Monday, March 23, 2015

Movie Review : The Interview (2014)

The Interview (2014).

Kepada mereka yang mengikuti beberapa filem yang diterbitkan oleh Seth Rogen serta rakan2 seperti Pineapple Express, This Is The End dan Bad Neighbors, anda pastinya ternantikan filem ini. Corak komedi yang dipaparkan tidak banyak bezanya dalam filem sebelum nya. Cuma apa yang menjadi tarikan utama ialah jalan ceritanya yang tersendiri. Ianya cukup kelakar, beberapa punchline yang menjadi dan semestinya ending yang cukup bizzare. Mungkin filem ini layak disenaraikan antara yang paling lucu pada tahun lepas, ianya terpulang kepada mana2 individu untuk menilainya. Lakonan Seth Rogen sebenarnya kalau diikutkan agak sama sahaja dengan filem2 beliau yang sebelumnya. Akan tetapi untuk James Franco, beliau memang seorang pelakon yang versatile, sama seperti Channing Tatum. Pada babak dia membuat sesi temuramah dengan diktator Kim Jong Un itu memang terkesan di hati lawaknya. Haha nice, very nice. Rating? 4/5.


Official Movie Trailer


3 comments:

  1. setuju...cerita ni memang lawak...Seth Rogen & the gang setakat masih tidak mengecewakan...

    ReplyDelete
  2. Filem ni banyak negara tak berani nak tayang eh.pasal north korean awal2 dah warning

    ReplyDelete
  3. I hope one day I got a chance to watch this movie..
    seems hilarious

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...