Friday, August 30, 2013

Perubatan Berbekam : Berdasarkan Pengalaman, Hadith Sahih Serta Khasiat Yang Ada Padanya.

Seperti yang diriwayatkan kepada Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bahawa tidak aku berlalu (jalan) di malam Israk dengan malaikat melainkan mereka berkata, “Wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam”.

Semenjak terkena serangan darah tinggi dan kolesterol pada bulan Januari yang lalu, aku selalu jatuh sakit dan sering mengambil cuti sakit. Aku rasa tahun 2013 ni sudah beberapa hari aku ambil MC, boleh dikatakan dalam sebulan mungkin ada la sehari dua rasanya. Tapi keadaan sudahpun beransur pulih, sebelum bulan puasa lagi aku dah rasa sihat sikit disebabkan aku sudah mula mengikuti beberapa sesi perubatan berbekam dari seorang kenalan yang tinggal di Kampung Jepak, Bintulu sini.

Nama kenalan aku yang mempunyai perniagaan perkhidmatan perubatan berbekam ini ialah Abang Aidil. Nama sebenar dia aku tak tahu, malas nak tanya lah rasanya. Dahulu, Abang Aidil ni berkerja di sebuah syarikat yang mengendalikan pelabuhan di sekitar Bintulu. Tapi kini sudah berhenti dari perkerjaan berkenaan, disebabkan ingin menumpukan perhatian kepada pusat perubatan alternatif yang beliau usahakan ini. 

Aku mula mengikuti perkhidmatan berbekam dari Abang Aidil ini kira-kira dalam bulan Jun begitulah rasanya, tidak lama selepas anak buah aku meninggal pada bulan Mei lalu. Melalui berbekam sahaja, Abang Aidil dapat tahu yang aku mempunyai masalah kolesterol dan darah tinggi. Jenis bekam yang Abang Aidil kenakan pada aku di peringkat awalnya ialah Bekam Basah di mana ianya melibatkan proses mengeluarkan darah kotor atau lebih dikenali dengan terma detoksifikasi. Akan tetapi, oleh kerana aku mempunyai masalah darah tinggi, adalah dinasihatkan bahawa bekam basah hanya perlu dijalankan selama 3 bulan sekali sahaja. Kalau untuk Bekam Kering (sekadar untuk membuang angin sahaja), boleh dilakukan sebulan sekali, kata Abang Aidil.

Aku rasa cara begini sahajalah yang sesuai bagi mengubati masalah ataupun penyakit yang aku hadapi kebelakangan ini. Alhamdulillah kekejangan otot di bahagian belakang badan (terutamanya kawasan tulang belakang dan punggung) kini sudah hampir lenyap, mungkin ianya datang di beberapa ketika, cuma tidaklah sekerap dahulu rasanya. Kepada rakan2 serta pembaca blog ini yang mempunyai masalah seperti aku ini ataupun penyakit lain (seperti gout, kencing manis, angin ahmar dan sebagainya), seriously aku betul2 recommend untuk kalian membuat rawatan berbekam. 

Lagipun ianya adalah sunnah Rasulullah. Nabi junjungan kita pada hayatnya sering melakukan perubatan berbekam ini, sehingga ada satu kisah dimana pada ketika baginda selesai membuat rawatan bekam, Rasulullah mengarahkan seorang sahabat (aku tak ingat siapa namanya) untuk membuang darah kotor yang dikeluarkan dari tubuh baginda tadi. Akan tetapi, oleh kerana sayangnya sahabat tersebut terhadap Rasulullah, lalu diminumnya darah beku Rasulullah tersebut. Apabila Baginda mengetahui perkara tersebut, Rasulullah tidak melenting walaupun tahu bahaya darah tersebut adalah najis sebenarnya. Lalul Rasulullah bersabda, adalah haram api neraka menyentuh badan sahabat tersebut oleh kerana perlakuan beliau sebentar tadi. Mengenai hadith ini, ianya memang sahih cuma aku tidak ingat siapa perawinya. Mohon bagitahu ya jika ada rakan2 yang mengetahui dengan lebih lanjut tentang hadith tersebut.

