Saturday, December 15, 2012

Movie Review : Country Strong (Rilisan Tahun 2010)


Di atas merupakan beberapa poster rasmi untuk filem Country Strong

Ada kalanya aku layan jugak filem2 yang bergenre musical ni. Sebagai contoh untuk filem Country Strong yang aku rasakan seolah2 cuba untuk memberitahu dunia tentang apa sebenarnya muzik Country, dan aku terus terang cakaplah, mesej tersebut memang sampai kepada penonton2 yang kurang memahami muzik Country dan salah seorangnya ialah aku haha. Bak kata review yang terdapat di poster rasmi filem ini yang mengatakan "you don't have to be a country fan to love this song".

Ini sebenarnya bukan filem musical pertama lakonan Gwyneth Paltrow. Sebelum ini beliau pernah berlakon dalam sebuah filem musical yang berorientasikan hiburan karaoke, diselitkan sedikit elemen drama iaitu Duets (lakonan bersama Huey Lewis penyanyi terkenal dekad 80'an dahulu) serta Gwyneth juga pernah membuat cameo dalam siri TV popular iaitu Glee (bertindak sebagai cikgu sandaran iaitu Miss Holly Holiday). Tapi kali ini dalam filem Country Strong pula, watak Gwyneth agak mencabar kerana beliau dikehendaki membawa karakter seorang penyanyi muzik country yang ternama tetapi mempunyai masalah kemurungan dan ketagihan arak, her name is Kelly Canter.  Ternyata Gwyneth Paltrow telah berjaya membuktikan bahawa beliau mampu berlakon dan menyanyi dengan baik dan penuh komited dalam filem ini. I guess Chris Martin (vokalis kumpulan indie terkenal iaitu Coldplay) is a very lucky guy to have her as a wife, cause she's so bloody talented...a very gifted artist to be exact.

Menonton filem ini membuatkan aku terpaksa melakukan perbandingan terhadap sebuah lagu filem romantic drama iaitu Closer (lakonan Natalie Portman, Julia Robert, Jude Law dan Clive Owen). Apa yang aku rasakan sama tentang kedua2 filem ini ialah ianya memberi penekanan tentang situasi menduakan pasangan (fidelity) dan pengakhiran yang sungguh tragis. Tapi aku lebih prefer filem ini kerana ianya diselitkan dengan elemen musical lebih ke arah muzik Country, sebuah genre muzik yang dari dulu aku cuba untuk memahami dan try nak minat sikit2 hehe.Di bawah merupakan sinopsis ringkas tentang filem ini yang aku dapat dari IMDb:

A rising country-music songwriter works with a fallen star to work their way fame, causing romantic complications along the way.

Official Trailer for the movie Country Strong (2010)

6 comments:

  1. Brapa kali jugak aku nampak dvd ni,tapi tak menarik perhatian.memandangkan lu pun dah review,nampaknya wa nak kena layan lah..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkn ada sesetengah penonton agak tidak selesa dgn heavy drama, tapi saya cadangkan tuan tgk ini movie dgn hati terbuka dan tumpukan perhatian pada lagu2 country dlm filem ini...seriously mengasyikkan terutama sekali lagu Gwyneth sendiri iaitu "country strong"....superb!

      Delete
  2. Replies
    1. Wajib tonton mun kitak minat lakonan Gwyneth Paltrow dan peminat muzik universal...

      Delete
  3. lum tengok cerita ni...tapi Gwyneth memang sedap suara dia bila menyanyi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gwyneth Paltrow memang ada bakat menyanyi yg mengagumkan...paling best dia pernah duet dgn Cee Loo perform lagu Forget You di Grammy Award last year...memang syok!

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...