Sambungan dari entri INI.
Setelah selesai membeli beberapa buku di Pesta Buku Antarabangsa 2017 bertempat di PWTC (sila rujuk post aku sebelum ini) maka dengan tiba-tibanya perut pun terasa lapar. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Dalam cadangan asal, kami mahu pergi ke Tapak™ Foodtrucks Urban Street Dining. Ianya terletak di Jalan Ampang, tidak jauh dari Ampang Park dan KLCC.
Setelah selesai membeli beberapa buku di Pesta Buku Antarabangsa 2017 bertempat di PWTC (sila rujuk post aku sebelum ini) maka dengan tiba-tibanya perut pun terasa lapar. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Dalam cadangan asal, kami mahu pergi ke Tapak™ Foodtrucks Urban Street Dining. Ianya terletak di Jalan Ampang, tidak jauh dari Ampang Park dan KLCC.
Aku serta rakan karibku Edham (bukan nama sebenar) tanpa melengahkan masa, terus menghubungi Grabcar melalui aplikasi dari telefon pintar. Bertolak dari hotel kami (nama dirahsiakan) yang terletak di Jalan Tunku Abdul Razak, ianya cuma mengambil masa hanya 10 minit sahaja untuk sampai ke sana.
Sesampainya kami di lokasi tersebut, kami seakan-akan tidak percaya dengan vibe yang ada di kawasan tersebut. Sungguh meriah sekali dan variasi makanan yang ada di sana juga cukup menarik perhatian dan menggiurkan. Maklumlah perut tengah lapar.
Seakan hari-hari adalah hari raya di Tapak™ Food Trucks ini. Perut cuma ada satu. Tapi makanan yang ingin dimakan terlalu banyak nak dipilih. Tak tau yang mana satu lebih sedap, sedang-sedang ataupun tak lazat langsung. Tapi kesimpulan yang dapat dibuat ialah semua makanan di sini bagus-bagus belaka. Tidak ada yang mengecewakan. Di sini terdapat makanan yang pelbagai seperti burger, hot dogs, nasi lemak, pizza, lasagna, vietnamese cuisines dan banyak lagi. Pendek kata, macam-macam ada.
Orang ramai sedang beratur untuk memesan minuman
Salah sebuah food truck yang menarik di sini
Antara tujuan asal aku ke sini ialah untuk ziarah food truck sahabat aku iaitu Mohammad Namazi Salleh. Beliau merupakan seorang pemuzik serta penguasa bisnes foodtruck yang berorientasikan makanan dari Sarawak seperti Mi Kolok, Laksa Sarawak, Mi Belacan dan banyak lagi. Sudah lebih berpuluh tahun kami tak jumpa. Dahulu kami pernah berjiran di sebuah kawasan perumahan yang terletak di Miri, Sarawak.
Sebagai tanda sokongan, aku pun belilah Mi Kolok yang diusahakan Namazi dengan isterinya itu. Fuh, boleh tahan sedap dan ada kelainan dalam resepi mereka. Haha, jauh-jauh aku datang, Mi Kolok juga yang aku cari. Typical Sarawakian kot. Kami tak boleh jauh dari Mi Kolok.
Sempat juga aku berborak panjang lebar dengan saudara Namazi. Ada juga aku bertanyakan khabar mak ayah dia di Miri. Semasa aku kecil dahulu, aku dan adik-adikku pernah berlajar mengaji dengan ibu Namazi. Syok juga mendengar pengalaman Namazi bergelumang di dalam industri muzik tempatan ni. Namazi pun pernah membawa band dia ke Indonesia untuk tujuan promosi album bersama label rakaman mereka. Sungguh teruja aku mendengarnya. Oh buat yang tak tahu, Namazi merupakan abang kepada Noh Salleh, frontman kumpuan Hujan.
Namazi juga ada buat sesi busking di hadapan food trucknya. Syok betul melihat persembahan beliau. Aku dah lama mengidam nak tengok dia menyanyi sebenarnya. Sehingga berjumpa lagi, sahabat. Ada rezeki bolehlah kita lepak dan ngeteh lagi.
Saudara Muzzy sedang busking di hadapan food truck beliau
Iklan ubat gigi bersama saudara Muzzy
Get the table!
Ini merupakan food truck yang diusahakan oleh saudara Muzzy serta isterinya
Apabila perut dah kenyang dan badan pun keletihan, maka sudah tiba masanya untuk kami beredar. Katil di hotel pun sudah mula memanggil untuk menyuruh kami mendarat di atasnya.
Konsep taman foodtrucks sebegini sebenarnya boleh diaplikasikan di tempat aku jika ada beberapa pengusaha bisnes tersebut betul-betul serius serta komited dalam mengerjakannya. Ianya tidak mustahil kerana di Kuching pun sudah ada projek sebegini. Asalkan kuasa membeli sentiasa ada, itu sudah memadai juga.
Mudahan projek sebegini dapat direalisasikan di tempat aku suatu hari nanti. Ianya tidak mustahil. Cuma perlu ada kuasa membeli yang kuat (dua kali aku sebut pasal ni, serius ni beb haha), beberapa pengusaha foodtrucks yang bersatu hati dan konsisten dalam perniagaan sebegini. Elemen-elemen ini sahaja sudah cukup untuk menghidup suasana begini.
Jari tunjuk langit
P/S: Selamat menjalai ibadah puasa buat semua.