Di bawah merupakan beberapa khasiat berbekam yang aku cedok dari blog www.sritanjung.wordpress.com, sila rujuk di bawah:

1- Melegakan pening kepala dan menyembuhkan migrain.
2- Membantu melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3- Memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
4- Memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
5- Membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar.
6- Dengan mengeluarkan darah toksik dapat melancarkan peredaran darah.
7- Membantu meringankan tubuh.
8- Merawat mata dan menajamkan penglihatan.
9- Selain itu berbekam juga dapat menyembuhkan berbagai lagi penyakit, antaranya darah tinggi, jantung, kolesterol, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan, haid tidak teratur, gaut, elephantiasis (kaki gajah), pendarah otak dan buah pinggang.


Keadaan di belakang badan aku semasa dibekam

 Keratan dari suratkhabar Kosmo tentang berbekam. Ya, tidak semua penyakit sesuai dibekam. Pemilihan hari untuk berbekam juga penting (waktu yang digalakkan ialah 17, 19 dan 21 haribulan pada setiap bulan Hijrah).

Mangkuk bekam yang digunakan oleh Abang Aidil untuk merawat aku.

Beberapa sijil yang diperolehi oleh Abang Aidil berkaitan tentang perubatan Islam serta gambar persatuan bersama rakan2 beliau yang juga dialiran yang sama.

 Rupa belakang badan aku selepas dibekam (Bekam Basah). Kesan darah tersebut mengambil masa 2 atau 3 hari untuk hilang.

Video penjelasan tentang perubatan berbekam (kaedah rawatan Islam)

P/S: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Pada Esok Hari (31 Ogos) Buat Tanah Malaya Khususnya...

Monday, August 26, 2013

CD Review : Pearl Jam's Ten (Rilisan 1991)

 CD Pearl Jam : Ten

CD Pearl Jam Ten ini aku perolehi semasa di kolej dahulu, pemberian dari seorang sahabat yang juga penggiat seni muzik bawah tanah pada ketika itu, sekitar tahun 2000 - 2002. Kalau diikutkan, aku sudah lama mengenali dan menghayati album ini semenjak pertengahan dekad 90'an lagi, masa itu tengah hangat demam muzik grunge dan Nirvana telah menjadi instant legend selepas kematian frontman nya, Kurt Cobain. Kalau tahun 90'an dulu, aku mana ada banyak duit nak beli kaset ini, cukup sekadar dubbing kaset dari kawan yang ada beli kaset asalnya. CD ini mempunyai sentimental value nya sendiri bagi aku, secara peribadi.

Kalau diikutkan sejarah penubuhan band ini, sebenarnya jika Andrew Woods (frontman band Mother Love Bone yang juga dianggotai oleh Jeff Ament serta Stone Gossard, founder band Pearl Jam) tidak mati kerana overdose dadah pada tahun 1990, aku rasa band Pearl Jam ini tidak akan wujud dan Eddie Vedder masih lagi jadi seorang security di Seattle. Tapi sejurus selepas kematian Andy Woods, Jeff dan Stone masih lagi ingin meneruskan karier muzik mereka di dalam scene Seattle Sound dengan mengasaskan sebuah band baru yang dinamakan Pearl Jam.

Ya, memang betul, album inilah yang mengangkat nama Pearl Jam menjadi household name suatu ketika dahulu di dekad 90'an. Eddie Vedder yang terkenal dengan gimik persembahan yang menggila (Eddie suka panjat tiang2 stage yang tingginya lebih kurang 15 kaki ke atas dan sejurus selepas itu, dia buat stage dive, memang insane!) serta setting pentas yang dikerumuni dengan action figure pemain basketball NBA, merupakan antara daya tarikan band ini semasa membuat persembahan. 

Melalui album Ten ini jugalah, single2 mereka seperti "Even Flow", "Alive" dan "Jeremy" menaikkan nama band ini ke arus muzik mainstream, sekaligus keluar dari kepompong Seattle Sound yang lebih bersifat underground. Kekuatan vokal Eddie Vedder yang dipengaruhi oleh Neil Young dan sedikit ala Bruce Springsteen ini membezakan muzik Pearl Jam dengan mana2 band alternative rock mahupun grunge pada ketika itu. Selepas itu, banyak pula penyanyi klon yang ingin mengikuti lenggok vokal Eddie seperti band Creed, Stone Temple Pilots, Staind, Puddle Of Mudd dan macam2 lagi.

