Tuesday, December 30, 2014

CERKAS : ALAHAN KEPADA SEGITIGA


ALAHAN KEPADA SEGITIGA

Nasrul semakin bingung. Semakin hari dia memikir perkara itu, semakin berdenyut kencang urat-urat di kepalanya. Tingkah lakunya menjadi tidak menentu, semakin tidak keruan. Kadang dia cuba baring dan lelapkan mata buat seminit dua, tapi hasilnya gagal kerana dia masih memikirkan hal itu. Telah hampir sepapan pil panadol ditelannya tadi. Fikirannya masih diganggu perkara yang sama. Arghh! Ini ternyata suatu yang kurang siuman.

Semenjak meminjam buku tentang sejarah keluarga Rothschild dan asal-usul Freemason yang bertajuk "Kau Kunci Cintaku di Akhir Zaman" tulisan Fairol Hisham Malim, ternyata hidupnya berubah menjadi tunggang langgang. Dia asyik memikirkan permasalahan yang berkaitan dengan hal-hal di dalam buku itu. Nasrul meminjam buku tersebut dari perpustakaan Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan. Tapi rasanya dia tidak akan pulangkan balik buku itu, taksub tahap cimpanzi.

Nasrul gelisah segelisah gelisahnya. Setelah membaca buku tersebut, dia tidak dapat melihat apa-apa objek yang berbentuk segitiga. Apa-apa benda yang berbentuk segitiga yang dilihatnya, dia akan sakit kepala. Urat kepala menjadi tegang. Otak seakan panas menggelegak. Tidak kira apa objek sekalipun, samada sandwic yang dijual oleh Makcik Tipah yang jual kuih-muih di hadapan rumahnya, pizza makaroni yang dibelikan oleh rakan sepejabatnya di kedai Pondok Pizza, logo pejabat Along Kerajaan cawangan Bintulu, malahan seluar dalam Renoma yang dibelinya di Kedai Rakyat 1 Malaysia itu juga dia tidak mahu lihat. Kalau dia lihat dan cuma menyentuhnya, nescaya kepalanya jadi pusing dan berdenyut menggila. Inilah bahana yang diterimanya setelah membaca buku jahanam tersebut.

Nasrul tidak dapat menahan kesakitan itu sehinggalah pada satu tahap ia mencapai tahap climax. Pada masa itu Nasrul terasa lapar yang amat sangat, dia pun membelek segala isi almari di dapur rumahnya. Sedang dia menyelongkar almari dapurnya itu, tiba-tiba tangan teraba satu objek yang agak senang dikenalpasti. Rupanya segitiga walaupun ruang almari itu gelap dan sukar untuknya melihat ke dalam. Setelah dikeluarkannya, rupa-rupanya ianya adalah kuih sepit yang dihantar oleh emaknya di kampung. Kuih sepit ini ialah kuih tradisional berbentuk segitiga kebiasaannya.

"Arghhh sial....sial....apakah senggama tahi ini?" kata hati Nasrul yang kalau diterjemahkan ke bahasa inggeris bermaksud "what the f*ck is this sh*t?".

Urat di dahinya mula berdenyut kencang. Fikirannya entah ke mana. Segala yang dilihatnya berpinar-pinar. Selang beberapa saat selepas itu, kepala Nasrul pun meletup. Otaknya berderai dari tempurung kepala. Lunyai bagai roti canai yang dicanai beratus kali.

Taksub yang memakan diri. Syabas!

(cerkas sewel yang dihasilkan selepas proses penyahtinjaan)

p/s: Cerkas bermaksud cerita ringkas. Sekian.

7 comments:

  1. entri cerkas ni nampak kosong... kalau letak gambar "nasrul" sebagai hiasan lagi afdal

    ReplyDelete
  2. kueh sepit ni orang panggil sepit pasal nak lipat jadi tiga segi tu pakai sepit eh? aku speku je la

    ReplyDelete
  3. aku suka entry ni, sesuai selepas selesai Konsert Kembara dan Search tu

    ReplyDelete
  4. aku pun dah kena demam panas tu lepas baca buku "Kau Kunci Cintaku di Akhir Zaman" tu. tapi lepas dengar ceramah Sheikh Imran Hosein aku dah kebah dah. take care bro.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...