Friday, September 6, 2013

Muzik Dan Batasannya Dalam Islam

Artikel ni aku ambil dari facebook, page mana entah. Apa yang baik datang dari Allah, apa yang kurang tu datangnya dari kita sendiri. Bermuzik tidak salah, cuma perlu ada batasan. Sama-samalah kita belajar dalam mengenali diri dan posisi kita dalan agama. Aku pun bukannya perfect sangat, banyak lagi perlu kita dalami ilmu Allah ni. Kalau ada yang tak kena, muhasabah diri lagi. Sila rujuk apa yang aku maksudkan seperti di bawah:

Bahaya muzik!!!

Wahai saudara muslimku,

Maulana Sulaiman Katani menceritakan dalam bayan beliau bahawa jikalau kita mendengar muzik maka
'NIFAK' akan tumbuh dalam hati kita seperti benih yang terkena air maka akan terus tumbuh batang dan
akarnya begitulah perumpamaan hati yang mendengar muzik-muzik dunia. Nifak dan hiprokitisi akan menular
dalam hati sehingga hati itu hitam kesannya apabila perbicaraan mengenai perkara 'haq'(yang benar) dan
agama seseorang itu tidak dapat menerimanya. Apabila membicarakan hal agama hati merasa resah dan
kepala menjadi runsing tetapi jikalau bab dunia(politik,ekonomi,fesyen,movie,muzik dsbnya) selama berjam-jam
pun tidak mengapa.

Islam ada garis panduan dalam hiburan,suara nyanyian perempuan adalah khilaf antara ulama isthihad.
Terpulang pada ketakwaan kita sahaja lagi. Kadang-kadang saya mendengar muzik sekadar pelepas rindu.
Tetapi sedar akan kesan nya boleh mengeraskan hati maka al-Quran dan hadis pengganti untuk melembut
hati.

Wahai saudara muslimku, lihatlah pada artis yang bermain alatan muzik seperti gitar dan drum, kalau dari
segi logik akal dan mata kita katakan "apa salahnya dengar black metal?" "apa salahnya metallica
berkonsert?" "itu cuma muzik Dan hiburan". Wahai saudaraku,lihatlah gelagat mereka atas pentas ketika
bermain muzik dan menyanyi,dengan goyang kepala melalak sini sana Allah telah jadikan keadaan mereka
seperti beruk-beruk dan binatang yang tidak berakal. Lelaki berambut panjang menyerupai wanita, tubuh
badan kurniaan tuhan ditatukan kononnya lebih cantik,cool(spt tidak bersyukur pemberian tuhan), telinga
hidung di sumping(ala-ala lembu gitu) dan lirik lagu menceritakan perkara batil(sia-sia dan sesat) dan lebih
menyedihkan orang-orang Islam kita mengambil artis sebagai idola dan kata-kata mereka menjadi panduan
hidup. Apa ada orang yang lebih baik ke dari rasulullah saw sebagai idola dan contoh kehidupan? Ada
perkataan yang lebih baik dari sabdaan beliau ke?

Masih ingat cerita Umar r.a ketika membaca kitab Taurat hanya untuk dapat kefahaman lebih? Umar melihat
muka Rasulullah saw merah padam dan baginda berkata, "jikalau Musa as datang pada zaman ini dan
berpandukan kitab itu nescaya Musa pun akan sesat". Bagaimana dengan kita yang sewenang-wenangnya
mencontohi kehidupan yahudi? Astarghfirullah...

Dalam bayan Maulana Sulaiman Katani,beliau katakan dalam syurga nanti ada bidadari akan menyanyi untuk
kita, bidadari ini tidak pernah dilihat oleh orang lain kecuali penghuni syurga sendiri. Nyanyian ini begitu indah
sehingga penghuni syurga katakan tidak ada suara dan muzik seindah ini didunia dahulu. Orchestra dan latar
belakang muzik terdiri dari bunyi siulan burung,desiran angin pokok, bunyi aliran sungai semuanya menyanyi
untuk penghuni syurga. Ingatkah anda betapa indahnya suara Nabi Daud as? Jikalau beliau membaca Al-
Quran indahnya suara beliau sehingga kiacauan burung berhenti bunyi sungai mengalir pun berhenti semata-
mata mendengar keindahan suara Nabi Daud as. Subhanallah!

Semoga jadi pengajaran kepada saya dan iktibar kepada anda. Wallahualam bisawa'

P/S: Salam Jumaat semua...


17 comments:

  1. Replies
    1. Entah la, apa la sgt Metallica, ni mesti geng ABC band ni....haha

      Delete
    2. But the writer still got some points to ponder la...kudos to him/her concerning that matter.

      Delete
  2. semoga menjadi iktibar.aku dah berhenti main muzik....

    ReplyDelete
  3. i appreciate people wearing tattoos,
    kat Singapore kalau zaman berapa tahun lepas di mana ramai pekerja2 dari Sabah Sarawak yang kerja sini dan mereka semua penuh tatoo, tapi tu la sebahagian dari cara hidup mereka.
    tak semua tattoo ada kena mengena ngan muzik.

    tapi aku sendiri takkan buat tattoo, pasal aku paham tattoo tu ditegah agama Islam kerana ada sebab2 tertentu.

    ReplyDelete
  4. sikit pasal tatto...

    "Never, you don’t put a bumper sticker on Mercedes-Benz" - Abang Mus

    ReplyDelete
  5. baca makna 'NIfak' kat sini
    http://yufidia.com/nifak-munafik
    rasa macam tepat je kata Maulana ni...


    tapi hati Cat Steven mungkin hitam, tapi ber'cahaya'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas info tu bro...banyak kena belajar...btw, Yusuf Islam still terbaik...

      Delete
  6. Nice info bro..tq for sharing..memang kita tak boleh nak taksub sangat pun kt muzik yg sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersikap wasathiah dlm semua perkara membuat ibadah kpd Allah....itu kena lebih sikit....nasihat utk aku sendiri jugak.

      Delete
  7. mari kita layan lagu Rhoma Irama....................

    ReplyDelete
  8. "Ingatkah anda betapa indahnya suara Nabi Daud as? Jikalau beliau membaca Al-Quran indahnya suara beliau sehingga kiacauan burung berhenti bunyi sungai mengalir pun berhenti semata-mata mendengar keindahan suara Nabi Daud as. Subhanallah!"

    Bukan Al-Quran mukjizat yang diberi kepada Rasullullah S.A.W.? Nabi Daud dilahirkan sebelum Rasullullah S.A.W.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...