Tuesday, August 14, 2012

Movie Review : Chronicle (Rilis Pada Februari 2012)

Poster Rasmi Untuk Filem "Chronicle" (Imej dari Google)

Filem yang diarahkan oleh Josh Trank ini sebenarnya agak berlainan dengan movie genre superhero yang lain. Filem Chronicle ini membawa kita kepada keadaan atau situasi sebenarnya dalam senario "apabila anda memiliki superpower yang best tahap kerajaan langit macam Superman akan tetapi menyalahgunakannya di pengakhir cerita". Filem ini dipersembahkan dalam gaya "found footage" (dirakam menggunakan kamera video amatur dan seolah2 ianya dalam keadaan sebenarnya dan feel nya tidak ubah seperti menonton filem seperti Cloverfield, Paranormal Activities, Quarantine, Silent House dan bermacam2 lagi dalam stail yang sama). Di bawah merupakan sinopsis ringkas yang aku boleh simpulkan dari filem ini:

Sinopsis
3 budak highschool di Amerika sana pergi ke sebuah parti rakan sama persekolahan mereka, lepas tu diorang ronda2 di kawasan hutan yang terletak tidak jauh dari parti tersebut. Mereka bertiga terjumpa objek aneh yang terletak di dalam sebuah gua di tengah2 hutan tersebut. Setelah mereka bertiga menyentuh objek berkenaan, then all of a sudden mereka bertiga collapsed. Keesokan harinya 3 ekor budak ni terkejut berok apabila menyedari yang mereka mempunyai pelbagai abilities yang diluar kotak pemikiran manusia (diorang boleh terbang, ada kuasa telekinetik, dapat mengangkat objek berat dan sebagainya). Di pertengahan ceritanya ada sedikit twist di mana berlaku situasi tegang di antara mereka bertiga kerana salah seorang daripada mereka terlalu taksub dengan kuasa yang ada lalu bertindak di luar kawalannya. Apa kesudahannya? Dapatan DVD di kedai DVD berdekatan tempat anda. Pastikan ianya original (boleh cuba cari dekat Speedy)

Part paling aku suka ialah babak di antara 2 budak highschool ni bertarung di tengah pusat bandar pada malam hari. Feel menonton babak ini seolah2 aku sedang menonton filem anime yang pernah popular suatu ketika dahulu iaitu Akira arahan Katsuhiro Otomo (rilisan tahun 1988, one of my favorite Manga character). Seriously movie ini bukan filem superhero yang biasa anda tonton. Filem ini lebih kepada nilai realistik dan kemanusiaannya. Aku bagi 3 out 5 stars untuk filem ini!

Official Trailer For The Movie "Chroncle"

2 comments:

  1. >sedang menyedut<

    terimakasih kerana review...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha lepas tengok tu,giliran tuan lagi buat review ek....hihi selamat hari raya boss

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...