Friday, December 27, 2013

Japanese Film Festival Yang Bertempat Di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (Pada 7 & 8 Disember 2013)

Pada 7 & 8 Disember yang lalu, telah diadakan satu event yang menarik bertempat di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Event yang aku maksudkan ialah Japanese Film Festival anjuran Japan Foundation, Mitsubishi Corporation dan semestinya pihak UPM Kampus Bintulu sendiri. Disebabkan orang rumah aku ni salah seorang penjawat awam yang berkerja di universiti ini, maka amat mudah untuk my wifey dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa untuk event ini. Wife aku dia terlibat dalam bahagian dekorasi serta pengendalian booth untuk jualan kraftangan kepada pengunjung-pengunjung yang datang pada event tersebut. 

Aku, wife dan my dear daughter datang awal pada pagi sabtu 7 Disember tersebut, sekitar jam 8 pagi, disebabkan isteri aku diberikan tanggungjawab untuk mengatur beberapa booth jualan seawal waktu tersebut. Sedang my wife sibuk dengan kerja dia, aku dan my daughter berpeleseran sekitar bangunan dewan tersebut bagi menunggu untuk majlis tersebut bermula pada pukul 10 pagi. Gerai jualan makanan juga ada disediakan, kebanyakannya pelajar-pelajar universiti yang terlibat dalam penjualan tersebut. Balik-balik orang yang sama juga, tak apalah disebabkan nak kasi support event yang julung kalinya diadakan di Bintulu ini, aku beli jugalah makanan-makanan tersebut bagi mengalas perut yang belum lagi sarapan pada waktu itu.

Semasa proses persediaan majlis tersebut, ada juga aku terserempak beberapa perwakilan dari Japan Foundation dan Misubishi Corporation. Kebanyakan mereka berpakaian menggunakan kimono (bagi perempuan) dan ada satu baju jepun yang ringkas digunakan, sama seperti baju yang dipakai oleh pekerja-pekerja restoran Sushi King itu. Tanpa disedari, rakan seperjuangan dalam muzik iaitu Encik Barangkali Marus juga hadir di majlis tersebut, dia juga datang awal. Sempat juga kami meminjam baju jepun yang ringkas tadi daripada AJK yang bertugas, bagi kami berdua melaram sambil ambik gambar hahaha.

Semasa majlis ini bermula pada pukul 10 pagi, pertama sekali ada juga kata-kata aluan dari perwakilan Japan Foundation. Siap ada yang pandai cakap Melayu pulak tu, boleh tahan. Filem pertama yang ditayangkan pada pukul 10:30 pagi tersebut ialah The Chef Of South Polar, jangan tanya lah siapa jadi hero dalam filem ini, aku pun tak tahu dan kalau tahu pun memang berbelit lidah aku nak sebut nama pelakon tersebut. Filem ini boleh tahan juga jalan ceritanya, tidak membosankan dan ada diselitkan nilai-nilai orang Jepun yang jarang kita lihat. Nanti aku sertakan sinopsis filem ini. Kebanyakan pengunjung yang datang ke majlis ini banyak dari kalangan pelajar-pelajar UPM Kampus Bintulu sendiri, tak banyak orang awam yang datang, mungkin disebabkan kurangnya promosi di luar kampus, itu yang membuatkan sambutan dari orang luar agak hambar.

Walau bagaimanapun, diharap jika event ini diadakan di UPM lagi, diharapkan agar pihak pengurusan membuat promosi secara meluas di luar kawasan kampus bagi memberi info kepada orang awam akan adanya festival ini di Bintulu khususnya. Tahun depan kalau ada lagi, semestinya aku takkan ketinggalan menyaksikannya lagi. 

 Ini merupakan banner rasmi untuk event Japanese Film Festival 2013

 Awal pagi kami sekeluarga dah tercegat di dewan ini bagi membuat persediaan di masa akhir sebelum ianya bermula pada pukul 10 pagi

 Beberapa ruang pameran yang ada disediakan sepanjang event tersebut berlangsung

 Ini pula merupakan salah satu pameran dari pihak universiti yang ingin ditunjukkan kepada orang awam.

 Kalau dilihatkan dari sini, ada 7 buah filem yang ditayangkan sepanjang 2 hari tersebut. Kesemuanya dari pelbagai genre, ada dokumentari, anime, sci fi, drama dan komedi.