Pakej yang ada pada album ini juga ada sentuhannya yang tersendiri. Kebanyakan artwork pada album ini (dan juga album2 yang seterusnya) dibuat oleh bassist Pearl Jam sendiri iaitu Jeff Ament. Jeff merupakan seorang artis dalam lukisan dan seni fotografi. Kebanyakan tulisan lirik yang ada pada inlay cover album ini adalah nukilan beliau sendiri. Album yang terdiri daripada 11 buah lagu ini merupakan salah satu anthems untuk Generasi X pada ketika itu, selain album Nirvana "Nevermind".

 Inlay cover untuk CD Pearl Jam : Ten

 CD Pearl Jam : Ten yang merangkumi 11 buah lagu

Pada ketika album ini diriliskan, ianya mendapat ulasan yang bercampur baur dari pelbagai pihak. Pihak majalah Rolling Stone mengatakan album ini "wring a lot of drama out of a few declarative power chords swimming in echo" dan  Allmusic pula mengatakan "may well be the face of 90's metal". Tidak lupa juga ada yang mengutuk habis-habisan, even Kurt Cobain mengatakan album ini adalah sell-out kepada scene muzik Seattle kerana terlalu banyak gitar solo di dalam nya (sememangnya Kurt anti rockstar, walhal dia pun rockstar jugak).

Walau apapun yang dikatakan oleh pihak media, sememangnya album ini boleh dikatakan di antara landmark muzik rock dekad 90'an pada ketika itu. Alternative Rock will never be the same tanpa muzik pembawaan Pearl Jam. Album ini adalah kegemaran peribadi aku, ianya juga secara tidak langsung memberi sumber inspirasi kepada pemuzik2 muda lain yang ingin menghasilkan muzik modern rock yang sehebat album ini.

Pearl Jam - Alive (Official Music Video)

Pearl Jam - Even Flow (Official Music Video)

Pearl Jam - Jeremy (Official Music Video)

Friday, August 23, 2013

Perhimpunan Aman Membantah Kerajaan Haram a.k.a. Rampasan Kuasa (Kudeta) Pimpinan Regim Abdel Fattah El Sisi di Mesir, Bertempat Di Masjid Assyakirin Bintulu (16 Ogos 2013)

Pada jumaat minggu lepas, 16 Ogos 2013, bertempat di Masjid Assyakirin Bintulu, telah diadakan satu demonstrasi secara aman bagi membantah kerajaan haram pimpinan regime Abdul Fattah As Sisi atau lebih dikenali dengan gelaran General Sisi. Ramai yang sudah maklum tentang isu penggulingan kerajaan pimpinan presiden Dr. Muhamed Morsi selaku ketua parti Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) baru-baru ini. Ramai juga sudah maklum bahawa terang-terangan General Sisi ini hanyalah boneka kepada kuasa-kuasa besar dari luar Mesir seperti USA dan Israel, cuma buktinya sering dikaburkan dari pandangan masyarakat dunia. 

Krisis ini semakin merunsingkan umat Islam sedunia selepas penguasaan kerajaan berasarkan ketenteraan dipimpin General Sisi semenjak Julai lalu. Ramai orang awam yang tidak berdosa dibunuh dengan kejamnya oleh pihak penguatkuasa. Kekejaman ini bermula semasa pengikut Dr Muhamed Mursi berhimpunan secara besar-besaran di Dataran Rabiatul Adawiyah pada Julai lalu. Penahanan Dr Muhamed Mursi di satu tempat yang dirahsiakan telah menambahkan kemarahan rakyat Mesir secara umumnya. Masyarakat dunia juga sedar dengan masalah ini.

Justeru dengan isu ini, beberapa NGO serta AJK Masjid Assyakirin telah mengadakan perhimpunan aman ini bagi membantah sekeras-kerasnya tindakan yang telah dilakukan oleh General Sisi ini. Mangsa kekejaman manusia berhati binatang ini meliputi pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa.

