Friday, August 16, 2013

Sarawak Metal Regime Gig (8 September 2013) : Bintulu Metalheads' Journey To Kuching!

Official Event Poster (upload sekali lagi, entri yang lepas tak berapa jelas gambarnya)

Ok rasanya ada jugak la aku maklumkan kepada rakan2 terdekat yang aku tak dapat nak nengok konsert Metallica yang akan diadakan tidak lama lagi. Tak mengapalah, mungkin tak ada rezeki kot. Pasrah saja la. Tapi untuk menyembuhkan kedukaan ini, aku serta beberapa rakan sekepala metal di Bintulu ini akan ke Kuching pada bulan September nanti bagi mengikuti gig Sarawak Metal Regime.

Gig yang dianjurkan oleh beberapa rakan seperjuangan muzik metal underground ini juga (Menjrex Nerto Production) sebenarnya merupakan kesinambungan kepada beberapa siri tour oleh band otai2 death metal bawah tanah iaitu Cardiac Necropsy dari Singapura dan Trauma dari Jakarta, Indonesia. Yup, Nino Aspiranta (frontman / vocalist) serta rakan-rakannya dari Jakarta akan menyerang bandar Kuching nanti. Tidak lupa juga band Cardiac Necropsy yang diterajui oleh Yuz serta Andy Ibrahim ini juga bakal menggegarkan bumi kenyalang tidak lama lagi.

Sebenarnya aku dah lama mengikuti perkembangan kedua-dua band ini. Aku mula mengenali Cardiac Necropsy ini melalui rilisan mereka yang kedua iaitu split ep bertajuk Splitting The Vulva (bersama Necrotic Chaos dan dirilis oleh Dark Artz Release) pada tahun 2003 dahulu. Semenjak itu, aku serta band grindcore/death metal aku iaitu Busseg seringkali jamming bawa lagu band ini yang bertajuk "Blood S*x Saliva" suatu ketika dahulu, iaitu semasa aku masih bujang...nak dijadikan cerita lah haha. Manakala rilisan band Trauma yang paling aku minati ialah Dominasi Kemenangan (album ketiga mereka yang dirilis pada tahun 2008), aku suka sound pada album ini yang lebih ke arah technical death metal dan kadang2 ada beberapa riff dalam album ini menyerupai lagu2 terawal dari band Lamb Of God (boleh rujuk album New American Gospel serta mana2 rilisan Burn The Priest)

Pasal perancangan untuk ke gig di Kuching kelak, kalau mengikut apa yang telah dibincangkan pada beberapa siri pertemuan Mystical Meeting di antara aku dan rakan2 yang nak ikut serta dalam rombongan ini ialah, kami akan sama2 bertolak dari Bintulu pada 7hb September nanti (hari sabtu) dan terus ke Kuching (perjalanan lebih kurang 10 jam la kalau nak ke sana), gig pula akan diadakan pada keesokan harinya iaitu 8hb September dan bertempat di Flying Rock Jamming Studio (kalau tak silap aku la). Maksudnya kami akan berada di Kuching selama 3 hari 2 malam, hari isnin dah balik. Mudah-mudahan perjalanan kami berjalan lancar, Amin.

Kalau dah selesai semuanya nanti, inshaAllah akan ada review pasal gig tu nanti, mungkin disertakan dengan beberapa penemuan stuff dari band2 yang akan menjadi opening acts pada hari berkenaan. Oh hampir terlupa nak bagitau, band death metal kebanggan bumi Bintulu iaitu Erectus juga akan beraksi di pentas gig ini nanti (nama mereka tak ada dalam flyer, kasi surprise katanya haha). Ianya juga merupakan di antara sebab aku dan beberapa rakan lain nak sangat pergi ke gig ini nanti, support punya pasal beb.

P/S: Bro Ijau pun ada buat review pasal official tshirt gig ini. Check di SINI.

Aku (kanan) dan Korawk (kiri) sedang memperagakan t-shirt rasmi gig ini Sarawak Metal Regime. Ermm...kami berdua nampak macam Beavis & Butthead sebenarnya, bukan macam metalheads pun.

9 comments:

  1. Metalika tinggal tiket mahal...memang konpem aku tak pegi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa boleh buat bro....kita serupa dalam hal ni....sedih™

      Delete
  2. perghhhh...brutal death metal terbaek. nanti ajak la band aku plak main kat sarawak.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM gua kat facebook bro pasal band lu...haha...mana tau gua dpt carikan organizer gig yg boleh bawak u guys perform sini. We try our best...inshaAllah

      Delete
  3. yang penting semangat tu ada 'brotherhood' bak kata orang jawa..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul tu bro...brotherhood of metalheads....itu yang pasti hehe

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...