Aku cuba bertindak sebagai pemerhati dan tester makanan tersebut (obviously ini sahaja fungsi orang lelaki di dapur secara majoritinya hahah). Istimewanya tentang doh roti buatan dari rumah ini ialah kita sendiri dapat tentukan berapa sukatan ramuan yang kita sendiri kehendaki, berbanding yang ada terjual di kedai2 di luar sana. Kadang2 kita selalu komplen tentang makanan di luar, ermm kalau seringkali berhadapan dengan masalah sebegini, apa salahnya mencuba untuk membuat sendiri roti.
Alhamdulillah my wifey seorang yang cekap dan passionate kalau bab masak memasak ni. Seperti entri yang lepas tentang my wife's passion of cooking (iaitu Antara Secret Recipe & My Wife's Passion), dulu cerita pasal kepakarannya memasak cupcakes, kali ini pula lebih kepada pembikinan roti serta inti atau cecahnya nya:
Di bawah merupakan resipi yang aku maksudkan tadi:
ROTI PAUN BAKAR / ROTI BANTAL / DOH PIZZA
1. TEPUNG GANDUM 1 KG
2. IBU ROTI 1 ½ BUNGKUS
3. PLANTA 1 SUDU BESAR
4. SHORTENING 1 SUDU BESAR
5. ½ SUDU GARAM
6. BREAD IMPROVER ½ SUDU (PELEMBUT ROTI)
7. GULA SETENGAH GELAS
8. AIR GELAS
CARA MEMBUATNYA:
GAULKAN SEMUA BAHAN DALAM MESIN ATAU GAUL DALAM MANGKUK BESAR. BOLEH MENGGUNAKAN MIXER JUGA. SEMENTARA MIXER MENGGAULKAN SEMUA BAHAN, MASUKKAN AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT KE DALAM ADUNAN. SETELAH ADUNAN SUDAH SEBATI, BIARKAN DOH DIREHATKAN SEBENTAR. JIKA ANDA SUDAH MAHIR MEMBUAT DOH INI, MAKA ANDA BOLEG MEMBUAT IMPROVISI DALAM MAKANAN CONTOHNYA ANDA BOLEH MEMBUAT PIZZA ATAU ROTI CANAI DAN SEBAGAINYA YANG BERASASKAN ROTI.
Manakala untuk cecah atau intinya pula:
SEKAYA (RESIPI TURUN TERMURUN DARI FAMILY MAK AKU haha)
- TELUR (3 HINGGA 4 BIJI)
- TEPUNG SEMANGKUK
- SANTAN 5 MANGKUK
- DAUN PANDAN (IKUT RASA)
- GULA (IKUT RASA)
- PEWARNA KUNING
CAMPURKAN SEMUA BAHAN (DIADUNKAN SEKALI) DAN MASAK DI ATAS DAPUR API SEHINGGA PEKAT. LETAKKAN PEWARNA KUNING SEMASA DIMASAK DAN GAUL SEHINGGA PEKAT.
So there you are, resepi2 yang boleh dikongsikan bersama. Walaupun aku ni tak reti dalam bab masak memasak ni, tapi at least inilah sumbangan aku dalam industri kulinari di Malaysia haha (apekebenda tu?).
wa minta izin share resipi sekaya tok d DM channel masakan warisan DM..thanx..another thing boleh wa suggest ur wifey molah roti d umah wa 1 hari nanti, boleh x
ReplyDeletexpa wa ini resipi harus di share buat semua....enjoy cooking! hahaha
ReplyDeleteamat membantu..mohon share.. :) terima kash..
ReplyDeleteSilakan...
Deleteaku mmg minat niii resipi nii..aku amik yaaa..nanti nak try buat..thanx u
ReplyDelete