Marilah sama-sama kita doakan kemenangan di pihak yang benar untuk saudara-saudara kita di Mesir, Syria dan Palestine pada ketika ini. Doa merupakan senjata yang paling sesuai dan efektif sebenarnya. Hanya pada Allah sahaja kita mampu meminta padaNya agar Firaun bernama General Sisi itu akan menerima kecelakaan di kemudian hari. Liputan secara terperinci boleh dilihat di blog rakan aku ini iaitu saudara Barangkali Marus (klik di SINI)

 Ucapan kata-kata semangat dari perwakilan PAS Sarawak


Beberapa jemaah menaikkan poster yang menyatakan penentangan terhadap kerajaan haram General Sisi

 Banner "We Support Muslim Brotherhood"


Monday, August 19, 2013

CD Review : Metallica St. Anger (Rilisan 2003)

CD Metallica - St. Anger

Rasanya ramai yang sudah tidak sabar menanti kedatangan metal heroes iaitu Metallica ke tanah malaya dan menyaksikan persembahan mereka pada 21hb Ogos ini. Ianya sudah semestinya menjadi satu detik bersejarah dalam hidup pelbagai lapisan peminat muzik metal seluruh negara khususnya kerana impian yang cuma tinggal suatu ketika dahulu kini menjadi kenyataan. Ramai fanboy Metallica sudah mengharapkan band ini akan perform di Malaysia semenjak rilisan black album lagi pada dekad 90'an dahulu. Even ada member sekolah aku dahulu pernah berkata, "Alah, tak mungkin Metallica akan datang Malaysia punyalah, kerat jari aku ni la, aku berani betting diorang tak akan datang sini punya". Rasanya nak saja aku contact member aku tu, saja nak mengimbau kisah lama pasal perkara ini kepada beliau haha.

Ok berbalik kepada ulasan album Metallica yang kelapan ini iaitu St. Anger. Kenapa St. Anger? Kenapa tak Kill 'Em All, Master Of Puppets mahupun Ride The Lightning? Bagi aku, album ini ada kekuatannya tersendiri. Ya, memang kita sudah sedia maklum bahawa fanboy Metallica yang menginginkan kembalinya zaman thrash metal mereka akan merasa agak kecewa dengan album ini sekali lagi, sama juga seperti rilisan Load dan Reload. Tapi itulah Metallica. Kita kena terima hakikat bahawasanya Metallica merupakan sebuah band yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai subgenre rock, baik dari "alternative rock" (sila rujuk album Load dan Reload yang lebih ke arah yang aku maksudkan tadi), bunyian rockestra dan pada album St. Anger ini yang lebih menonjolkan sifat groove metal atau lebih sesuai disebut nu-metal.

Pakej CD ini memang menarik. CD audionya merupakan enhanced cd sebenarnya yang mempunyai interactive menu, membolehkan pemilik cd ini memasuki all access area (menggunakan key pass yang diberikan) di laman web mereka iaitu www.metallicavault.com. Pertama sekali aku berhadapan dengan features begini apabila aku pernah membeli cd Limp Bizkit album pertama mereka iaitu Three Dollar Bill Y'all suatu ketika dahulu, di mana ianya juga enhanced cd yang mempunyai menu membolehkan pemilik cd memasuki all access area di laman web rasmi mereka.

 Dari kiri: Booklet, Audio/Enhanced CD dan DVD

Dari segi muzikaliti yang ada pada album ini pula, well, sebelum album diriliskan secara worldwide, aku terlebih dahulu menonton sebuah rancangan di channel MTV yang bertajuk MTV Icon : Metallica yang berkonsepkan tribute show khas kepada metal heroes kita iaitu Metallica. Banyak juga band yang mempersembahkan cover songs Metallica pada ketika itu seperti Avril Lavigne, Korn, Limp Bizkit dan yang menghairankan serta aneh iaitu Snoop Dogg (quite funny actually). Di akhir rancangan tersebut, Metallica pula membuat persembahan debut yang mengetengahkan 2 buah lagu dari upcoming album mereka pada ketika itu iaitu St. Anger. Aku boleh tengok reaksi peminat semasa mereka mendendangkan lagu Frantic dan St. Anger tanpa vokal James pada ketika itu...mereka semua nampak kaku dan tidak dapat membuat keputusan tentang bagaimana membuat reaksi terhadap album ini. 

