Friday, October 25, 2013

Movie Review : Beberapa Movie Yang Aku Tengok Pada Hujung Minggu (Part 1)

Mud (2012)


Sebuah filem drama lakonan Matthew McConaughey tentang kisah 2 budak lelaki yang menemui seorang lelaki bernama Mud di sebuah pulau kecil di kawasan paya bakau. Berlatarabelakangkan suasana di Texas, vibe drama heart breaker sememangnya terasa dalam movie ini. Mungkin bukan di antara filem terbaik lakonan Reese Witherspoon cuma apa yang aku suka tentang filem ini ialah chemistry 2 watak lakonan Resse dan Matthew yang seakan2 tidak ada interaksi secara langsung walaupun hakikatnya hubungan percintaan mereka berdua adalah di antara kekuatan filem ini. 

3/5

Now You See Me (2013)


Di antara filem yang dinantikan dalam tahun ini. Ok, mungkin aku tak berap up-to-date dalam review filem tapi suka tengok filem sebegini apabila kualiti visualnya sudah berada di tahap yang memuaskan. Filem senggama minda sebegini sememangnya seronok untuk ditonton. Plot ceritanya yang menarik dan sukar diramal sememangnya menjadi kekuatan dalam filem ini. Imej nerdy Jesse Eisenberg semakin jauh dari pandangan, ketepikan dahulu filem sebelumnya ialah Social Network, kini wataknya lebih slick dan bergaya. Akan tetapi, sungguh tidak diduga, lakonan Mark Ruffalo adalah yang terbaik dalam filem ini. Gaya ajen FBI bawaan beliau yang agak cocky dan bangang pada awal ceritanya mempunyai twist yang menarik di pengakhiran movie ini.

4/5

Pacific Rim (2013)


Don't get me wrong, aku memang peminat setia filem arahan Guillermo Del Toro, akan tetapi Pacific Rim ini gagal mengembalikan vibe yang ada pada movie arahan beliau sebelum ini seperti Hellboy dan Blade 2. Entah kenapa pada babak pertengahan filem ini agak membosankan bagi aku akibat terlalu banyak drama dan kurang aksi sampaikan aku boleh tertidur. Akan tetapi momentumnya kembali ke climax apabila adegan aksi mula memonpoli di pengakhiran filem tersebut. Mungkin dari segi kutipan, filem ini masih boleh dikategorikan sebagai blockbuster tahun ini. Namun bagi aku, sentuhan Guillermo Del Toro sudah sedikit hilang taringnya.

2/5

Pain & Gain (2013)

Antara filem genre dark comedy yang menarik untuk ditonton pada tahun ini. Daripada kisah benar, ianya mengisahkan tentang gym trainer yang bercita2 tinggi untuk hidup senang akan tetapi akhirnya terjebak dalam kancah jenayah. Lakonan Dwayne "The Rock" Johnson memang hilarious dalam filem ini. Mungkin anda pernah menonton filem komedi beliau sebelum ini dari produksi Disney, namun kali ini ianya agak berlainan. Imej humor beliau memang betul2 kelakar. Watak Marky Mark Mark Wahlberg pula memang bad ass dan lucu pada beberapa babak. Wajib tonton jika anda peminat The Rock dan Mark Wahlberg.

3/5

The Place Beyond The Pine (2013)


Filem ini merupakan gandingan kedua di antara Ryan Gosling dan pengarahnya Derek Cianfrance, sebelumnya dalam filem Blue Valentine (nice romantic movie!). Filem bergenre crime drama ini mempunyai plot yang menarik walaupun pada awalnya agak bergerak perlahan. Mengisahkan tentang seorang stunt man yang ingin memulakan kehidupan baru bersama bekas teman wanitanya akan tetapi dihalang oleh beberapa situasi yang mengakibatkan beliau terlibat dengan aktiviti jenayah iaitu beberapa siri rompakan bank. Imej cool Ryan dalam filem ini masih sama seperti dalam filem lakonan beliau sebelum ini berjudul Drive. Semacam tak ada perubahan pulak, lakonan hanya statik. Manakala Bradley Cooper pula memang terbaik, imej paranoia kembali lagi (sebelum ini dalam filem Limitless lakonan bersama Robert De Niro) dan lakonan seriusnya memang menjadi. Antara filem yang harus ditonton tahun ini.

4/5

6 comments:

  1. dalam senarai kat atas cuma Now You See Me jer yang aku dah tengok...lain2 dah sedut tapi kebelakangan ni tak berpeluang nak menonton pasal tv dah di conquer orang rumah dengan marathon drama Teduhan Kasih, Setia Hujung Nyawa dan Kampung Girl....hahahaha...dan aku tak suka tengok movie guna pc....aduhai...tak pasal2 sekarang aku dah kenal siapa dia Nelydia Senrose, Emma Maembong dan Sherry Ibrahim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha gua faham perasaan lu bro, sbb di rumah pun gua mcm tu jugak, wife dgn anak yang control tv...gua takda pilihan melainkan melayan movie guna laptop saja. By the way, Nelydia Senrose dgn Emma Maembong are 2 hot chicks! Hehehe....just saying.

      Delete
  2. Mud je aku belum tengok lagi..pacific rim aku tengok separuh jalan..letih nak melayan,dari tengok pacific rim baik layan ultraman monster tu dah tentu kena fire ngn ultraman..heheh..(mungkin masa layan pacific rim tu aku terbawak aura ultraman skali kot)..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa faktor yang membantutkan storyline filem ni sebenarnya...ermm agak mengecewakan

      Delete
  3. aku pernah dengar pasal filem robot gaduh2 pacific rim tu je....thanks for the latest updates.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...