Friday, August 10, 2012

Percutian Bersama Keluarga (Part 3 & Final) : Pulau Langkawi

Susulan dari bahagian pertama dan bahagian kedua

Kami berada di Pulau Langkawi selama 2 hari 2 malam mulai 25hb Jun sehingga 28hb, seriously kami sekeluarga masih teringin lagi nak ke sana. Memang benar kata orang, Langkawi memang pusat peranginan yang betul2 menarik dan semestinya fantastik. Dimulakan dengan perjalanan (disertakan dengan aktiviti shopping sakan) dari bandar Kuah, kemudian diteruskan dengan aktiviti ronda2 dan pusing satu pulau dengan menggunakan van sewa (actually kami menyewa Toyota Avanza). Berikut merupakan beberapa pics menarik semasa kami berada di sana:

Telaga Mahsuri yang terletak di Makam Mahsuri
Kami sekeluarga bergambar di hadapan rumah Pandak Mayah (Ayahanda Mahsuri) di Makam Mahsuri
My daughter Ainul Maisarah berposing di hadapan sebuah persembahan serunai & gendang (gamelan) di Makam Mahsuri
Pemandangan sawah padi dari Telaga Mahsuri
Kami sekeluarga sedang membeli cenderahati di kawasan Beras Terbakar (abaikan adik aku sebelah kanan tu yang asyik mengorek lubang hidung)
Sedang menikmati makanan tengahari di sebuah restoran makanan laut di Pantai Cenang
Kami sekeluarga bergambar di bawah replika burung helang di Dataran Helang Langkawi (posing menyorok di celah2 perkataan Langkawi hehe)
My sweet Ainul bergambar kenang-kenangan bersama atuknya di hadapan Dataran Helang
Pada hari khamis berikutnya kami berangkat ke Kuala Lumpur pula. Anyway, pengalaman membawa keluarga pergi bercuti di Pulau Langkawai amatlah terbaik bagi aku. Ini merupakan kali kedua aku ke pulau Langkawi, sebelum ini aku ke sini atas tugas rasmi (konvensyen Audit PCB anjuran HQ LHDNM). Tapi masa tu tak berapa seronok sebab tak leh nak kongsikan keseronokan bersama keluarga. Sejak dah berumahtangga ni, rasanya lebih feel lagi kalau menikmati pengalaman sebegini bersama keluarga. Seriously bagi aku Langkawi memang terbaik! Tak kesah la orang nak cakap apa pun, kalau ada rezeki pada masa akan datang, confirm nak lagi bawak family pergi ke sini. Jom Pakat Pi Mai Langkawi! (betul ke apa yang aku cakap ni? haha)

5 comments:

  1. "pi & mai" tu guna satu saja sdh cukup, cth:

    jom pakat mai langkawi
    -atau-
    jom pakat pi langkawi

    nak lagi detail? tggu muspeed komen (org utagha)

    ReplyDelete
  2. haha tq psl perbetulkan gua bro...aku main bantai saja...next time kalo ada rezeki boleh la bawak family pergi sini bro

    ReplyDelete
  3. Lama tak pegi dah nampak lain dah telaga dan rumah mahsuri tu....dulu beras terbakar pun bersepah boleh nampak...dengonya sekarang dah tak banyak dah...

    ReplyDelete
  4. betul tu bro,dulu masa aku 1st dtg kat area Beras Terbakar tu memang byk la beras terbakar tu di tempat berpagar tu,skrg masa aku pergi balik ke tempat sana,apa yg tinggal cuma tapak lubang tu ajer...makan mahsuri x byk yg berubah....apa yg masih stay mcm dulu ialah Pantai Cenang,ermm same old california beach style hahaha

    ReplyDelete

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...