Monday, December 3, 2012

Marilah Memasak! Resipi Terbaru: Prawn Sandwich With French Loaf

Entah macam mana, setelah menonton sebuah rancangan dari Asian Food Channel (AFC) di Astro, tiba-tiba aku melihat wifey (isteri aku) dengan tidak semena-mena terus ke dapur dan membuat sandwic ini. Cara penyediaannya sungguh ringkas dan semestinya menyelerakan. Lagipun jarang kita lihat butter prawn ataupun udang bersalut tepung dijadikan inti untuk sandwic. Selalunya orang akan taruh ikan sardin dan mackerel, paling common pun chicken ham. Di bawah merupakan resipi yang dimaksudkan berserta dengan pics sandwic tersebut:

Prawn Sandwich With French Loaf


Sandwic Udang disertakan dengan teh panas (cadangan sahaja)


Sandwic Udang secara close-up

Prawn Sandwich With French Loaf

Bahan-bahan:
Udang
Tepung Jagung (kalau digantian dengan tepung kentucky pun boleh juga)
Roti Panjang (French Loaf)
Daun Salad
Tomato
Mayonis
Sos Cili / Tomato

Cara Memasak & Penyediaan:
Udang dibuang kulitnya dan selepas itu digaul ke dalam tepung jagung. Jika udang ini digaul bersama butter pun boleh juga, seolah2 anda memasak butter prawn. Setelah udang tersebut digaul bersama tepung, ia kemudiannya digoreng dengan menggunakan frying pan. Pastikan udang tersebut tidak terlalu rangup.

Manakala roti french loaf pula dipotong menjadi 2 kerat (4 kerat pun boleh, terpulang pada anda) dan dibelah tengahnya. Sapukan mayonis di atas belahan roti tersebut. Kemudiannya diletakan daun salad serta belahan tomato di atas roti tersebut. Selepas itu, udang yang telah digoreng tadi bolehlah diletakkan di atas roti tadi (lihat gambar di atas sebagai contoh). Bagi menambahan keenakan pada sandwic tersebut, letakkan sos cili (atau tomato) di atas udang yang telah digoreng itu.

Bon Apatite! 

11 comments:

  1. hujan...sejuk...nengok gambo ni terasa lapo la pulak...

    ReplyDelete
  2. Lu wat perut wa berkeroncong la bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah masak bro...ini resipi confirm buat perut lu kenyang sekenyang nya hehe...

      Delete
  3. gini ke prawn sandwich yang Roy Keane kutuk2 Man Utd fans kat stadium tu ha

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...