Friday, November 29, 2013

Majlis Akad Nikah Korawk Al Naseer Serta Pasangannya Di Mukah, Sarawak

Hari ini merupakan The Big Day untuk sahabat aku iaitu Nasrul Azam Bin Naseer atau nama glamernya Korawk Al Naseer a.k.a. The Goatfather Of Pandan / Sebauh Black Metal hahaha. Kepada yang tidak mengetahui siapa beliau, Korawk merupakan salah seorang pemuzik genre metal yang sering bergerak aktif dengan band2 beliau seperti "Curse Of God", "Metuk Ulau Project" dan band project beliau "Setan Gondol". Beliau juga merupakan seorang blogger untuk blog nya iaitu Geng Kereta Sapu (www.gengkeretasapu.blogspot.com) dan juga webzine Noise Of Borneo, tapi kini ianya ditutup atas sebab tertentu. Majlis akan nikah tersebut akan diadakan hari ini (Jumaat 29 November 2013) manakala majlis persandingan pula akan dibuat esok hari bertempat di Dewan Suarah Mukah bermula pada pukul 9 pagi onward.

Esok aku dan family serta beberapa rakan seperjuangan dalam scene music independent Bintulu akan bertolak ke Mukah awal pagi selepas subuh inshaAllah. Doakan perjalanan kami selamat sampai ke destinasi dan juga selamat kembali ke Bintulu pada keesokan harinya (hari ahad). Dengar cerita bro Ijau pun tidak melepaskan peluang untuk ke majlis persandingan Korawk nanti...haha jumpa di sana bro. Selamat menjadi raja sehari kepada Korawk serta bakal isteri. All hail the king! Hahaha...


5 comments:

  1. Sampaikan salam untuk En Nasrul Azam dan isteri...selamat pengantin baru.

    ReplyDelete
  2. kebetulan esok aku balik dalat... on the way singgahlah mukah sekejap, tapi mungkin lambat sampai sekitar 12 tghari

    ReplyDelete
  3. Tahniah..selamat pengantin baru korawk..moga kekal hingga ke jannah

    ReplyDelete
  4. tahniah Korawk.. lepas ni kena bahagi masa

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...