Friday, December 20, 2013

Antara Kuliah Ilmu Ustaz Nazmi Karim, Bahaya Syi'ah & Krisis Di Syria


"Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hisbusyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka"
- Abdullah Yusuf Qhardawi

Pada 9 November 2013 yang lepas aku telah berpeluang untuk menghadiri satu majlis ilmu yang dianjurkan oleh beberapa organisasi serta NGO Islam di kawasan aku ini dan dihadiri oleh Al Fadhil Ustaz Nazmi Karim. Bagi yang tidak mengenali Ustaz Nazmi Karim ini, beliau merupakan seorang pendakwah bebas yang sekarang ini aktif membuat roadshow ke seluruh pelusuk negara bagi memberi maklumat kepada orang awam khususnya para muslimin dan muslimat tentang kesesatan Syiah dan isu yang berlaku di Syria. Dari segi latarbelakang akademik beliau pula, sebelum ini pernah menuntut di Ma'had Al Furqan Damsyik di Syria (1992 - 1998) dan selepas itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti Al Azhar di Mesir (2000 - 2005). Beliau merupakan seorang pendakwah bertauliah dan juga terlibat sebagai sukarelawan bagi menghantar bantuan kemanusiaan di Syria semenjak tahun lepas lagi.

Aku berpeluang menghadiri kuliah maghrib pada 9 November tersebut bertempat di Masjid At Taqwa Bintulu yang terletak di kawasan perumahan di sini. Majlis kira-kira bermula lebih kurang pukul 7 petang setelah selesai solat maghrib secara berjemaah. Aku memang sudah menjangkakan yang Ustaz Nazmi Karim akan berceramah tentang isu Syiah ini pada ceramah awal beliau di dalam program ini. Seterusnya beliau beralih topik kepada isu di Syria pula. Bagi pembaca-pembaca yang masih samar-samar dan tidak tahu mengenai Syi'ah anda bolehlah klik di SINI, ianya mengandungi pelbagai info tentang ajaran sesat tersebut yang kian menjadi ancaman terhadap masyarakat kita baru-baru ini.

Sebenarnya tanpa kita sedari pengaruh Syi'ah sudah lama meresap secara perlahan dan halus di dalam masyarakat Melayu Islam kita sejak dari dulu lagi. Terutama sekali semenjak Revolusi Iran yang berlaku pada awal dekad 80'an dahulu di mana pemimpin mereka Ayatollah Khomeini sering dilaungkan menjadi hero dunia Islam konon-kononnya. Sering kita lihat pada masa itu dipampang pada dinding-dinding rumah orang kampung potret Ayatollah Khomeini dan juga poster buraq terbang (yang ini memang jelas dan nyata pengaruh Syi'ah dan ada elemen budaya Parsi di dalam lukisan tersebut). Bukan nak kata orang dahulu jahil dalam bab ini, cuma pengaruh Syi'ah pada ketika itu tidaklah menjadi satu ancaman sangat, maka agak mudahlah orang kita beranggapan bahawa Islam mereka sama macam Islam kita, walhal iman serta akidah mereka (para pengikut Syi'ah) sudah nyata terpesong dari ajaran Allah yang sebenar. Cuba kita kaji balik tentang fahaman mereka di mana penganut-penganutnya sejak dari kecil lagi diajar untuk menghina sahabat-sahabat nabi seperti Uthman Ibn Affan ra, Umar Al Khatab ra dan juga isteri nabi saidatina Aishah ra. Pernahkah kita diajar untuk menghina sahabat2 nabi yang nyata sekali pewaris kepada Islam itu sendiri? Islam yang sebenar tidak pernah mengajar untuk membenci sesama manusia, kecuali mereka-mereka yang menyekutukan Allah sahaja. Kalau nak cerita pasal kesesatan Syi'ah ni, panjang berjela lah entri ni nanti dan confirm tangan aku penat menaip pulak hahaha.

Beralih kepada isu di Syria pula, aku rasa ramai yang akan berkata terutamanya masyarakat Islam di Malaysia khususnya "sibuk sahaja nak hantar bantuan ke Syria, rakyat negara kita ni pun banyak juga yang melarat". Ok aku faham situasi tersebut, memang jelas ada juga rakyat kita memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan mereka yang susah serta daif. Tapi kita juga harus ingat bahawasanya kita juga punya tanggungjawab terutama sekali sebagai umat Islam untuk saling membantu sesama sendiri tidak kira apa bangsa sekalipun asalkan berpegang pada syahadah yang sama. Menghulurkan bantuan biarlah adil dan saksama. Lagipun apa yang membuatkan kita sebagai umat Islam seharusnya membela umat Islam sunnah di Syria ialah, kerana bumi Syria atau Syam (nama lama) merupakan bumi anbiya (para nabi) serta tertanamnya beberapa makam alim ulamak serta pembesar Islam yang pernah mengharumkan nama Islam di mata dunia contohnya Sultan Salahudin Al Ayyubi, pemerintah yang pernah menakluk kota Baitulmaqdis ketika perang salib dahulu. 

Jangan lupa juga di tanah Syria nanti akan berlakunya satu peperangan besar antara umat Islam dengan musuh-musuh Allah di akhir zaman kelak, ada hadith sahih yang menyokong kenyataan ini. Akhir sekali, tersebut dalam beberapa hadith sahih juga, pada akhir zaman nanti Nabi Isa alaihissalam akan turun ke bumi dan mendarat ke sebuah menara putih di salah satu kota di Syria (aku pun dah lupa namanya, maaf). Kesimpulannya, negara Syria agak dekat di hati orang Islam sebenarnya kerana terlalu banyak kaitan yang mampu menjadi sebab yang kukuh untuk kita berjuang menegakkan keadilan di Syria inshaAllah. Doakan bersama agar pemerintahan kerajaan zalim pimpinan Bashar Al Assad akan tumpas suatu hari nanti dan Islam yang sebenar akan berdiri dengan kukuhnya sekali lagi di bumi Syam. 

Risau umat...

 Ustaz Nazmi Karim sedang menyampaikan ceramahnya

Beberapa jemaah yang hadir

Ustaz Nazmi Karim dalam ceramahnya "Bahaya Ancaman Syi'ah"

5 comments:

  1. tak pasti adakah amalan/jampi dulu2 yang banyak doanya menyebut "dengan berkat doa baginda ali"....contohnya macam "fuh kanan...fuh kiri...dengan berkat doa baginda ali..." dalam cerita p ramlee tu pun asalnya dari pengaruh syiah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan..jampi2 org dulu mesti ada sebut "berkat doa baginda ali"..memang syiah ni dah lama bertapak cuma kita je yg tak sedar

      Delete
    2. mungkin ini juga cara halus diorang nak sampaikan ajaran mereka dulu bro...even ada sesetengah produk "islamik" yang ada di pasaran tempatan sekarang ini diusahakan oleh peniaga2 melayu yang berfahaman syiah...makin bahaya mereka ni.

      Delete
  2. tak tertengok aku videos Syria baik dari dua2 sides.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...