Monday, May 13, 2013

The Smiths CD Boxset : Complete Discography (4 Studio Albums, 1 Live LP & 3 Compilations)

The Boxset & poster for the live album "Rank"

"There Is A Light That Never Goes Out..."

Kebanyakan peminat muzik akan mempunyai band idola mereka masing2. Fakta ini tidak boleh dinafikan kerana kita sebagai manusia sering menyukai bunyian yang dihasilkan oleh beberapa artis dan secara langsung (antara sedar atau tidak) menjadi peminat tegar artis tersebut. Memang ramai rakan blogger yang meminati band2 metal seperti Iron Maiden (yang ini ramai yang minat, i know it), Metallica, Black Sabbath dan sebagainya. Bagi aku, The Smiths merupakan band yang aku minati dari dulu hingga kini, walaupun band  ini sudah pun dibubarkan semenjak 1987, tidak lama selepas mereka meriliskan album keempat dan terakhir mereka iaitu Strangeways, Here We Come.

CD Boxset The Smiths ini aku beli melalui seorang penjual dari Mudah.my, aku sering berurusan dengan penjual ini juga untuk pembelian cd yang lain. Senang berurusan dengan dia ni, tak banyak songeh. Pembelian CD Boxset The Smiths ini pun boleh dikira sebagai KPI aku pada tahun ini dalam kegiatan hobi aku haha (apa punya objektif la). Harga untuk CD Boxset ini boleh tahan jugalah, tapi aku rasakan ianya berbaloi sebab boleh dikatakan tahap rare juga walaupun bukanlah first pressing. Gila kau, first pressing LP ataupun 7" vinyl The Smiths sekarang ni boleh mencapai ribuan ringgit di eBay.com sekarang.

Aku tak nak buat ulasan secara terperinci untuk setiap CD pada boxset ini, yang itu aku akan buat pada entri lain kali. Agak menjadi spoiler lah kalau bagitau awal. Buat masa ini, marilah kita layan gambar2 koleksi CD The Smiths ini dahulu ya.

Boxset The Smiths dalam packaging berbentuk kotak yang comel (erkk comel?)

Paling atas hingga ke bawah (dari kiri):
  1. Self-titled The Smiths (rilisan tahun 1984)
  2. Meat Is Murder (rilisan tahun 1985)
  3. The Queen Is Dead (rilisan tahun 1986)
  4. Strangeways, Here We Come (rilisan tahun 1987)
  5. Rank - The Live LP (rilisan tahun 1988)
  6. Hatful Of Hollow - Compilation Album (rilisan tahun 1984)
  7. The World Won't Listen - Compilation Album (rilisan tahun 1987)
  8. Louder Than Bombs - Compilation Album (rilisan tahun 1987)
Inlay cover untuk boxset ini. Kelihatan gambar Johnny Marr (atas sebelah kanan) dan Morrissey (bawah kanan), 2 individu penggerak band bertaraf legenda ini.

Inlay cover boxset ini lagi. Pada sebelah kiri ialah newsletter yang pernah dikeluarkan oleh label mereka iaitu Rough Trade Record suatu ketika dahulu.

Poster bersaiz A4 yang disertakan sekali untuk album live mereka "Rank". Ini merupakan the one and only live album yang dihasilkan oleh The Smiths.

Walaupun setiap CD di dalam boxset ini hanya disertakan dengan Vinyl Replica Sleeves sahaja namun ianya masih lagi disertakan dengan lirik lengkap untuk setiap lagu. Apa yang membuatkan boxset ini menjadi lebih istimewa ialah ianya di remastered oleh Johnny Marr sendiri.

Selesai melihat gambar2 menarik dari boxset ini, jom layan video ini pula:

The Smiths - Heaven Knows I'm Miserable Now (Top Of The Pop)

P/S: Walaupun agak mustahil, tapi aku sentiasa berharap agar band ini dapat buat reunion balik...

12 comments:

  1. 1984- tahun aku lahir..masih hidip semua daknya ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua masih umur panjang, gitaris band tok Johnny Marr tok pernah jadi sessionist utk Oasis masa album Be Here Now.

      Delete
  2. mustahil... sebab Morrisey aku tengok solo pun dah ok..tak perlu reunion..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup aku pun rasa gitu bro, The Smiths tak akan buat reunion sebab Morrissey pernah bagitau dalam satu interview yg dia dgn anggota lain dah memang x sehaluan selepas case court utk royalti lagu2 mereka pada awal 90'an dulu...Moz memang bengang giler dgn Mike Joyce drummer The Smiths tu

      Delete
  3. Nanti tunjuk eh liriks dia dalam cd inlet setiap cadborad atau dalam bentuk buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah aku akan tunjukkan di entri yang akan datang bro...dont worry!

      Delete
  4. Aku ingat adi dah jadi pengumpul vinyl jugak..heheh..
    Nice bro..barang rare ni memang untung dapat simpan buat koleksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish tak nak aku kumpul vinyl, nak cari vinyl player tu la yg payah..ada jugak yg jual kat online tapi malaslah rasanya, feel aku lebih cd ajer...bro Korawk skrg dah minat dgn vinyl...dia tu obses sikit dlm hal2 mcm tu haha

      Delete
  5. mendapatkan benda yang kita idam2kan....boleh membuatkan kita rasa seperti kanak2 kembali...hahaha...tahniah!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali tuan, rasa mcm budak kecik dapat duit raya saja hahaha...next project, nak dapatkan koleksi cd Morrissey full discography...kalo dapat la hehe

      Delete
  6. Haaa ni jahat ni.. Haha bapak madchester di tayangnye hihi aky cuma ade meat is muder n queen is dead. Anyway good stuff for fans cm ko.. Oh mag madchester tu aku x jual ye haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala sungguh menyedihkan, mag tu bukan utk dijual huhu...next mission aku lepas ni, nak kumpul sikit2 cd album solo Morrissey dari album Viva Hate, Kill Uncle, I Am The Quarry sehingga yg latest tu...insyaAllah mudahan dipermudahkan hehe...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...