Wednesday, August 1, 2012

Kenali Sheikh Yusuf Estes

Sheikh Yusuf Estes

Sheikh Yusuf Estes merupakan salah seorang ulama yang aku hormati dan disegani oleh kebanyakan masyarakat Islam seluruh dunia. Beliau pada mulanya ialah seorang pastor beraliran Anglo-Saxon Protestant sehinggalah pada tahun 1991 beliau memeluk islam secara rasmi. Hatinya terbuka untuk menerima Islam setelah mengenali seorang rakan niaga dari Mesir yang bernama Muhammad (sehingga kini ramai yang masih samar2 tentang individu ini, Yusuf Estes juga jarang menerangkan secara lanjut tentangnya).

Walaupun memeluk Islam pada usia yang agak lewat (dalam umur 47 tahun), namun berkat keazamannya, beliau berjaya menguasai bahasa Arab dengan baik dalam masa yang singkat serta mempelajari Al Quran di Mesir, Maghribi dan Turki. Dalam setiap ceramah beliau, ianya terasa lebih mesra kerana dia sering berjenaka dalam berdakwah dan oleh kerana itu beliau juga digelar "The Funny Sheikh". Beliau agak bertegas dalam hal2 yang melibatkan isu perbandingan agama. Tidak seperti Sheikh Ahmed Deedat yang saya terangkan sebelum ini, Sheikh Yusuf Estes is truly against debating about this matter because he is against confrontation, oppression, discrimination and some other negative values. Especially when it comes comparing Bible and Al Quran, beliau kalau boleh ingin mengelakkan topik tersebut kerana khuatir berlakunya kejadian bertegang urat semasa sesi ceramahnya. Apa yang saya kagum ialah sifat diplomasi beliau dalam menangani kekeliruan tentang Islam oleh golongan non-muslim. Sifat ini harus ada pada seseorang pendakwah.

Kalau di Youtube memang banyak video2 ceramah beliau. Boleh la kiranya jika ada yang berminat untuk search video beliau di sana.Video di bawah adalah di antara ceramah2 beliau yang aku suka. Alhamdulillah. Rasa tenang hati setelah menonton video2 sebegini hehe.

Sheikh Yusuf Estes : Chaplin of Islam in USA

Untuk keterangan lanjut tentang beliau, bolehlah melawati website2 seperti di bawah:

2 comments:

  1. menarik jugak highlight orang macam Sheikh Yusuf Estes ni sebab saya memang tak berapa tahu pasal dia, sekadar tahu nama saja sebelum ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sheikh Yusuf Estes pernah pergi Malaysia suatu ketika dahulu,kalo x silap saya topik yg nya bertajuk The Universal World of Islam...boleh check kat youtube bro

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...