Monday, August 22, 2016

Aplikasi Telefon Pintar "Prisma" Yang Menarik Perhatian

Tatkala ramai di antara kita yang sibuk dengan permainan interaktif Pokemon Go, aku pula sibuk melayan sebuah aplikasi telefon pintar yang diberi nama Prisma. Aplikasi ini membolehkan anda mengubah gambar-gambar peribadi anda menjadi lebih artistik dengan tambahan rekaan serta warna-warna yang surreal. Apabila gambar-gambar kesayangan anda digubah sedemikian rupa, ianya memberi satu nilai seni yang tersendiri. Apabila dilihat seimbas lalu, ianya menyerupai lukisan-lukisan mahal yang pernah dilukis oleh Pablo Picasso serta Van Gogh (well at least, pendapat seposen aku sahaja la).

Aplikasi Prima ini tidak seperti Instagram. Ianya tidak sesuai dijadikan satu medium laman sosial. Ianya lebih bersifat aplikasi stand-alone. Pendapat aku, ianya adalah idea yang baik. Cukup-cukuplah kita membaca ribuan komen serta status merepek dari pelbagai laman media sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram.

Di bawah merupakan beberapa koleksi gambar peribadi aku yang telah diubahsuai menggunakan aplikasi Prisma. Boleh dikatakan macam sebuah koleksi lukisan yang dipamerkan di galeri seni (perasan pulak dah haha). 

My Family in Prisma : A Collection Of Pictures











"Beauty lies in the eyes of the beholder"
- William Shakespeare 

11 comments:

  1. Tau pasal aplikasi ni tapi lum penah try lagi.menarik jugak

    ReplyDelete
  2. Agak significant dan very interesting .. Aku pun nak coba jugak prisma ni, boleh layan la adi herman.. Huhu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Terbaik la cam gini.
    selalu aku pakai irfanview je nak resize

    ReplyDelete
    Replies
    1. irfanview? menarik....nanti cuba haha

      Delete
  5. Sempoi jugak.. Memang boleh bukak galeri seni.. Hehe

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...