Saturday, December 1, 2012

Ulangtahun Ke-5 Perkahwinan! Alhamdulillah...

Karikatur aku serta isteri semasa di jinjang pelamin suatu ketika dahulu

Hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku dengan isteri tercinta. Alhamdulillah, tak terasa sekarang dah masuk 5 tahun dah. Hasil perkongsian hidup bersama, anak perempuan aku, my sweet Ainul Maisarah dilahirkan pada 30hb Mei 2009. Oh lupa nak bagi tau, kami berkahwin pada tahun 2007.

Masih banyak yang aku kena belajar untuk menjadi suami serta ayah yang baik. Maklumlah, aku cuma manusia, tidak lari dari melakukan sebarang kekhilafan. Tapi seperti kebanyakan lelaki yang bergelar suami di luar sana, aku juga mempunyai keinginan serta keazaman untuk menjadi provider, role model, leader and also a loving/soleh husband and father. Mudah2an jodoh kami kekal sehingga ke anak cucu dan ke akhir hayat, insyaAllah. Di bawah merupakan sebuah video yang aku buat. Compose lagu untuk isteri yang tercinta. Mungkin lagu ini akan aku dimuatkan di dalam rilisan band TRESNO yang akan datang. Who knows, right?

BAHTERA - ADI HERMAN (Original song made for the band TRESNO)

Info diambil dari Youtube:
Sebuah lagu yang pada asalnya ditulis untuk tujuan rakaman bagi CD Demo ke-3 band aku iaitu TRESNO. TRESNO merupakan band yang bergenre alternative/indie/britpop yang telas diasaskan oleh aku semenjak tahun 2000 di mana ketika itu aku masih lagi belajar di Kolej Profesional Mara Beranang, Selangor. Band ini telah mengeluarkan sebanyak 2 CD Demo sebelum ini berjudul "Sonnet 18" dan "Dearly Departed". Sudah agak lama aku tidak berkecimpung dalam pembikinan sesuatu rilisan bagi band kesayangan aku ini. ini merupakan laman web band kami : www.myspace.com/tresno_band

Kamera: Nikon Coolpix S5100

Lagu ini ditujukan kepada isteri (Dayang Yuselmiza) dan anak perempuanku, Ainul Maisarah, dua bidadari dari syurga yang Tuhan kurniakan kepadaku. 

Ayah sayang kamu berdua...

14 comments:

  1. selamat menyambut ulang tahun bang aji

    ReplyDelete
    Replies
    1. "apa yang kau merepek tu syaithaaaaannnn?" (dialog Haji Bakhil bin Lebai Kedekut)
      Thanx bro,anda bila lagi?

      Delete
    2. Korawk lelaki Sarawak terakhir

      Delete
  2. Happy Anniversary bro... lagu so sweet.. and what a nice towel you have back there! jyeeahhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak kantoi la pulak,hehe...sori mun ada ceridak sikit bilik saya ya...actually ya bilik belakang rumah...mun mlm2 tempat mek online and blogging sampei pagi haha...hope u like the song too sis

      Delete
  3. Syahdu lagu tu..hehe..anyway hepi anivesary bro..moga mahligai yang di bina berkekalan hendaknya hingga ke anak cucu..

    ReplyDelete
  4. intro bunyi cengkerik.....steady!!

    ReplyDelete
  5. Faizal: korawk x lama lagi tu,insyaAllah tahun depan kot haha aduh bro spoil la pulak bunyi cengkerik tu...sori bro

    Rafi: Thanx for the wish bro...appreciate that u like the song too

    Berteromber: Thanx for the wish also bro...aik,sampai dua kali post komen yg sama tu haha...thanx a lot!

    ReplyDelete
  6. Best wishes always beb.
    Semoga korang semua sentiasa dilindungi Allah. Amin.

    ReplyDelete
  7. tahniah bro, semoga tahun-tahun yg mendatang dpermudahkan lagi rezeki ..

    ReplyDelete
  8. Thanx Rayyana...kitak ya jgn tunggu lamak2 juak k haha...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...