Monday, June 15, 2015

Movie Review - Demonic (2015)

Official Movie Poster

Demonic (2015)

Jangan diperdaya dengan nama "James Wan" pada poster filem ini. Hakikatnya, James Wan hanya bertindak sebagai story-teller untuk filem ini. Kalau sudah begini caranya, nampak gayanya James Wan sudah mengikuti jejak langkah pengarah2 filem dark/seram sebelum yang semakin malas bertindak sebagai pengarah dalam filem genre sebegini seperti Guillermo Del Toro (Pan's Labyrinth, The Orphanage, The Devil's Backbone, Hellboy), Sam Raimi (Evil Dead, Drag Me To Hell, Army Of Darkness) & Peter Jackson (The Frighteners, LOTR & The Hobbit trilogy). Mungkin mereka sudah muak dan jemu jadi pengarah untuk filem seram kot, nak ubah selera rasanya. Bersangka baik sahaja lah, mungkin James Wan lebih teruja menerajui filem "Fast & Furious 7" berbanding franchise filem Insidious arahan nya sendiri. Sedikit kekecewaan bagi aku sebenarnya.

Berbalik kepada filem "Demonic" ini pula, ianya mempunyai jalan cerita yang menarik. Ianya menggabungkan teknik found footage dan penggambaran secara conventional secara sederhana dan tidak berlebihan. Teknik time lapse yang menggabungkan scene selepas dan sebelum kejadian ritual yang menyeramkan di rumah agam milik keluarga Livingston itu juga sungguh menarik dan tidak mengecewakan. Ternyata pengarah nya pandai mengubah fokus penonton secara teratur dan tidak terburu-buru untuk mencapai klimaks seram dalam filem ini.

Cuma mungkin disebabkan pengakhiran yang tergantung membuatkan banyak penonton tidak berpuas hati dengan filem ini. Adakah ianya akan diangkat menjadi sebuah franchise seperti Insidious dan The Conjuring ataupun sebaliknya? IMDB serta Rotten Tomatoes juga tidak memberi pandangan yang positif terhadap filem ini disebabkan perkara tersebut. Secara peribadi, filem ini tidaklah gagal sepenuhnya cuma anda perlu membuka minda dan fokus pada setiap detail yang diterangkan dalam filem ini, dan jika anda berbuat demikian, nescaya anda yang menyukai filem ini. Rating? 2/5.

Official Movie Trailer


6 comments:

  1. Housemate ada beli dvd ni lom tengok lagi.tq for the review nanti nak tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tengok...lepas tengok boleh buat review hehehe

      Delete
  2. aku ni terkejut2 ni kadang2 aku tak boleh terima la hahaha

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...