Pandangan peminat semestinya bercampur baur mengenai album ini. Kepada generasi nu-metal, rasanya peminat dari zaman ini tiada masalah untuk menerima pendekatan baru yang dibawakan oleh Metallica untuk album ini. Bunyian snare yang menyerupai ketukan dari David Silvera (Korn) dan John Otto (Limp Bizkit) membuatkan Lars rasa macam the new kid in town sahaja. Seperti yang aku katakan tadi, ada yang suka, ada yang menyampah dengan muzik begini. Riff-riff yang dihasilkan oleh James di dalam album ini juga bukan standard tuning (drop key siot!) dan teringat pula kata2 James dalam satu sesi interview di dalam rancangan MTV Icon "we're sound more nu-metal in this album..." bagi aku, well, enough said. Metallica seriously nak join the bandwagon bersama the coolest acts pada ketika itu yang semestinya didominasikan oleh band2 dari genre tersebut.

Pakej CD ini juga disertakan sekali dengan sebuah DVD yang mempunyai persembahan rehersal mereka di Metallica HQ. Keseluruhan video footage dalam DVD ini diarahkan oleh Wayne Isham yang famous dengan menghasilkan ribuan music videos untuk MTV dari pelbagai genre dan artis, you name it man! Dalam album ini juga disertakan sekali lyrics booklet dan beberapa band photos yang diambil oleh seorang jurugambar terkemuka iaitu Anton Corbijn yang pernah berkerja dengan pelbagai band seperti Bryan Adam, Nirvana, U2, Echo & The Bunnymen, Danzig, Depeche Mode dan banyak lagi.

The lyrics booklet

Band photo taken by Anton Corbijn


Pada album ini jugalah buat pertama kalinya memperkenalkan Robert Trujillo selaku pengganti Jason Newsted di posisi bass. Ramai yang sudah sedia maklum tentang pengunduran Jason selepas rilisan Metallica S&M dahulu. Banyak isu yang menjadi punca perbalahan di antara Jason dengan ahli2 lain di dalam band ini. Banyaknya diceritakan di dalam dokumentari "Some Kind Of Monster" mereka yang diriliskan pada tahun 2004. Tetapi pada sesi rakaman album ini, tugasan pemain bass digalas oleh Bob Rock buat sementara waktu.

Rating aku untuk album ini, 2 and a half out of 5 stars...hehe boleh ker macam tu?

 Metallica - Frantic (Official Music Video)

Metallica - St. Anger (Official Music Video)...aku suka video klip ni! Badass haha...

Metallica - The Unnamed Feeling (Official Music Video)

Metallica - Some Kind Of Monster (Official Music Video)

Friday, August 16, 2013

Sarawak Metal Regime Gig (8 September 2013) : Bintulu Metalheads' Journey To Kuching!

Official Event Poster (upload sekali lagi, entri yang lepas tak berapa jelas gambarnya)

Ok rasanya ada jugak la aku maklumkan kepada rakan2 terdekat yang aku tak dapat nak nengok konsert Metallica yang akan diadakan tidak lama lagi. Tak mengapalah, mungkin tak ada rezeki kot. Pasrah saja la. Tapi untuk menyembuhkan kedukaan ini, aku serta beberapa rakan sekepala metal di Bintulu ini akan ke Kuching pada bulan September nanti bagi mengikuti gig Sarawak Metal Regime.

Gig yang dianjurkan oleh beberapa rakan seperjuangan muzik metal underground ini juga (Menjrex Nerto Production) sebenarnya merupakan kesinambungan kepada beberapa siri tour oleh band otai2 death metal bawah tanah iaitu Cardiac Necropsy dari Singapura dan Trauma dari Jakarta, Indonesia. Yup, Nino Aspiranta (frontman / vocalist) serta rakan-rakannya dari Jakarta akan menyerang bandar Kuching nanti. Tidak lupa juga band Cardiac Necropsy yang diterajui oleh Yuz serta Andy Ibrahim ini juga bakal menggegarkan bumi kenyalang tidak lama lagi.

