Monday, August 12, 2013

Video Klip "Suasana Hari Raya" by Bintulu Buskers (Anuar & Eliana Cover)

"Suasana Hari Raya" by Bintulu Buskers

Beberapa hari sebelum datangnya bulan Syawal, aku serta beberapa rakan Bintulu Buskers terlibat dalam pembikinan video klip "Suasana Hari Raya" yang dijalankan di REG Studio, salah sebuah studio rakaman rakaman milik rakan2 pemuzik underground di sini. Seperti yang kita sudah sedia maklum, lagu "Suasana Hari Raya" made famous by Anuar dan Eliana suatu ketika dahulu, sekitar dekad 80'an dahulu.

Sebenarnya semasa proses rakaman audio untuk lagu ini, aku berada di posisi pemain bass. Tapi entah macam mana, pada sesi shooting untuk video klip pula, aku jadi pemukul gendang haha. Walaupun pada hakikatnya aku memang tak ada bakat menjadi kaki pukul (aku tak berapa sangat pandai bermain drums, gendang, kompang atau mana2 alat muzik yang mengkehendaki aku memukulnya), tapi aku belajar satu benda semasa proses pembikinan video klip ini iaitu BERLAKON! haha...salah satu seni yang aku memang tak minat langsung haha. Walaupun tak ada la melibatkan babak lakonan yang menggunakan skrip (it's a music video, what do you expect?) tapi at least aku tahun setiap babak memerlukan beberapa kali pengambilan video yang semestinya dibuat secara teliti.

Harap rakan2 blogger sekalian enjoy menonton video klip ini. Ianya juga diselitkan dengan beberapa mesej tentang misi kemanusiaan tentang penghuluran bantuan kepada mangsa peperangan di Syiria. Anyway, here's to all...dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!


6 comments:

  1. fulamakkk..terbaik lah Bintulu Buskers.aku suka klip video ni happening.korang memang best lah..selamat hari raya aidilfitri untuk geng2 Bintulu Buskers.maaf zahir batin..

    Adi : merahnya mak ngah..heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itu baju melayu tahun lepas bro...tahun ni warna hitam...blacl metal raya! btw, selamat hari raya for u too bro rafi

      Delete
  2. Respek!...memang kagum dengan semangat orang2 Bintulu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda la bro....biasa saja haha...selamat hari raya

      Delete
  3. bakat adi bermain gendang boleh di asah, juga yang menarik ketika itu bakatnya bermain seruling juga di kesan,cuma perlu diberi pendedahan...hehehehe u r the biestttt........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously memang rasanya aku xda bakat jadi drummer ataupun pemain percussions haha...stamina kurang bro....tapi hal meniup seruling ya, boleh diasahkan lagi bakat ya...satu pengalaman yang menarik sebenarnya.

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...