Wednesday, October 30, 2013

Beberapa Gambar Menarik Sepanjang Sesi "Jammed Of The Beast : Episode 1" Pada Sabtu Lalu (26 Oktober 2013)

Seperti yang telah diceritakan oleh bro Ijau pada entri ini, pada hari sabtu minggu lepas telah diadakan satu sesi Jammed Of The Beast yang dikelolakan oleh Tuan Besar Korawk di mana aktiviti ini juga boleh disifatkan sebagai "bachelor party" buat beliau cuma tidak ada stripper yang buat tarian tiang sahaja (just kidding). Sesi jamming ini lebih kepada mengeratkan silaturrahim di kalangan peminat muzik berat yang ada di Bintulu sebenarnya. Disamping itu juga ianya bertindak sebagai event yang akan memeriahkan lagi scene muzik independent di kawasan Bintulu khususnya.

Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf kepada rakan2 yang berkerja keras untuk event ini kerana aku tidak bersama kalian dalam sesi set-up peralatan muzik malam sebelum hari kejadian (iaitu pada hari jumaat malam sabtu 25hb tersebut) akibat beberapa tugasan sebagai ketua keluarga yang terpaksa diberi keutamaan.

Sesi ini bermula agak lewat iaitu pukul 1 petang dimulakan dengan band Erectus dengan listing lagu mereka yang berbisa. Aku sampai ke tempat kejadian iaitu 36 Studio agak lewat kerana terpaksa menghantar anak aku ke rumah nenek nya dahulu (sedih). Setelah selesai Erectus melaksanakan tugas mereka berjamming, giliran Busseg (band aku) pula untuk membuat "huru hara" di dalam studio tersebut (well tak lah havoc sangat pun). Ada beberapa lagu kami (lagu cover yang baru dicuba) yang agak impromptu tetapi menjadi semasa sesi jamming tersebut contohnya lagu Garam Massala dari Damage Digital dan Birth Of Ignorance dari Brutal Truth. Well, kebanyakan lagu kami bergenre grindcore dan crust (obviously). Selepas kami, giliran Metuk Ulau Projekt (classic line-up) pula jamming dan menggegarkan studio tersebut. Kebanyakan setlist lagu dalam sesi ini aku ingat-ingat lupa sebenarnya.Minta maaf banyak2 lah kawan2, aku cuma insan biasa.

Kemudiannya disusuli pula dengan Metuk Ulau Project (2nd generation?) berjamming setelah MUP (classic line-up) selesai membuat gangguan bunyi pada gegendang telinga. Pada ketika ini aku dah tergesa-gesa nak balik untuk ambil anak aku di rumah parents aku, kerana di malam harinya aku dah berjanji dengan orang rumah aku nak bawak satu family aku tengok match Sarawak lwn Pahang di Dewan Suarah Bintulu. Aku juga tidak sempat melihat rakan2 dari band My Eyes See Ghost beraksi pada petang itu. Apa2pun  aku suka aktiviti sebegini, boleh dikatakan macam gig jugalah cuma kurang stress dan lebih selesa berbanding dengan actual gig. Jom layan gambar pulak!

 Band Erectus sedang jamming

 Setting kedudukan peralatan muzik di studio ini telah disusun dalam posisi berhadapan dengan penonton seperti di atas pentas (thanks to bro Ijau serta rakan2 yang lain)

 Erectus sedang berlatih

 Busseg sedang grinding dengan setlist mereka yang kacau bilau (serupa macam Magrudergrind dan Wormrot pulak kami ini haha). Pic ehsan dari saudara Zamry Sathanas.

 Crowd yang hadir pada sesi Jammed Of The Beast pada petang itu. Pic ehsan dari Nizam Busseg


 Aku selaku gitaris / backing vocals untuk band Busseg
(Pic ehsan dari Nizam Busseg)

Din selaku drummer untuk Busseg juga. (Pic ehsan dari Nizam Busseg)

8 comments:

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...