 My dear daughter bergambar bersama salah seorang perwakilan dari Japan Foundation

 Ini pula flyer serta tiket untuk masuk ke dewan bagi menonton filem2 tersebut, walaupun hakikatnya admission hanya percuma, tidak perlu bayar.

 Masa ini kami tengah menonton filem The Chef Of South Polar

Beberapa pelajar yang sedang khusyuk menonton filem tersebut

 Aku dan saudara Barangkali Marus sedang menggayakan pakaian ala pekerja Sushi King (pic ehsan dari Barangkali Marus sendiri)

Pada hari kedua iaitu 8 Disember pula ada diadakan satu sesi memasak makanan jepun dan antara yang disajikan ialah Onigiri (nasi berbentuk segitiga yang dibalut dengan seaweed). Selain sesi memasak, ada juga diadakan kelas membuat Origami dan permainan tradisional Jepun.

The Chef Of South Polar
Genre: 
Drama / Komedi

Sinopsis:
Mengisahkan 8 orang individu dari pelbagai latarbelakang dihantar oleh kerajaan Jepun bagi membuat pelbagai penyelidikan di Dome Fuji Station bertempat di Kutub Selatan. Seperti yang kita sudah maklum, Kutub Selatan tidak mempunyai sebarang habitat haiwan malahan kuman ataupun virus tidak mampu hidup lama di dalam situasi sejuk di bawah paras beku ini. Namun 8 individu ini berjaya mengharungi segala kesulitan dan rintangan sepanjang setahun berada di stesen kajian tersebut. Banyak kisah suka duka yang mereka tempuhi bersama di stesen tersebut. Salah seorang daripada mereka, Nishimura yang pada asalnya ialah tukang masak di dalam kapal tentera Jepun terpaksa ditugaskan untuk misi ini. Walaupun keberatan namun beliau mampu menyediakan makanan yang sedap belaka kepada petugas-petugas di stesen tersebut. 

Pendapat aku, filem ini memang seronok untuk ditonton bersama keluarga. Jalan ceritanya yang ringkas dan tidak terlalu berbelit. Disamping plot yang menarik, ianya juga ada showcase cara-cara hidangan beberapa makanan jepun contohnya Onigiri (yang macam aku sebut tadi) dan Mi Ramen. Tak rugilah luangkan masa menonton filem ini!

15 comments:

  1. event mcm ni patut diorang buat kat area yg lebih public, bagi aku dewan sri kenyalang kurang public - tapi klu kumpulan sasaran mereka adalah warga upm itu lain cerita


    btw bro, ini cuma cadangan... selang-selikan gambar selepas 1-2 perenggan, jgn letak semua gambar di bawah. jenis yg malas membaca (mcm aku ni) akan skip perenggan dan terus tgk gambar di bawah

    ReplyDelete
  2. Baiklah bro ijau, cadangan diterima baik, mgkn disebabkan aku terlalu ikut format blogserius kot hahaha...tapi pasal lokasi event ni, aku rasa xda masalah utk venue cuma kalau diperbanyakkan promosi di luar kwsn universiti, rasanya ramai yg akan dtg. Aku rasa pihak pengurusan memang bercadang nak menggalakkan org awam dtg ke UPM bagi event sebegini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro, bley whatsapp aq jap x ??
      ad bende nk tnye
      0177527909

      Delete
  3. Replies
    1. rugi kitak sik join sis...next year inshaAllah ada hehe

      Delete
  4. tak pernah pergi benda2 macam ni...tapi nampak mcm best terutamanya bila masuk percuma...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling best kalau dah masok free dan ada makanan percuma jugak...superb!

      Delete
  5. Watashi shafid san des. Aku tak payah pergi festival. Koleksi bini aku aje tak boleh handle dah. Cerita, drama, anime semua cukup. Hentai aje takde. Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hentai boleh google saja bro...oppsss salah cakap pulak dah hahaha

      Delete
  6. Aku tak penah lag pegi event film indie macam ni..selalu ada buat kat kl tapi selalu je melepas..btw,nice report bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang layan jugak filem indie dari jepun ni bro, ada X Factor dia sendiri...tak perlu CGI dan pelakon popular sangat...asalkan storyline menarik, itu pun sudah memadai.

      Delete
  7. best da juak... tapi maybe bukan sasaran for public kot... ya nya sik promote gilak kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la tek promosi x seberapa....memang utk org luar juak sebenarnya

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...