Monday, October 21, 2013

Beberapa Gambar Menarik Sepanjang Tayangan Secara Umum Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia : Pahang lwn Sarawak (20 Oktober 2013)

Pada hari sabtu yang lepas, tepat pukul 8:30 malam begitu, telah diadakan satu tayangan perlawanan bolasepak suku akhir Piala Malaysia di antara pasukan Pahang menentang Sarawak di Stadium Darul Makmur menggunakan 2 skrin besar di padang Dewan Suarah Bintulu. Tayangan umum ini sebenarnya adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pejabat residen serta Bindiv (stands for Bintulu Division yang juga sebuah komuniti penyokong2 pasukan Sarawak tegar hehe). Ramai juga yang datang menonton tayangan percuma tersebut termasuklah geng2 metalheads, siap ada di antara kami yang ikut serta dengan aktiviti chanting dan drumline.

Pasukan Sarawak kalah malam itu, dengan jaringan Pahang 3 dan Sarawak 1. Mungkin tidak ada rezeki di tempat orang rasanya. Strategi perlawanan untuk pasukan Sarawak pada separuh masa pertama juga goyah sedikit terutama sekali pada bahagian serangan. Nak salahkan Sani Anuar Kamsani selaku goalkeeper pun tak patut juga, dia dah sedaya upaya menyelamatkan keadaan namun nasib tak menyebelahi pasukan Sarawak. Cuma goal ketiga dari Pahang tu yang buat aku menyirap jugak la, ada ker patut dibiarnya kosong tiang gol pada saat genting sebegitu? Nasib baik permainan Guy Bwele malam itu agak konsisten berbanding perlawanan yang sebelumnya, kalau tidak memang kenduri gol la team Pahang malam tu. Ketiadaan Joseph Kalang Tie selaku kapten dalam perlawanan ini sedikit sebanyak membantutkan serangan pasukan Sarawak.

Tapi tidak mengapa, masih terlalu awal undur mengaku kalah, ada lagi perlawanan timbal balik yang akan diadakan di Stadium Negeri di Kuching pada 26hb Oktober nanti. Robert Albert masih ada masa untuk merangka strategi yang mampu menumbangkan pihak lawan. Diharap performance dari beberapa pemain hebat2 Sarawak seperti Muamer Salibasic, Jr Eldstal, Zamri Morshidi, Bobby Gonzales, Ramesh Lai, Ashri Chuchu dan semuanya semakin bertambah baik pada perlawanan 26hb ini nanti. Tapi sebelum itu, jom layan beberapa pics menarik yang aku sempat ambil semasa tayangan perlawanan tersebut di Dewan Suarah Bintulu malam sabtu lepas.

P/S: Seriously, entri ni buat aku macam penulis blog sukan pulak dah hahaha...

 Kelihatan 2 skrin besar yang disediakan untuk pengunjung menonton siaran secara langsung perlawanan tersebut

Saudara Korawk (berbaju putih dan sedang gigit cd band grindcore Tahi Suci, tuan punya blog Geng Kereta Sapu) juga turut hadir bersama sahabat kamu juga bro Zamry.

Kelihatan penyokong pasukan Sarawak sedang chanting beberapa lagu anthem mereka disertai dengan ketukan drumline.

Makin hangat dan bertenaga sorakan penyokong Sarawak pada malam itu 

 "Siapa Sayang Sarawak, Tepuk Tangan!" antara lagu chanting yang happening pada malam itu

Kelihatan Encik Borhan (tauke 36 Studio, paling kanan sekali) dan saudara Bob Kandar (drummer Metuk Ulau Project, 2 dari kanan) sedang asyik mengetuk snare dan tom tom.

Saudara Marus (tuan punya blog Barangkali Marus, paling kanan sekali dan berambut dreadlock) sedang asyik bermain djembe beliau. Kelihatan juga bro Rashid (drummer band Curse Of God, paling kiri) juga ikut serta dalam drumline tersebut.

Korawk membuat gaya Varg Vikernes nya di hadapan skrin besar tersebut! 

Rashid sudah naik sheikh ketika ini...memang non-stop ketukan snare beliau 


Chanting yang betul2 happening, terasa seperti di Stadium Negeri pulak



Persembahan "flare" dari beberapa individu mencuri perhatian pengunjung2 yang datang

"Horns Up, Bujang Senang!" mungkin itu yang dikatakan oleh Korawk 

Di hadapan perkarangan Dewan Suarah Bintulu 

Banner "BinDiv Sarawak Supporters" dengan tema "Luk Lalai" (yang bermaksud Jangan Leka dalam bahasa  melanau baie)

Eh? Ada jugak terserempak dengan geng2 opis kat sini. Yang paling hujung belah kanan tu si Ezzah tuan empunya blog www.ezzahmemo.blogspot.com

Barisan ahli2 drumline penyokong pasukan Sarawak pada malam itu 




Bergambar kenang kenangan di kalangan supporter Sarawak (Bintulu Division)


P/S: Maaf kualiti gambar tidak memuaskan, huh...dah banyak kali dah aku cuci lens kamera aku ni, tapi masih jugak macam tu. 

18 comments:

  1. love the report.
    Lagi baik dari ntah hapa2 sokkabar tulis yang cuma menang gimik guna perkataan canggih je.

    love the photos too. happening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...photo tu tak berapa memuaskan sebenarnya...ada yg tak berapa clear. Anyway bro, doakan sarawak menang. Hehe.

      Delete
  2. teringin juga nak pegi mlm tu, tapi biasalah waktu malam giliran jaga anak...

    ReplyDelete
  3. Terbaik!!!....tengok gambo jer aku dah tau berapa meriah suasananya....seronok tengok bola Malaysia dah kembali meriah...kekadang macam tak feel dah nak tengok BPL...kena pulak time2 Man Utd hampeh ni kan....hahaha...

    btw...good luck sarawak...aku harap korang masuk final...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comeback team Sarawak musim ni agak drastik selepas menang liga super yg lepas...alhamdulillah skrg dah kembali meriah...terasa mcm zaman Ngap Sayot lewat 80'an dulu masa John Hunter dgn Awg Mahyan dulu...harap pasukan Sarawak dpt masuk final...sabtu ni penentuan beb hehe...

      Delete
    2. -kena pulak time2 Man Utd hampeh ni kan-

      CRAMP JAP PERUT AKU... hehhehehe

      Delete
    3. Tahniah Liverpool sebab skrg ni dah top 5... (sambil buat muka bengang)

      Delete
  4. Pergghh..happening dah mcm kat stadium pulak..nasib baik si korawk tak kena dakwa membawa ajaran black metal..heheh..poster yg ada gamba buaya tu lawa siot..moga team bujang senang pegi ke final nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korawk = black metal versi buaya darat ops...bujang senang haha

      Doakan Sarawak Menang, bro...amin.

      Delete
  5. Apa yg boleh pegi jaoh bang adi?? Doakan Sarawak Menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasukan sarawak la, boleh pergi jauh...kompem menang punya haha

      Delete
  6. Pergh style da juak orang Bintulu.... #Respect

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sik sangka kitak admin page Sarawak FA fans...hehe nice!

      Delete
  7. Kalah pun meriah mcmnie. Aku rasa menang second games nanti boleh tercabut sarawak dengan sabah. Still upset dgn JDT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat mesti ada tak kira menang atau kalah bro haha..xpa musim akan dtg JDT boleh cuba lagi

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...