Monday, October 24, 2016

Beberapa Video Muzik Metallica Dari Album Baru (Akan Diriliskan Pada 18 November 2016)



Sumber gambar dari Metallica Facebook Page


Metallica : Hardwired (Official Music Video)


Metallica : Moth Into Flame (Official Music Video)

Pertama sekali aku nak bagitau ialah, well done Metallica kerana telah menghasilkan beberapa singles yang seolah-olah kembali ke akar tunjangnya (back to the roots). Sebenarnya ini bukan kali pertama Metallica bereksperimentasi dengan bunyian lama mereka (anda boleh rujuk album Death Magnetic). Tapi itulah Metallica yang kita kenali, pernah melalui zaman keemasan serta era dikeji dengan teruknya oleh sebilangan peminat mereka (rujuk peristiwa Napster). Kini mereka kembali kepada penghasilan lagu dalam format lama mereka cuma kali ini dengan kualiti bunyian yang lebih terkini serta riff-riff gitar yang semakin kreatif (Papa Het memang genius dalam hal ini). Secara peribadi, Metallica boleh diibaratkan sebagai The Grandmasters kalau dilihat dalam perspektif dunia persilatan Kung Fu (maaf kerana membandingkan Metallica dengan benda yang tiada kaitan...mungkin ada sikit kot) sama seperti geng-geng The Big 4 mereka yang lain.

Metallica kembali lagi dengan pembikinan lagu dalam format lama iaitu penghasilan track-track yang berdurasi lebih dari 5 minit, rentak thrash old school, solo gitar berharmoni serta riff-riif yang maha dahsyat. Ok, cukup sajalah dengan ulasan yang membosankan dari aku ni. Jom kita sama-sama dengar dan tonton video-video mereka ini.

P/S: Apa komen anda tentang lagu-lagu di atas? Jujur ya, kalau tak suka cakap saja tak suka haha. 



11 comments:

  1. Pada aku dua lagu tu ok.cuma lords of summer je bila dengar ulang2 rasa mcm dengar masa zaman st.anger load/reload.sound drum pakcik lars masa zaman black/load/reload.yg tu mmg sedap bunyinya.aku suka sound drum dlm 2 lagu tu

    ReplyDelete
  2. Aku harap these first two songs are the two worst songs on the new album.

    ReplyDelete
  3. tapi bila jeming seek/creeping/puppets jugak yg dimain... haiya~

    merujuk kepada david banner

    ReplyDelete
  4. mungkin terlalu awal untuk menilai mereka, hanya berdasarkan 2 video singles kat atas ni.. entah-entah 8 tracks lagu baru mereka yang bakal diedarkan nanti semuanya menuju ke 'Laut'.. hih hih (who knows)
    harap-harap betul la komen bro deaf kat atas tuh..
    tapi aku lebih suka metallica di zaman album 'And Justice For All'.. penuh nostalgic..

    btw.. jom ke blog yusrina bro adi herman.. ada Uji Rashid menunggu anda disana.. ayuh gerak sekarang.. huhhuh

    ReplyDelete
  5. Hardwired aku terbayangkan St Anger minus drum ketang ketang...kurang..
    Moth Into Flame agak catchy...kira ok la..

    Overall macam deaf cakap...harapnya 2 lagu ni yang paling tak best...

    ReplyDelete
  6. skg sudah pre oder cdnya,, nantilah aku dgr kat utube tu

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...