Qari wakil Malaysia, sekurang2nya aku ingin mencuba memperbaiki mutu bacaan aku. InshaAllah.

Beberapa potongan hadith tentang malam Lailatulqadar:

Nabi s.a.w. Bersabda, maksudnya:
"Carilah Lailatulqadar pada 10 malam terakhir iaitu malam ke-21,23,25,27 atau 30 maka siapa yang bertepatan bangun solat malam kerana iman dan mengharap pahala maka akan diampunkan dosa-dosa yang lalu dan akan datang"
(Riwayat Atthabrani dari Ubadan bin Asshamiti)

Nabi s.a.w. Bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada umatNya (umat Muhammad s.a.w.) Lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat yang sebelum mereka"
(Riwayat Addailamani dari Anas r.a.)

Nabi s.a.w. Bersabda, maksudnya:
"Siapa yang iktiraf pada malam Lailatulqadar itu kerana terdorong oleh iman dan ikhlas maka diampunkan dosanya yang telah lalu"
(Riwayat Addailamani)

Nabi s.a.w. Bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang ingin mengintai malam Lailatulqadar maka hendaklah ia mengintai pada malam 27 haribulan"
(Riwayat Ahmad)


Friday, July 26, 2013

Amir Junaid Muhadith (a.k.a. Loon, ex Bad Boy Rapper) : The Wake Up Call

Amir Junaid Muhadith (a.k.a. Loon)

Suatu ketika dahulu, nama Loon memang cukup gah dan terkenal dalam dunia muzik hip hop antarabangsa. Mana tidaknya, Loon juga merupakan diantara prodigy2 di bawah naungan Bad Boy Records, milik P Diddy (or Puff Daddy, whatever lah). Antara hype yang membuat beliau terkenal ialah apabila menjadi artis kolaborasi dengan P Diddy bagi hit singles seperti I Need A Girl Part 1 & 2. Budaya hedonisme dan kehidupan yang bling-bling memang sudah menjadi suatu kemestian dalam hidupnya dahulu.

Setelah memeluk Islam pada tahun 2009, segala apa yang dialaminya juga turut berubah. Loon yang suatu ketika dahulu mengejar keduniaan dan populariti, kini giat membuat aktiviti dakwah ke seluruh dunia. Malahan Loon atau nama islamnya Amir Junaid Muhadith juga pernah datang ke Malaysia untuk menjayakan sesi ceramah dan dakwahnya di Universiti Islam Antarabangsa. 

Secara peribadinya, aku cukup suka mendengar, melihat serta membaca perihal saudara baru begini, tentang bagaimana mendapat hidayah dari Allah dan sebagainya. Kadang-kadang kita yang Islam sejak azali ini belum tentu dapat menandingi keimanan yang ada pada golongan reverted muslim ini. Maha suci Allah yang menentukan Qada dan Qadar seseorang insan. Walaupun sekarang beliau ditahan di penjara Belgium atas tuduhan memiliki dadah (kesalahan yang beliau lakukan 6 tahun dahulu sebelum memeluk Islam), namun beliau tabah mengharungi dugaan tersebut. Di bawah merupakan salah sebuah video ceramah beliau yang aku suka tonton, bagi muhasabah diri serta untuk renungan umat Islam sekalian.

Loon "The Wake Up Call"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...