Friday, July 26, 2013

Amir Junaid Muhadith (a.k.a. Loon, ex Bad Boy Rapper) : The Wake Up Call

Amir Junaid Muhadith (a.k.a. Loon)

Suatu ketika dahulu, nama Loon memang cukup gah dan terkenal dalam dunia muzik hip hop antarabangsa. Mana tidaknya, Loon juga merupakan diantara prodigy2 di bawah naungan Bad Boy Records, milik P Diddy (or Puff Daddy, whatever lah). Antara hype yang membuat beliau terkenal ialah apabila menjadi artis kolaborasi dengan P Diddy bagi hit singles seperti I Need A Girl Part 1 & 2. Budaya hedonisme dan kehidupan yang bling-bling memang sudah menjadi suatu kemestian dalam hidupnya dahulu.

Setelah memeluk Islam pada tahun 2009, segala apa yang dialaminya juga turut berubah. Loon yang suatu ketika dahulu mengejar keduniaan dan populariti, kini giat membuat aktiviti dakwah ke seluruh dunia. Malahan Loon atau nama islamnya Amir Junaid Muhadith juga pernah datang ke Malaysia untuk menjayakan sesi ceramah dan dakwahnya di Universiti Islam Antarabangsa. 

Secara peribadinya, aku cukup suka mendengar, melihat serta membaca perihal saudara baru begini, tentang bagaimana mendapat hidayah dari Allah dan sebagainya. Kadang-kadang kita yang Islam sejak azali ini belum tentu dapat menandingi keimanan yang ada pada golongan reverted muslim ini. Maha suci Allah yang menentukan Qada dan Qadar seseorang insan. Walaupun sekarang beliau ditahan di penjara Belgium atas tuduhan memiliki dadah (kesalahan yang beliau lakukan 6 tahun dahulu sebelum memeluk Islam), namun beliau tabah mengharungi dugaan tersebut. Di bawah merupakan salah sebuah video ceramah beliau yang aku suka tonton, bagi muhasabah diri serta untuk renungan umat Islam sekalian.

Loon "The Wake Up Call"

10 comments:

  1. "Kadang-kadang kita yang Islam sejak azali ini belum tentu dapat menandingi keimanan yang ada pada golongan reverted muslim ini"

    SETUJU!

    ReplyDelete
  2. Never heard of this rapper, puff daddy tu kenal la haha
    Apa pun, memang besar kurnia Allah tak kira sapa kat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu dia ni dulu pun dah kira macam one hit wonder sebenarnya...hanya yg betul2 follow hip hop scene di usa saja yg ingat dia...betul tu bro, kurniaan Allah ada di mana2.

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...