Sebenarnya aku dah lama mengikuti perkembangan kedua-dua band ini. Aku mula mengenali Cardiac Necropsy ini melalui rilisan mereka yang kedua iaitu split ep bertajuk Splitting The Vulva (bersama Necrotic Chaos dan dirilis oleh Dark Artz Release) pada tahun 2003 dahulu. Semenjak itu, aku serta band grindcore/death metal aku iaitu Busseg seringkali jamming bawa lagu band ini yang bertajuk "Blood S*x Saliva" suatu ketika dahulu, iaitu semasa aku masih bujang...nak dijadikan cerita lah haha. Manakala rilisan band Trauma yang paling aku minati ialah Dominasi Kemenangan (album ketiga mereka yang dirilis pada tahun 2008), aku suka sound pada album ini yang lebih ke arah technical death metal dan kadang2 ada beberapa riff dalam album ini menyerupai lagu2 terawal dari band Lamb Of God (boleh rujuk album New American Gospel serta mana2 rilisan Burn The Priest)

Pasal perancangan untuk ke gig di Kuching kelak, kalau mengikut apa yang telah dibincangkan pada beberapa siri pertemuan Mystical Meeting di antara aku dan rakan2 yang nak ikut serta dalam rombongan ini ialah, kami akan sama2 bertolak dari Bintulu pada 7hb September nanti (hari sabtu) dan terus ke Kuching (perjalanan lebih kurang 10 jam la kalau nak ke sana), gig pula akan diadakan pada keesokan harinya iaitu 8hb September dan bertempat di Flying Rock Jamming Studio (kalau tak silap aku la). Maksudnya kami akan berada di Kuching selama 3 hari 2 malam, hari isnin dah balik. Mudah-mudahan perjalanan kami berjalan lancar, Amin.

Kalau dah selesai semuanya nanti, inshaAllah akan ada review pasal gig tu nanti, mungkin disertakan dengan beberapa penemuan stuff dari band2 yang akan menjadi opening acts pada hari berkenaan. Oh hampir terlupa nak bagitau, band death metal kebanggan bumi Bintulu iaitu Erectus juga akan beraksi di pentas gig ini nanti (nama mereka tak ada dalam flyer, kasi surprise katanya haha). Ianya juga merupakan di antara sebab aku dan beberapa rakan lain nak sangat pergi ke gig ini nanti, support punya pasal beb.

P/S: Bro Ijau pun ada buat review pasal official tshirt gig ini. Check di SINI.

Aku (kanan) dan Korawk (kiri) sedang memperagakan t-shirt rasmi gig ini Sarawak Metal Regime. Ermm...kami berdua nampak macam Beavis & Butthead sebenarnya, bukan macam metalheads pun.

Monday, August 12, 2013

Video Klip "Suasana Hari Raya" by Bintulu Buskers (Anuar & Eliana Cover)

"Suasana Hari Raya" by Bintulu Buskers

Beberapa hari sebelum datangnya bulan Syawal, aku serta beberapa rakan Bintulu Buskers terlibat dalam pembikinan video klip "Suasana Hari Raya" yang dijalankan di REG Studio, salah sebuah studio rakaman rakaman milik rakan2 pemuzik underground di sini. Seperti yang kita sudah sedia maklum, lagu "Suasana Hari Raya" made famous by Anuar dan Eliana suatu ketika dahulu, sekitar dekad 80'an dahulu.

Sebenarnya semasa proses rakaman audio untuk lagu ini, aku berada di posisi pemain bass. Tapi entah macam mana, pada sesi shooting untuk video klip pula, aku jadi pemukul gendang haha. Walaupun pada hakikatnya aku memang tak ada bakat menjadi kaki pukul (aku tak berapa sangat pandai bermain drums, gendang, kompang atau mana2 alat muzik yang mengkehendaki aku memukulnya), tapi aku belajar satu benda semasa proses pembikinan video klip ini iaitu BERLAKON! haha...salah satu seni yang aku memang tak minat langsung haha. Walaupun tak ada la melibatkan babak lakonan yang menggunakan skrip (it's a music video, what do you expect?) tapi at least aku tahun setiap babak memerlukan beberapa kali pengambilan video yang semestinya dibuat secara teliti.

Harap rakan2 blogger sekalian enjoy menonton video klip ini. Ianya juga diselitkan dengan beberapa mesej tentang misi kemanusiaan tentang penghuluran bantuan kepada mangsa peperangan di Syiria. Anyway, here's to all...dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...